Sunday, August 30, 2009

ISU KUIL TANDA LEMBABNYA MB SELANGOR

Mulanya Penulis tak berapa nak hirau tentang isu pemindahan kuil hindu dari Seksyen 19 Shah Alam ke Seksyen 23. Dalam hati kecil Penulis, mestilah Menteri Besar Selangor yang bijak pandai akan dapat menyelesaikannya dengan sebaik mungkin, tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Tetapi nampaknya isu tersebut semakin berlarutan, sehinggalah selepas solat Jumaat 28 Ogos lalu penduduk Seksyen 23 telah berarak ke Bangunan SUK Selangor sebagai protes terhadap isu berkenaan yang tidak dapat diselesaikan oleh MB dengan bijaksana. Perarakan tersebut sebenarnya bukanlah jadi isu besar sangat. Berarak lebih ramai dari itupun sering dilakukan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang. Namun yang menjadi isu besar adalah 'kepala lembu' yang dibawa dan diletakkan di depan pintu pagar bangunan SUK yang mengapungkan isu itu menjadi hangat.

Pendapat sebahagian masyarakat, lebih-lebih lagi penganut beragama Hindu menganggap bahawa 'kepala lembu' yang dibawa itu sebagai tanda 'penghinaan' kepada masyarakat beragama hindu, kerana hindu menilai bahawa lembu adalah binatang yang dimuliakan dalam ajaran agama mereka.

Dengan insiden itu, maka banyaklah andaian-andaian dibuat. Bagi MB sendiri menyatakan bahawa isu kuil jadi besar kerana didalangi oleh UMNO. Demikian juga Khalid Samad, MP Shah Alam. Bagi mereka, UMNOlah yang menghasut masyarakat supaya marah terhadap keputusan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor. Menurutnya, tidak ada ahli PKR dan PAS yang terlibat.

Betul atau tidak dakwaan tersebut, kita tunggulah siasatan dari pihak Polis!

Bagi Penulis, isu kuil ini boleh diselesaikan dengan sangat hikmah sekiranya MB bertindak bijak dan tidak begitu 'tunduk' kepada YB Xavier, exco yang bertanggungjawab mencadangkan pemindahan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Protes penduduk di Seksyen 23 itu pun ada rasionalnya. Mereka ada hak untuk protes.

Penulis setuju dengan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS, beliau menyarakan MB Selangor merujuk isu pemindahan kuil tersebut kepada Mufti Selangor. Minta nasihat Mufti, dia lebih faham tentang agama. MB tak berapa faham. Dia bukan mengaji bidang agama.

Seperkara yang pelik lagi adalah, Exco Agama, Dr.Hassan Ali daripada PAS tak berbunyi apa-apa. Diam menyepi. Bantulah MB tu selesaikan masalah. Atau dia pun suka MB tak mampu selesaikan masalah, sebagai petanda lemahnya MB. Manalah tau nanti pemimpin nombor satu Pakatan Pembangkang, DSAI buat keputusan supaya Khalid digantikan dengan orang lain sebagai MB Selangor. Dan orang itu yang ada potensi adalah Dr.Hassan. Manalah tau! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

NGUPINGTRUS : Untuk ajar MB Selangor dan Pakatan Pembangkang di Selangor ni mudah je. Tunggu PRU-13 nanti.

Saturday, August 22, 2009

100 MILLION DOLLAR MAN

CATATAN: PETIKAN DARI BLOG ANWARISME

Pengkhianat Melayu Saman RM 100 juta lagi

Anwar mahu saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM 100 juta kerana memanggil beliau pengkhianat bangsa Melayu.Mengapa Anwar sangat berminat dengan RM 100 juta sukar difahami. Anwar saman Dr. Mahathir RM 100 juta, Anwar saman ramai lagi semua dengan jumlah RM 100 juta.Mengapa? Ini adalah kepercayaan karut Fengshui Anwar kononnya 100 juta merupakan nombor "ong" kepada Anwar.Anwar hanya mahu menutup mulut Tan Sri Muhyiddin Yassin bukannya mahu menang saman beliau.

Justeru apa penting "ong" ini kepada beliau susah mahu kita fahami.Namun hakikatnya dakwaan Tan Sri Muhyiddin bahawa Anwar pengkhianat bangsa Melayu memang benar sama sekali.Apakah bukti pengkhianatan Anwar terhadap bangsa Melayu?

1. Anwar mengadu-domba bangsa Melayu sejka tahun 1970-an, Mahathir lawan Ku Li, Anwar sendiri lawan Ghafar Baba dan Anwar lawan Mahathir. Semuanya direncana oleh Anwar untuk kepentingan politiknya. Biar orang Melayu berpecah asalkan Anwar naik atas.

