Thursday, November 27, 2008

KENAPA DESAK TUAN GURU BERSARA AWAL?


Kaget juga apabila akhbar arus perdana semalam melaporkan bahawa wujud suara-suara yang sampai ke cuping-cuping telinga masyarakat khususnya orang PAS mendesak atau dengan kata lunaknya memohon agar YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat (DNA), Menteri Besar Kelantan supaya berundur daripada jawatan Menteri Besar.


Dalam Harakahdaily.net hari ini (27.12.2008) telah mengeluarkan kenyataan sebagai menafikan berita yang tersiar dalam akhbar termasuk Watan sebelumnya.


Menurut YB Zulkifli Mamat, ADUN Pulai Chondong, menyatakan bahawa pihaknya mahukan Mursyidul Am PAS itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama lagi. Menurut rakan-rakan yang membahaskan isu ini, bertanyakan kepada Zulkifli, apa maksud beliau 'pihaknya' itu? Siapa dia? Adakah Zulkifli menyarakan pendapat tersebut bagi mewakili lain-lain wakil rakyat PAS Kelantan. Atau hanya diri beliau sendiri sahaja.


Kalau mewakili Wakil Rakyat PAS Kelantan, kenapa pula mereka sendiri yang tidak mengeluarkan kenyataan? Walaupun Zulkifli merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, namun dalam isu besar dan sensitif seumpama ini seharusnya kenyataan dikeluarkan hasil daripada mesyuarat atau perbincangan rasmi kelab.


Mengulas isu yang sama, selain daripada Zulkifli hanya YB Abdul Fatah Harun, ADUN Bukit Tuku dan YB Hassan Mahmood, ADUN Tawang saja yang cuba mempertahankan DNA. Kemana perginya Timbalan Menteri Besar? Husam dan Tok Pendekar yang lainnya?


Bagi orang politik yang berpengalaman dalam selok belok dan sepak terajang politik di negara ini berpendapat bahawa pepatah orang tua-tua harus diambil kira, 'Kalau tidak ada angin, masakan pohon bergoyang'. Demikian juga dengan teori politik yang sering disebutkan bahawa 'politic is an art of possibility' - sesuatu yang serba mungkin.


Ertinya bukanlah suatu yang mustahil telah wujud di kalangan orang politik PAS yang pernah terkeluar di mulutnya tentang perkara ini, "Bila Tok Guru nak berundur?" Dan ia didengar oleh orang lain. Terus tersebar. Maka jadilah isu. Ia perkara harus!


Mungkin ada di kalangan orang PAS yang sudah tidak sabar suasana pergerakan yang dilihat 'slow' di bawah kepimpinan DNA. Malah bukan juga mustahil isu ini dihembus oleh kolisi dalam Pakatan Rakyat yang melihat bahawa DNA sebagai resisten kepada kelancaran kerjasama PKR, DAP dan PAS.


Ia termasuklah isu tentang cadangan PAS supaya Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR supaya menghapuskan atau mengurangkan kelulusan lesen penjualan arak. Dalam isu tersebut DNA menyatakan bahawa PKR masih mentah dalam menangani isu-isu yang ditimbulkan oleh rakan kolisi PR.


Maka oleh itu, di kalangan kepimpinan PAS khususnya di Kelantan boleh saja mengambil isu itu secara positif. Ertinya, bersedia melatih pemimpin pelapis selepas pemergian DNA (pemergian di sini bukan sahaja bermaksud DNA dijemput kembali oleh Allah Azzawajalla, tetapi juga seandainya beliau tidak lagi menjadi MB).


Malah adalah jauh lebih baik seandainya pemimpin tersebut dilatih selaku kepimpinan negeri sewaktu DNA masih ada dan boleh memberikan tunjuk ajar di mana perlu, berbanding seandainya pemimpin tersebut menggantikan DNA selepas beliau dijemput Allah.


Tetapi dalam hal ini mungkin ada yang menghujahkan bahawa Sayyidina Abu Bakar menggantikan kepimpinan Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda. Hujah itu juga benar, tetapi taraf kepimpinan PAS yang ada di Kelantan itu tak seorang pun yang seperti Sayyidina Abu Bakar. Hatta air kaki Amirul Mukminin tersebut. Itu permasalahannya.


Nak dikatakan sayang kepada DNA, ya memang terlalu sayang. DNA memang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan di negara ini sejak dulu sampai kini. Beliau memang bapa perpaduan bagi PAS. Tempat rujukan bagi ahli-ahli PAS. Kelembutan dan waraq beliau mencairkan hati orang yang mendengar ceramahnya.


Tetapi mungkin suara yang meminta beliau berundur awal itu tidak bermakna tak sayang dan tak hormat padanya. Mereka tetap menyanjungi Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.


NGUPINGTRUS : Hakikat hidup manusia pasti menemui ajal. Yang patah pastikan ada pengganti. Namun pengganti harus dipersiapkan dengan sebaik mungkin untuk memastikan kelestarian PAS.

5 comments:

bungaraya said...

Salam'
Nguping Trus,
Saya bercakap dari hati yang jujur mengenai Datuk nik Aziz kita ni.
Kebelakangan ini banyak tindakan Parti Angkatan Rakyat yang menguris hati dan jiwa kaum melayu telah berlaku di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Umpamanya Perbinaan Ladang babi, Pemberian Tanah kepada Non Bumi, Penghapusan DEB dan sebagainya. Seperyi juga setengah pemimpin melayu didalam UMNO, di dalam PAS, Datuk Nik Aziz adalah seorang pemimpin Melayu yang memiliki karisma sebagai pemimpin melayu terulung di Malaysia.
Sungguh malang kerana beliau tidak lantang dalam menyatakan pandangan islamnya mengenai tindakan dike empat negeri pembangkang tersebut.

