Monday, August 30, 2010

COMELNYA!!




Comelnya anak b*** ni. Gerammmmmmmmmmmmmm!!

APA NAK JADI




Petikan tulisan dari blog YB Zulkifli Nordin

"Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun di sana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah."

NIK AZIZ : LEBIH BAIK BERUNDUR DARIPADA MELALUT


Reaksi Tanpa Usul Periksa Nik Aziz
KOTA BAHARU, 28 Ogos – Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana
umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. -Bernama

TAN SRI ZAM DEDAH PAS MASA 13 MEI 1969


PUTRAJAYA, 29 Ogos – Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin yang lebih mesra dengan nama Zam melihat parti-parti pembangkang iaitu Pas, Dap dan PKR penuh dengan kepura-puraan dalam mengaplikasikan politik tanpa menunjukkan hal yang sebenar.
Beliau mendedahkan, semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarhamm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.
Jelaslah, katanya, pendirian dan tindakan Pas sendiri bertentangan dengan Islam.
“Kononnya Pas berteraskan Islam tetapi ketika UMNO mempromosikan unsur-unsur perpaduan kepada rakyat, Pas telah mengapi-apikan. Pas dulu mengapikan sehingga kata kita hendak bagi negara ini kepada orang Cina sewaktu zaman perikatan diwujudkan,” kata beliau di dalam temubual khas UMNO-online.com.
Di dalam pertemuan itu, beliau mengimbas semula sejarah, beliau memaklumkan bahawa Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pernah memberitahu bahawa selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ada pemimpin Pas yang datang menemui beliau dengan menyuarakan bahawa inilah masanya untuk Melayu rampas semula harta-harta Cina.
“Tunku kata kita nak rampas kita sendiri tahukah berniaga, jadi mengapa kita nak rampas harta-harta mereka kerana mereka berusaha sendiri ke arah itu.
“Sikap-sikap yang tidak rasional begini terbukti sehinggakan semasa zaman konfrontasi orang-orang Pas inilah yang menyokong Indonesia malah kalau boleh mahu Indonesia ambil negara ini dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap,” jelasnya.
Tegas beliau, Pas adalah parti perkauman yang berasaskan ekstremisme kepada Islam.
“Kita dalam UMNO inilah yang menentang dan mewaraskan PAS, mendedahkan ketaksuban mereka dalam agama, kita dedahkan Nik Aziz yang mengatakan orang UMNO ini barua, kita dedahkan Mat Sabu menuduh Tun Mahathir itu gila, kita buat pendedahan Haji Hadi mengkafirkan orang UMNO yang siap dengan rakaman video.
“Selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka lebih beradap dan bersopan. Mengapa sekarang ini mereka nak menuduh kita sebagai seorang yang bersifat perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian dengan kaum-kaum lain melalui gabungan perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum-kaum lain dengan lebih besar,” tegasnya.
Beliau yang juga mantan Ketua Penerangan menyelar tindakan bertopengkan agama Pas sedangkan realitinya tidak demikian.
“Ini permainan politik mereka. Mana ada mahu laksanakan hukum hudud sedangkan seorang wanita yang bogel dan terdedah di khalayak walhal berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh Nik Aziz sebagai satu keharusan, skandal dan sebagainya.
“Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?” soalnya.
Justeru katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada liberalisme, tapi telah bersifat liberal dari awal lagi.
