Monday, December 1, 2008

DEMI ISLAM DAN MELAYU, UMNO DAN PAS PERLU BERSATU


Pelik! Pelik! Pelik! Negara yang baru 51 tahun merdeka, seharusnya usaha-usaha kita, sama ada orang politik, kumpulan usahawan, kumpulan cendekiawan, lebih menumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara. Tetapi malang, semakin kita bertambah dewasa, kita masih asyik mempersoalkan perkara-perkara 'foundation', yakni perkara-perkara yang sudah dipersetujui oleh kepimpinan kaum sewaktu pemuafakatan untuk persiapan kemerdekaan.


Harus diingat bahawa kalau 'foundation' pembentukan negara bangsa diterjah terus menerus oleh pelbagai pihak, bukan mustahil negara bangsa yang telah terbentuk sekian lama akan rebah. Rebah dalam erti kata, akan tercetusnya perbalahan saudara di kalangan kaum di negara tercinta ini. Malaysia akan hancur! hancur!


Foundation yang dimaksudkan di sini adalah perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyangkut Hak Istimewa Orang Melayu, Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan seumpamanya.


Menjadi trend sekarang, usaha menggoyangkan foundation semakin giat dilakukan khususnya oleh orang politik, sama ada pembangkang mau pun kolisi BN.


Bagi parti pembangkang, kita sama-sama maklum bahawa mereka yang sering mengungkit-ungkitkan foundation tersebut adalah DAP. Sejak dahulu DAP tidak akan bersetuju dengan apa sahaja yang dibawa oleh Kerajaan BN. Perkara-perkara dalam perlembagaan negara yang menyangkut hak istimewa orang Melayu nak dihapuskan. Kalau boleh, agama Islam tak perlu jadi Agama Rasmi Persekutuan. Malah institusi raja pun tidak perlu lagi wujud. Itu kalau diperbolehkan.

Jadi tak heranlah kalau DAP memang tak akan bersetuju dengan apa saja yang datang dari BN. Mereka tidak akan berhenti memperjuangkan apa yang disebut sebagai 'Malaysian-Malaysia'. Segala-galanya sama rata dan sama rasa. Mereka memang jaguh dalam membakar emosi dan sentimen kaum di negara ini.

Akhir-akhir ini pula, kepimpinan politik dalam kolisi BN pula yang mengungkit perkara-perkara sebagaimana yang disuarakan oleh pembangkang. Antaranya adalah Ketua Wanita Parti Gerakan, Timbalan Presiden MCA, Ketua Wanita MCA, Presiden PPP, bekas Presiden Gerakan. Malah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun turut mendendangkan lagu yang sama.


Namun, walau bermacam-macam ungkitan yang disuarakan oleh pelbagai pihak tentang perkara-perkara yang menyentuh keistimewaan orang Melayu, tetapi orang Melayu tetap mempertahankan semangat setiakawan sebagaimana yang ditanam dalam diri mereka oleh kepimpinan negara terdahulu. Orang Melayu masih setia. Masih mengingati pesan supaya akur dengan keputusan pemimpin sewaktu nak merdeka. Kena terima kaum Cina dan India untuk menjadi warga negara secara jusoli (jadi warganegara Tanah Melayu secara automatik selepas negara mencapai kemerdekaan). Kaum Cina, India dan lain-lain kaum juga telah mendapat taraf kerakyatan yang sama dengan orang Melayu. Mereka boleh diundi dan boleh mengundi. Boleh jadi pemimpin dan juga boleh dipimpin.


Walaupun ada di kalangan orang Melayu yang tak setuju dengan cara jusoli tersebut, namun demi kerana atas sifat patuh kepada pemimpin, mereka tetap menerimanya.


Tak pernah ada di kalangan pemimpin politik Melayu yang mengungkit cerita menjadi warganegara secara 'jusoli' ini. Sehingga kini, belum ada lagi!


Tetapi kalaulah desakan demi desakan, hati orang Melayu semakin terhiris, bukan mustahil satu hari nanti akan ada suara orang Melayu pula yang mengungkit tentang warganegara secara jusoli. Mereka bersetuju dihapuskan segala hak-hak istimewa orang Melayu, tetapi hak menjadi warganegara secara jusoli bagi kaum Cina dan India juga dihapuskan. Nah! waktu itu nanti negara kita akan 'berantakan'. Negara akan musnah!


Sebab itulah, orang-orang politik dan sesiapa saja rakyat Malaysia jangan cuba-cuba bermain dengan isu-isu yang dianggap sensitif dan boleh membakar sentimen dan emosi rakyat. Foundation yang telah ditegakkan oleh kepimpinan setiap suku kaum di negara ini semestinya tidak ada pihak yang cuba mencungkilnya. Perkara ini seharusnya menjadi pertimbangan di setiap sanubari rakyat Malaysia.


Agaknya sudah sampai waktunya parti-parti politik orang Melayu khususnya Umno dan Pas untuk duduk semeja dan carilah titik pertemuan. Yang berlalu jadikan sempadan dan teladan bagi membentuk sinaran baru. Penyatuan antara Umno dan Pas sahaja akan dapat menyatukan Melayu dan Islam di bumi bertuah ini.


NGUPINGTRUS : Berdoa kehadrat Allah Azzawajalla agar negara tercinta ini jauh dari segala malapetaka yang direkayasa oleh manusia yang berfikiran singkat. Untuk itu, Umno dan PAS harus bersatu!

3 comments:

Anonymous said...

DAH TERSEPIT BARU NAK CARI PAS

MENGAPA MASA ORANG PAS DI DISKRIMINASI OLEH ORANG UMNO ANDA TAK PERNAH NAK BELA.SEBENARNYA ORANG UMNO BANYAK NAK BERSATU NI SEBAB PERIUK NASI MEREKA DAH TERANCAM. SEBAB SELALU MAKAN MEWAH TAPI DAH NAMPAK LAUK DAH NAK KURANG. KAN? JANGAN NAK CAKAP PASAL BELA ISLAM DAN MELAYU, ORANG KELANTAN TU BANGSA DAN AGAMA APA? MACAM MACAM PERKARA BUAT PADA MEREKA. SEDAR LA CIKIT WAHAI SEDARA

Anonymous said...

Terima kasih atas komen saudara. Kalau demikianlah pandangan dan pemikiran saudara mewakili pandangan keseluruhan atau majoriti saudara-saudara dalam PAS, ertinya kita tunggulah nasib agama dan bangsa kita dimamah oleh orang lain. Sebab itu dalam tulisan saya, saya menyebutkan, marilah kita cari titik persamaan, bukan perbedaan, dengan hasrat untuk kita wariskan pertiwi ini kepada cucu-cicit kita akan datang. Pemimpin PAS dan pemimpin Umno, masing-masing ada betul dan ada berbuat salah. Kita sama-sama bukan ma'sum. Justru kerana sedarlah, maka saya cuba melontarkan idea ini. Sekurang-kurangnya kita boleh bersetuju dalam perkara-perkara yang sama-sama menyentuh kepentingan agama dan bangsa kita. Itu pun sudah Alhamdulillah. Ia bukan soal tersepit!

Anonymous said...

alhamdulillah dah sedar. titik persamaannya ialah al quran.apa yang susahnya. kan Tuan Guru Nik Aziz dah kata , kalau umno ambik al quran dan hadis jadi panduan pas akan di bubarkan .habis cerita. dah lama orang pas sebut titik pertemuan ini. mungkin sedara tak sedar tentang ini. saya menyokong penuh hasrat saudara itu. untuk kebaikan kita cari punca masaalah dan bukan cari sapa yang salah.