Friday, January 30, 2009

UMNO HANYA KALAH DALAM PERTEMPURAN, BUKAN KALAH PERANG

Kadang-kadang hati kecil rasa digeletek oleh pandangan-pandangan berhubung dengan kekalahan BN/UMNO di Kuala Terengganu.
Di pihak UMNO, ada yang menuding jari kepada Pak Lah yang kononnya memilih calon yang tidak mesra rakyat. Kalau pilih Cikgu Zubir Embong mungkin BN/UMNO menang. Bagi Penulis, itu hanyalah mainan 'kalau'. Kalau itu, kalau ini dan sejuta macam kalau lagi.
Ada juga yang meletakkan kesalahan kepada kepimpinan UMNO Terengganu yang tidak 'sekepala'. Asyik bercakaran saja. Tidak berperangai macam serigala yang hanya akan bercakaran sesama sendiri waktu musuh tiada. Tetapi kalau musuh sudah ada di depan mata, mereka akan bersatu untuk memburu dan menerjah musuh, sehingga musuh dapat dikalahkan.
Ada juga pihak yang menyalahkan petugas-petugas UMNO yang datang dari luar Terengganu. Kononnya mereka hanya datang 'menyemak' saja.
Malah ada juga yang menyalahkan pemimpin politik dan kerajaan negeri. Alasannya adalah, Kuala Terengganu sebagai sebuah Bandaraya tetapi masalah kemiskinan dan orang susah di pinggir bandaraya masih banyak. Ia hanya dijumpai masa pilihanraya kecil. Masa itulah segala macam bantuan nak dicurahkan. Rumah yang uzur nak dibaiki, atap rumah bocor diganti atap zink, jalan lecak diturap, longkang pecah diganti baru, dan berbagai peruntukan diluluskan dalam sekelip mata.
Yang sedihnya, tidak semua projek segera tersebut dapat menambat hati para pengundi di Kuala Terengganu.
Masyarakat dok tanya, kenapa semasa tidak pilihanraya kecil orang miskin tersebut tidak dijumpai?
Pihak pembangkang pula bersungguh-sungguh mendakwa bahawa kekuatan dan pengaruh mereka semakin hebat. Mereka dapat merampas Kuala Terengganu dari tangan UMNO/BN. Dan Kuala Terengganu juga sebagai salah satu indikator bahawa PRU-13 akan melenyapkan riwayat UMNO/BN. Penggantinya adalah Pakatan Rakyat. Itu dakwaan mereka!
Bagi Penulis, analisisnya mudah saja. Menang-kalah dalam pertandingan adalah perkara biasa. Termasuk pilihanraya. Kalau dikaji secara matematik, Pilihanraya Umum dan Piliharaya Kecil, BN/UMNO ada kalanya menang dan ada kalanya kalah. Tapi ia lebih banyak kali menang berbanding kalah.
Negeri Terengganu sendiri pernah ditawan oleh PAS dalam PRU-10 (tahun 1999). BN/UMNO hanya tinggal berapa puntung saja. Tetapi PAS gagal mempertahankan kerajaan Terengganu dalam PRU-11.
Malah Kerajaan PAS Kelantan sendiri juga nyaris kecundang dalam PRU-13 tersebut. Mereka hanya dapat membentuk kerajaan yang sangat lemah, yakni dengan beberapa kerusi majoriti saja.
Oleh itu, BN/UMNO seharusnya muhasabah diri dari sekarang, khususnya di Kuala Terengganu. Ia bukan mustahil untuk diambil kembali dari tangan PAS. Nak katakan YB Wahid Endut hebat sangat, tidak juga. Dia pernah jadi Exco masa PAS memerintah Terengganu. Tak buat apa-apa juga. Hanya bersyarah dan ziarah orang meninggal saja.
Dari segi fakta pula, undi PAS dalam PRU-12 dulu sekitar 32,000 dan Pilihanraya Kecil baru-baru ini pun sekitar itu juga. Hanya undi BN/UMNO yang merosot. Itu dah dikenalpasti bahawa orang BN/UMNO tak balik mengundi atau pun tak keluar mengundi. Itu saja!
NGUPINGTRUS : Dalam erti kata lain, isi dalam mangkuk PAS tak bertambah banyak mana pun. Orang tu le!

Saturday, January 3, 2009

PEMILIHAN WAHID BUKTI PAS BERMASALAH CALON


Pengumuman Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon Pas bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 1 Januari 2009 (malam) di Stadium Tertutup Kuala Terengganu oleh Presiden Pas memberi gambaran bahawa Pas ketandusan pemimpin untuk diletakkan sebagai calon di situ.



Sebelum ini, tidak ada pun bayangan bahawa nama Wahid disebut-sebut sebagai orang yang akan dicalonkan oleh Pas. Hal ini diakui sendiri oleh Wahid. demikian juga pemimpin Pas yang lain. Antaranya YB Khalid Samad.


Sebagaimana yang dilaporkan dalam Sinar (N6), "Ini keputusan kepimpinan. Saya sendiri pun tidak tahu dipilih kerana pada peringkat awal dulu, seboleh-bolehnya cuba elakkan nama saya (terpilih bertanding), cuma saya ingin pastikan Pas akan menang dan pilih calon terbaik".


Ertinya, Wahid sendiri bukanlah berhajat sangat untuk bertanding di PRK K.Terengganu, kerana beliau sendiri mempunyai tanggungjawab selaku ADUN Wakaf Mempelam. Kawasan DUN Wakaf Mempelam pun bukanlah kawasan yang mendapat pembelaan sewajarnya daripada Wahid dari segi pembangunan dan kesejahteraan rakyat walaupun sudah jadi Wakil Rakyat di situ sejak 1990.


Malah, menurut beberapa maklumat perbualan masyarakat di Restoran McGyver, Jalan Kuala Berang (dalam kawasan DUN Wakaf mempelam) menyatakan, "Walaupun Wahid jadi Tok Wakil dah lima penggal, tapi dia tak buat apa juga. Kalau sekadar ziarah orang sakit, lawat orang mati, tak jadi Tok Wakil pun tak apa", kata sumber berkenaan.


"Dulu masa Pas perintah Terengganu, dia jadi tak buat apa juga. Hanya bersyarah sana sini saja. Masalah rakyat bukan boleh selesai dengan kuat bersyarah", tambahnya lagi.


"Lening (sekarang) nok jadi Ahli Parlimen pulok. Baiklah tok payoh. Buat dia tamboh kaya lagi. Rakyat susoh serupa tu le!, tambah rakannya dengan dialek Terenganu pekat.


NGUPINGTRUS : Orang Kuala Terengganu kena fikir dan timbang semasak-masak keputusan yang akan dibuat pada 17 Januari 2009 nanti. Kalau Dato' Wan Farid, sangat besar kemungkinan kalau menang nanti akan dilantik semula sebagai timbalan menteri atau menteri penuh. Limpahan nikmatnya juga akan dapat dirasakan oleh orang Terengganu, khususnya orang Kuala Terengganu.

Thursday, January 1, 2009

PERANGAI PAS DI PERAK


PAS DAH TAK FIKIR PANJANG TENTANG MASA DEPAN NEGERI PERAK. YANG PENTING, DAPAT JADI MENTERI BESAR.


APA NAK JADI DENGAN NEGERI, LANTAKLAH!