Saya ingi melihat Datuk Nik Aziz vokal dalam hal-hal yang bersangkutan dengan dunia islam sebegini. Bercakap benar dan rasanya beliau mampu untuk berbuat demikian. Bahkan beliau berkemampuan untuk menghayun tangan untuk membuang kemungkaran drp berlaku dibumi ini. Kenapa beliau membisu? Takut kawan non muslimnya marah dan tak menyokong beliau. Beliau semakin disayangi jika bernai memperjuangkan hak islam diTanah melayu ini.

Anonymous said...

Sahabatku Bunga Raya yang terhormat. Terima kasih atas pandangan bernas yang diberikan. Semoga melalui blog ini dapat kita diskusikan sesuatu yang lebih bermakna untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta, tanpa mengira anutan parti politik yang mungkin berbeda. Jazakumullahu khairan kathiiro.

Cikgu Zaharuddin said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Zaharuddin said...

Assalamualaikum,

Saya telah meletakkan link dari blog saya ke blog tuan. Ini adalah mudah untuk rakyat Lipis merujuk dan berkongsi pendapat bersama dengan kepimpinan UMNO Bahagian Lipis.

TQ

Anonymous said...

Kadang-kadang ada yang seperti musam berbulu ayam ..... dan sanggup menjadi kambing hitam ....

Bacalah seterusnya.....

Apa Dah Jadi Dengan Tok Guru Nik Aziz?

Saya dah baca satu kenyataan yang kununnya ditulis oleh TGNA yang membelasah Dato Mustafa Ali berkenaan kenyataan beliau yang tidak percaya perubahan kuasa akan berlaku pada 16 September, 2008.

Saya tak percaya itu adalah tulisan TGNA ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah lekang mulutnya dan kenyataannya dari menyebut ayat-ayat suci Al-Quran atau AlHadis sebagai sandaran.

Saya percaya Husam Musa dan/atau team erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut....samada disedari oleh TGNA ataupun tidak. Mana mungkin TGNA menyebut perkataan "Standing Ovation" dalam kenyataannya. Lebih-lebih lagi fakta yang kununnya Muktamar memutuskan untuk mengukuhkan pakatan rakyat secara "standing ovation" adalah tidak tepat sama sekali.

Dato' Pa tidak pernah melanggar keputusan syura. Yang melanggar keputusan syura ialah Husam Musa, Dato' KJ + geng erdogannya dan termasuk TGNA sendiri. Semua perwakilan dalam Muktamar sedar bahawa TGNA tidak mengikut ketetapan syura apabila beliau terang-terang tidak setuju muzakarah/muqabalah dengan UMNO diteruskan walaupun telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Dah la dia dipaksa untuk bercakap bagi membahaskan usul (tidak pernah berlaku dalam sejarah muktamar Musyidul Am terpaksa bangun berucap untuk membahaskan usul semata-mata dan selepas itu terus balik), ucapannya pulak yang lebih banyak berkisar tentang kebobrokan UMNO dan tidak perlunya diadakan apa-apa rundingan/kerjasama dengan mereka. Dan yang menyedihkan ialah pandangannya itu diberikan tanpa berdasarkan apa-apa hujah atau nas dari Al-Quran mahupun AlHadis. Kalau Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepada hujjah dan nas, kenapa TGNA tidak memberikan sebarang nas untuk menolak atau tidak bersetuju dengan keputusan syura tersebut?

Kemudian kenyataan yang kununnya dari TGNA tersebut menyebut "Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno." Takkanlah bila Dato' Pa suarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus nak dicap sebagai lidah UMNO? ("temberang" kerana confirm kerajaan tak bertukar pada 16 Sept). Takkanlah TGNA sebagai seorang musyid tergamak nak tuduh pimpinan PAS sendiri macam tu. Takkanlah TGNA sebagai seorang mursyid tidak boleh terus mengubungi Dato' Pa dan tanya beliau sendiri tentang maksud kenyataannya tersebut tanpa perlu menyerang peribadi beliau secara terbuka. (Kalau antihusam yang buat takpa la juga...sebab saya bukan tok guru).

Disebut juga bahawa Trengganu tersalah pilih Pesuruhjaya. Siapa yang pilih pesuruhjaya ni? Bukan rakyat Trengganu yang pilih dan bukan PAS Trengganu yang pilih..tapi dipilih oleh Presiden dengan persetujuan AJK PAS Pusat. Takkan TGNA tak tahu prosedur?? Jangan nanti orang kata PAS tersalah pilih Mursyidul Am pulak.

Dan diperenggan terakhir kenyataan tersebut telah disebutkan tentang keluarnya Dato' Asri sebagai presiden PAS ketika itu kedalam UMNO. Apa motif kenyataan ini? Kalau TGNA ada masalah dengan Tuan Guru Presiden, hubungilah beliau dan berbincanglah secara ilmiah dan ukhuwwah Islamiyah... jangan mendengar dakyah Husam dan gengnya semata-mata yang hanya mahu melihat kepimpinan ulama PAS bertelagah sesama sendiri.

Kalaulah betul keseluruhan tulisan itu adalah terbit dari isi hati dan lidah TGNA sendiri...saya hanya mampu bersedih dan kecewa dengan perubahan yang telah berlaku ke atas tok guru yang kita sayangi. Sedarlah bahawa tok guru telah cuba dibawa masuk kedalam perangkap yang dipasang oleh Husam. Kesimpulannya, Anwar punya mainan dan jarum liberalnya secara senyap telah berjaya masuk ke dalam PAS melalui Husam Musa dan team erdogannya. Dia hanya tersenyum melihat pimpinan Ulama PAS bertelagah sesama sendiri. Semoga Tuan Guru Presiden dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.
Posted by antihusam@yahoo.com