2. Anwar juga yang memburukkan usahawan dan jutawan Melayu dengan gelaran kronisme ketika beliau mahu menentang Mahathir pada 1998.

3. Berapa banyak saham-saham melalui "pink form" yang digunakan Anwar untuk mendapat sokongan perwakilan UMNO? Saham-saham ini sepatutnya diagihkan kepada bumiputera yang mahu berniaga telah digunakan Anwar untuk mendapat sokongan politik semasa beliau Menteri Kewangan. Hasilnya, orang yang mendapat saham ini hanya menjual kembali ke pasaran untuk mendapat wang cepat. Akhirnya kurang pegangan bumiputera di BSKL. Apakah bukan pengkhianatan kepada bangsa Melayu apabila Anwar mengajar Melayu mendapat wang jalan mudah? Jangan nafikan pengedaran pink form ini. Saifuddin Nasution ketika itu menjadi tukang agih termasuklah saham Hicom. Sekarang apa jadi kepada Hicom?

4. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa apabila hari ini melaungkan penghapusan dasar pro bumiputera dan bekerjasama dengan DAP dan Hindraf yang terang-terang anti ketuanan Melayu?

5. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa apabila beliau menyokong Hindraf yang membuat membuat tuduhan bahawa mereka ditindas oleh orang Melayu?

6. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila beliau semasa menjadi ketua Pemuda UMNO Malaysia menerima wang daripada Genting Berhad?

7. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila membenarkan IOI menguasai sebahagian besar Puchong kerana bapanya menjadi pengerusi proksi kepada sebuah syarikat Cina?

8. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila menggunakan media-media asing untuk menghentam Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad untuk tujuan menjatuhkannya?

9. Apakah Anwar bukan pengkhianat Melayu apabila menyokong tuntutan puak kristian terhadap penggunaan perkataan Allah menggantikan kata Tuhan dalam bible bahasa Melayu?

10. Apakah Anwar bukan pengkhianat Melayu apabila memberi bermacam-macam kelebihan kepada Nallakarupan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri?

Banyak lagi persoalan yang boleh dibangkitkan, namun yang pasti Anwar memang pengkhianat Melayu.

KOMEN NGUPINGTRUS: ISY! ISY! ISY! TAK SANGKA SUNGGUH YA! NAMPAK MACAM TOK ALIM BESAR. RUPA-RUPANYA PENGKHIANAT

Jawablah Anwar, Jangan Asyik mengelak

CATATAN: DIPETIK DARI BLOG ANWARISME


Semalam ketika berceramah di Permatang Pasir, datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dan bersedia menjawab segala tuduhan ke atasnya.

Soalnya benarkah Anwar bersedia menjawab kerana sejak 1998 pelbagai tuduhan yang diberi berasaskan fakta tidak pernah dijawab oleh Anwar.

Datuk Seri najib Tun Razak bersumpah tiada kaitan dengan Altantuya. Tan Sri Muhyiddin menjawab tuduhan kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamluddin menjawab isu penggabungan ECM Libra dan Avenue capital, bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti pembelian banglonya menggunakan pinjaman bank.

Soalnya Anwar tidak pernah menjawab tuduhan terhadapnya termasuk tuduhan terawal oleh Yahya Ismail bahawa Anwar pernah menerima wang judi untuk membiayai aktiviti pemuda UMNO semasa beliau menjadi ketua Pemuda UMNO.

Cabaran bersumpah Yahya tidak pernah disahut Anwar.Buat permulaan mungkin Anwar boleh menjawab persoalan ini:

1. Mengapa arwah bapanya dilantik menjadi Pengerusi IOI Berhad semasa beliau menjadi Menteri Kewangan? Ketika itu juga banyak tanah di Puchong menjadi milik IOI. IOI juga ketika Anwar mendapat banyak peluang niaga sehingga menjadi konglomerat besar.

2. Apakah kelayakan sahabat baik beliau Kamarudin mohd noor mendapat tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

3. Sahabat baik Anwar ini juha memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

4. Seorang lagi sahabat baik Anwar, Dr. Rahim Ghouse, mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

5. Bagaimanakah dalam sekelip mata Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.?

6. Selain Kamaruddin nama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

7. Seorang lagi sahabat baik Anwar, Kamaruddin Jaafar tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta) yang kemudiannya mendapat banyak projek kerajaan ketika itu.

8. Kita juga ingin tahu bagaimana Anwar Ibrahim seorang bekas banduan tanpa pencen boleh hidup bersenang lenang, mempunyai rumah banglo harga berjuta ringgit dan sentiasa terbang ke luar negara sebelum beliau menjadi ahli parlimen baru-baru ini.