“Macam Dap yang kononnya mahu jadi PAP Singapura pun tak jadi juga kerana PAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam salah laku moral.
“Menterinya yang terlibat akan dibuang dan jika diketahui rasuah ada yang belum bicara lagi sudah bunuh diri. Bagaimana pula dengan Dap?”
Berkaitan dengan PKR pula, Zam yang juga tokoh wartawan negara melihat ia sebagai satu parti yang hanya hendakkan kuasa tetapi yang mahu dan gilakan kuasa tersebut hanya seorang individu sahaja.
“PKR parti yang belum matang di peringkat bawah dengan perjuangan yang tidak berprinsip iaitu cuba menyesuaikan diri dengan Dap apabila bersama parti itu dan menukarkan watak apabila bersama dengan Pas. Asal saja ia memberi pulangan kepada pemimpin atasannya untuk naik ke atas.”
Jelas Zam lagi, antara ketiga-tiga parti pembangkang ini mereka saling mencari ruang dan peluang untuk mendapat kuasa.
“Pas yakin kalau menang pilihan raya akan menjadi Perdana Menteri, dan Dap juga akan mendapat ruang sedangkan PKR pula tidak ada matlamat dengan melakukan penyesuaian dari semasa ke semasa,” katanya.
Tegas beliau, rakyat perlu sedar bahawa kalau sekarang pun mereka tidak boleh untuk laksanakan penyatuan dan kesesuaian maka masyarakat harus perlu bersedia untuk menghadapi satu keadaan atau suasana yang kecoh sekiranya mereka memerintah nanti.
“Jadi terserah pada rakyat sama ada mereka mahukan kerajaan yang stabil iaitu sudah ada Perlembagaan dan asas-asas yang kukuh atau kerajaan yang tidak pasti hala tuju dan hanya tahu berangan-angan.”
Tambahnya lagi, orang Melayu juga harus tahu atas sikap tolak ansur yang tidak terbatas antara Pas terhadap PKR dan Dap akan mampu mewujudkan ketidakstabilan politik dan keadaan akan jadi lebih buruk lagi.
“Sedangkan dalam Barisan Nasional juga ada krisis biarpun berpuluh tahun terpaut tetapi sekurang-kurangnya kita sudah ada asas dan pendirian dengan penerimaan jelas kepada kepimpinan tertinggi manakala bagi PKR, Dap, Pas sendiri masih tercari-cari satu kaedah yang buntu.
“Pembangkang tidak akan dapat lari dari ruang lingkup prinsip-prinsip perlembagaan itu sendiri. Buktinya apabila berkuasa mereka juga lakukan sebagaimana yang dibuat oleh orang UMNO.”
Umpamanya, tambah beliau lagi surat sokongan adalah soal biasa dalam UMNO tapi penilaian rakyat apabila pembangkang menjadi kerajaan maka akan wujud sebuah kerajaan utopia iaitu kerajaan yang bersih dan tiada dosa, boleh betul-betul berkhidmat kepada rakyat tanpa rasuah, tanpa penyalahgunaan kuasa sedangkan sebaliknya belum apa-apa surat sokongan sudah diberi kepada adik salah seorang anggota mereka sendiri.
“Rakyat harus menilai perkembangan-perkembangan yang berlaku bahawa kelemahan manusia ada dalam semua parti, hanya yang pokoknya adalah kepimpinan yang benar-benar berhasrat untuk memberikan sebuah kerajaan yang lebih adil.”
Di dalam hal ini, katanya, kita lihat bahawa mahu atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai fokus iaitu untuk menghilangkan prasangka sesama kaum dengan penyesuaian berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri.
Masyarakat tahu, terutama pemimpin dan penyokong Pas sendiri ingat Dap sentiasa menentang dasar Pas untuk mendirikan negara Islam. Karpal Singh berkali-kali memberi amaran keras kepada Pas, ‘langkah mayat saya dulu” kalau hendak mendirikan negara Islam.
Malah Karpal dan Lim Kit Siang menentang pelaksanaan hukum hudud Pas. – MediaUMNO

