Monday, June 22, 2009

UNTUK KITA RENUNGI BERSAMA

1. 15 Jun 2009, di bumi Kelantan Darul Na'im, Menteri Besarnya telah memanggil semua ADUN-ADUN PAS untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Tentunya ini inisiatif dari EXCO Kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang menuruti aspirasi AnWAR yang mahu menghalang ide dan usaha mengenai kerajaan perpaduan.

2. Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembicara pembuka hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh datuk Nik Aziz. Ianya ternyata bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO, BN dan Datuk Seri Najib. Yang menariknya, ada teman PAS komen ucapan Datuk Nik Aziz ini suara AnWAR, bukan Nik Aziz.

3. selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang ADUN PAS dari timur Kelantan mempertikai ucapan Datuk Nik Aziz dengan cukup beradab. Beliau meminta Datuk Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO. Lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab, Husam juga cuba membantu namun gagal menamakannya....

4. Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.

5. Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup! Beliau menambah ide Presiden PAS perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan PAS serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan islam.

6. Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.

7. Nyata sekarang, semakin pening AnWAR menanti 1 Julai bagi kes liwatnya, semakin pusing lagi beliau bila kini pemimpin PAS tidak lagi boleh beliau caturi. PAS semakin berdiri sebagai satu entiti sendiri, tidak lagi mahu bergantung kepada AnWAR. Bila memikirkan ini, AnWAR makin garu kepala yang mungkin menyebabkan rambutnya gugur sehelai demi sehelai.......Sekian.

Dipetik dari Blog x-pkr

RENUNG-RENUNGKANLAH

Petikan dari akhbar pada tahun 1965, ini sejarah! Baca dibawah ini..

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini. “Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu".

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara."

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”

(Berita Harian: 25.6. 19650).

Dipetik dari Blog Parpukari

Tuesday, June 9, 2009

KEMANA GERANGAN SI-RAJA PETRA?

Alahai Raja Petra, kemana gerangan engkau berada? Polis Malaysia cari, Interpol cari, Mahkamah Sesyen cari, Imigresyen Malaysia cari, dan ramai lagi orang turut cari engkau ni! Rindu sangat kat engkau. Takkan menghilang gitu saje.

Kalaulah kerana kes mahkamah gara-gara engkau dok kata kat Datin Seri Rosmah mansor (isteri Dato' Seri Najib), takkanlah engkau takut sehingga lari tak dapat dikesan. Berdepan sajalah dengan mahkamah.

Di mahkamah nanti engkau pun akan ada peguam yang membelanya. Mereka handal-handal belaka. Biarkanlah peguam yang handal-handal tu yang akan berlawan dengan pendakwa. Tuan Hakim hanya akan melihat dan mempertimbangkan hujjah pendakwa dan pembela. Kalau pendakwa hebat, hujjahnya kukuh, sementara pembela memberi hujjah yang dangkal dan lemah, maka Tuan Hakim mungkin akan menjatuhkan engkau bersalah. Demikian sebaliknya!

Dan kalau engkau didapati bersalah memfitnah, hukuman paling tinggi dipenjara atau didenda, atau kedua-duanya sekali. Bukan hukuman mati!

Kalau duduk di penjara pun, engkau masih diberi makan. Kalau engkau tak suka nak makan, engkau buatlah mogok lapar pulak. Kengkawan engkau di Perak hari tu mogok lapar 3 hari. Engkau mogok lapar pulak 30 hari. Barulah engkau jadi idola di kalangan kengkawan.

Kalau dijatuh hukum penjara pun, hati kecil engkau sebenarnya dah tahu dari awal semasa tulis artikel menuduh isteri Tok Najib tu. Tuduhan itu benar ataupun dusta. Orang tua-tua pun ada kata, "Kumbang jarak, kumbang jagung, berani buat berani tanggung". Lu tanggunglah sendiri!

Tapi kalu lari-lari macam ni tak bestlah. Tak gentleman. Orang kampung kata, "macam tak ada batu".

NGUPINGTRUS : Pepatah juga ada mengatakan, "Nakal tangan, dapat hutang". Bira dah berhutang, kenalah bayar Tuan Raja oi!

Monday, June 8, 2009

ANWAR IBRAHIM : EX-PRIME MINISTER OF MALAYSIA

Anwar Ibrahim, Ex-Prime Minister of Malaysia
Wednesday 03 June 2009
Anwar Ibrahim, having been locked up for 6 years in discusses democracy and politics in Malaysia and his role as leader of the opposition.
The F24 Interview


Tulisan yang berwarna merah di atas adalah 'copy and paste' daripada http://www.france24.com/ yang memuatkan temuramah Anwar Ibrahim dengan salah satu stesyen TV di Perancis pada 3hb.Jun 2009.

Memang Anwar hebat berlakun. Lakunannya sangat bersahaja. Isi temuramahnya penuh dengan 'dusta' terhadap apa yang berlaku dalam negara Malaysia. Ditimbulkan isu pembelian scopene, kapal terbang, persenjataan dan beberapa lagi yang dikategorikannya sebagai korupsi. Semuanya melibatkan kepimpinan negara.

Tahap keyakinan terhadap setiap satu ungkapan dustanya itu sangat tinggi dan memukau 'Tukang Temuramah' yang tak tau siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Agaknya, sudah sampai masanya Anwar Ibrahim diambil tindakan tegas oleh pihak keselamatan negara. Demikian juga saudara-saudaraku dalam PAS, sudah sampai masanya memutuskan hubungan perjuangan dengan Anwar.

NGUPINGTRUS : Tidak heranlah kalau beliau dilabelkan sebagai Ex-Prime minister of Malaysia (Bekas Perdana Menteri Malaysia) oleh konco-konconya di Perancis.

Friday, June 5, 2009

PAS JANGAN JADI TUNGGUL : APASAL PLAK ????

"PAS jangan jadi tunggul dalam Pakatan Rakyat"
Demikian tulisan Roy Rasul dalam Harakahdaily 4 Jun 2009. Penulis agak terkejut juga dengan 'Head line' tersebut. Apa maknanya dan apa pula tersirat disebaliknya? Apakah Roy tersilap ... dia nak kata kepada UMNO, tetapi tertulis kepada PAS?

Namun, apabila dibaca isi tulisan berikutnya, barulah difahami, rupa-rupanya Roy memetik ucapan wakil Dewan Pemuda PAS Perlis, Muhamad Yassin Desa dalam sesi perbahasan ucaptama Ketua Pemuda PAS dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 di Taman Melewar. Muhamad menegaskan, beliau tak mau PAS dilihat menjadi tunggul di dalam Pakatan Rakyat dan PAS juga harus jadi faktor penentu di dalam Pakatan Rakyat.

Tahniahlah Saudara Muhamad Yassin atas kesedarannya. Sebenarnya orang luar PAS dah lama nampak bahawa PAS sebenarnya hanya jadi tunggangan Anwar Ibrahim. Hanya PAS saja yang tak sedar diri ditunggang oleh Anwar kerana Anwar memang bijak 'menunggang' sehingga PAS tak terasa pun ia ditunggangi, malah mungkin terasa makin seronok.

Demikian juga Kit Siang, yang terang-terangan memperkudakan PAS di Perak. Tapi PAS semakin seronok ditunggangi atas jawatan MB.

PAS dan Orang PAS ditunggangi habis-habisan di Perak. Yang berbaring di atas jalan bukan DAP; wanita yang terjerit-jerit macam ORGIL (orang gila) bukan anak buah Kit Siang. Tapi PAS terbuai juga.

NGUPINGTUS: Nasib engkaulah Muhamad Yassin !!