Saturday, May 1, 2010

TAHNIAH SAUDARAKU EZAM


Memang sudah lama saya tidak mengetik (menaip) di laman blog ini. Bukan apa-apa, cuma kesenjangan waktu. Detik ini agak terpanggil apabila Saudaraku Ezam akan dilantik menjadi Senator dan akan mengangkat sumpah di hadapan YDP Dewan Negara pada Isnin nanti (3 Mei 2010).


Sesungguhnya saya kagum dengan keberanian beliau dalam membuat pelbagai pendedahan kebejatan bekas bosnya Anwar Ibrahim yang menggilai cita-cita peribadinya untuk menjadi PM.


Bukan mudah untuk bertentangan dengan Anwar Ibrahim. Segala hujah orang lain akan dikilasnya dengan mudah. Apatah lagi dengan kelebihannya berpidato, akan membuat orang 'biasa' terpukau. Warna putih boleh diolah melalui kata-kata oleh Anwar menjadi kelabu. Dan ramai orang yang mempercayainya. Demikian hebatnya Anwar!


Tiba-tiba dengan kehendakNya jua, Ezam yang sudah tidak sanggup lagi bersekongkol dengan Anwar dalam menyokong kebejatan politik peribadinya sanggup meninggalkan Parti Politik yang beliau adalah salah seorang pengasasnya, sekali gus meninggalkan Anwar.


Sehingga hari ini, tidak ada satu pun reaksi Anwar terhadap dakwaan Ezam berkaitan tipu daya politiknya, termasuklah kisah 16 September.


NGUPINGTRUS : Tahniah YB Senator Ezam. Dan mari terus kita 'BONGKAR'!