Saturday, August 28, 2010

KEJAYAAN DAKWAH PAS



Naib Presiden PAS: Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau

Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”

“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.

“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.

“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.

“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.

Teo dipetik sebagai berkata beliau tidak faham sebab kunjungannya ke surau itu menjadi kontroversi dan “dipermainkan-mainkan” kerana hanya berniat ikhlas.

“Kunjungan ke surau Al-Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

“Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan:

“Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

“Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar,” katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Dalam laman webnya Teo berkata:

“Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat tarawih dikerjakan.”

Teo berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum.

“Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di universiti adalah cemerlang.

“Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan,” kata laman web itu. -TMI


'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa kunjungannya ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu menjadi kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depannya, yang memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Muslimin, muslimat jemput

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Surau: Baca sendiri blog Teo

Di sesetengah masjid terkenal seperti Masjid Negara dan Masjid Putrajaya, golongan bukan Islam dikehendaki menutup kepala sekiranya ingin melawat kawasan sekitarnya.

Teo juga menjelaskan, pada Ramadan kali ini, beliau ada juga mengunjungi dan berbuka puasa bersama ahli jemaah di beberapa surau di kawasannya parlimennya tetapi tidak pernah memasuki ruang solat utama.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga melaporkan, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor, Abdullah Mansor memandang serius tindakan Teo kerana menurutnya, ia bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik.

Abdullah juga menyatakan bahawa tindakan itu juga menyalahi hukum.

Justeru tambahnya, jika benar dakwaan itu, ia satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan.

Pengerusi jawatankuasa surau Al-Huda Azemi Ahmad pula dilaporkan menjelaskan Teo masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.

Bagaimanapun, Azemi berkata, isu itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana tiada apa yang boleh dipolitikkan, lapor akhbar milik Umno itu.

Azemi turut meminta orang ramai supaya membaca sendiri laman web Teo untuk mendapatkan penjelasan sebenar. -mk



Ulasan GB

UMNO melalui akhbar pencacainya Utusan menjadikan kunjungan Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang sebagai satu isu agama dan perkauman, namun ia menjelaskan pula mengenai kejahilan mereka terhadap agama Islam.

Entah siapa mengajar mereka melarang bukan Islam ke surau.

Yang nyata ia hanyalah satu sifat cemburu, irihati dan dengki, kerana MP berkenaan adalah dari Pakatan Rakyat. Jika mereka yang melakukan, 1001 justifikasi diberikan.

Monday, August 9, 2010

Anak Syarikat Milik Kerajaan Kedah Jual Arak!

Isu Hot ini, dalam Pas beria-ria mempertahankan kesucian moral dan etika parti mereka, rupanya terselit dalam sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri kedah yang menjual arak dan berkemungkinan penghidang dan pelayannya adalah seorang muslim inilah, akibatnya berMBkan seorang ahli Pas yang hanya tahu bercakap, cakap dan terus bercakap tentang moral dan etika sedangkan duburnya bergelumang dengan najis
Sebuah blog mendedahkan sumbang moral dan etika perjuangan islam oleh anak syarikat kerajaan negeri kedah dan cuba kita nilaikan bersama sikap dwi double standard mereka.
Sediakan GPS anda agar tidak tersalah tempat. Kami bagi bukti tepat dan jitu.
Lokasi anak syarikat kerajaan PAS yang menjual arak sebagai salah satu punca pendapatan adalah di:
5*24’17″ Utara:
100*35’00″ Timur
Hanya ada satu tempat saja dengan koordinat tersebut di atas muka bumi ini, tak boleh silap.
Syarikat ini kemudian menyalurkan keuntungan kepada Ustaz Azizan melalui parent company syarikat ini, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Jadi jangan hairan jika elaun raya saja, Ustaz Azizan Rangkul RM20,000.
Tukang salur ialah CEO syarikat ini, iaitu Muhammad Sobri Osman (Cucu Saudara Ustaz Azizan).
Tukang mengarah ialah Pegawai Khas Kepada MB (Hal Ehwal GLC) iaitu Yusrain Zakri Adnan (Menantu MB yang juga AJK Pemuda PAS Kedah).
Oh ya, sebelum kami terlupa, dibawah ini, kami petik kenyataan Setiausaha Agung PAS pada 20 April 2010 untuk memberi sedikit cabaran kepada pembelit hukum:
“Umno, yang menerajui kerajaan pusat, yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat atas perbuatannya” Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Dan disini juga boleh kita rujuk pendirian PAS tentang arak dan hasil arak. Itu tentang cukai dari hasil arak, kalau sendiri jadi tauke arak, faham-faham sendiri la noo.