KOMEN NGUPINGTRUS: Jawablah Anwar oiii. Sumpahlah Anwar oiii.

CALON PAS SONGLAP DUIT??

DIPETIK DARI BLOG RUANGBICARAFAISAL

MUJAHID YUSOF RAWA SAHKAN CALON PAS SONGLAP DUIT

Perangkap sudah mengena dengan satu panggilan telefon sahaja. Tengahari tadi saya ada menerima satu sms daripada seorang rakan yang mengatakan Calon PAS Permatang Pasir pernah menyelewengkan duit dana P/raya Permatang Pauh sebanyak RM 60 ribu.

Setelah mendapat sms tersebut tengahari tadi pening juga kepala saya untuk mencari kesahihan berita berkenaan. Saya cuba menghubungi beberapa orang,termasuk wartawan. Malangnya mereka sendiri pun tidak berani mengesahkan.Lantas saya teringat seorang kawan saya yang pernah berada dalam kepimpinan PKR negeri satu masa dulu. Tetapi tidak lagi sekarang. Beliau masih lagi menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Saya minta beliau bertanyakan perkara berkenaan kepada Mujahid Yusuf Rawa.

Beliau bersetuju.Selepas itu beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu yang Mujahid telah mengesahkan memang benar Calon PAS berkenaan ada mengambil sebanyak RM 60 ribu duit p/raya Permatang Pauh dan menyimpan di dalam akaun syarikatnya. Khabarnya wang tersebut telah lesap dan PAS Pusat membayarnya kembali,sebelum ianya dijadikan isu oleh BN. Mujahid juga meminta beliau merahsiakan perkara berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Mujahid kerana telah membuka baju untuk menunjuk kurap di badan sendiri.Saya tahu,saya akan dimarahi oleh rakan saya kerana menyiarkan artikel ini. Beliau bimbang pemimpin PAS tidak akan percaya kepada beliau lagi,kerana mereka telah meminta rakan saya merahsiakan perkara ini. Saya yakin 100 % beliau akan meminta saya menarik balik artikel ini.Kepada rakan saya, saya pohon maaf dan ampun kerana telah melanggar perjanjian. Saya terpaksa.

Dalam perang kita kena gunakan apa sahaja yang ada yang boleh membantu kita untuk berusaha mencapai kemenangan. Hatta, ada masanya rakan sendiri yang terpaksa kita korbankan. Tetapi saya tidak sampai ke tahap mengorbankan saudara. Aidilfitri yang bakal menjelma sebulan lebih lagi,saya akan gunakan sebaik mungkin untuk memohon maaf kepada saudara. Maafkan saya !

KOMEN NGUPINGTRUS: Setiap kita selaku manusia biasa tetap memiliki kelemahan. Pernah melakukan salah-silap. Oleh itu janganlah terlalu asyik untuk mencari kelemahan orang lain. Satu jari menuding kepada orang lain, di masa yang sama beberapa jari lagi menuding kepada diri sendiri. Orang Pas mukan ma'sum. Termasuk Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda Pas

MOHON DIJAUHI OLEH ALLAH SWT PERANGAI MACAM ITU

Pendedahan penyelewengan duit masjid oleh pemimpin cawangan Pas.

Terkini dari Permatang Pasir, seorang imam dan tok siak masjid kawasan Permatang Pasir mendedahkan perilaku buruk pemimpin Pas cawangan yang 'merampas' dan menggunakan duit sumbangan orang ramai untuk tujuan parti.Duit yang diambil dari kariah masjid tersebut belum sempat dihitung jumlahnya 'dirampas' dengan alasan bahawa masjid itu adalah tertakluk dibawah Pas, dan duit sumbangan orang ramai 'wajib' digunakan untuk aktiviti2 parti.

Perkara ini disahkan sendiri oleh kariah masjid tersebut dan ianya diberitahu bermula dari tahun 2005 hinggalah sekarang tanpa ada sebarang bantahan dari pihak atasan Pas walaupun aduan telah dibuat. Lihatlah betapa 'korup' nya mentaliti pemimpin2 Pas yang 'menyeleweng derma sumbangan orang ramai yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan aktiviti memakmurkan masjid. Mereka lebih mengutamakan kepentingan sendiri tanpa ada 'belas kasihan' walaupun bertentangan dengan batas ugama.

Orang ramai yang memberikan sumbangan kepada masjid tersebut pastinya mengharapkan wang mereka digunakan sebaiknya tanpa menyedari sebenarnya wang mereka telah 'disonglap' oleh manusia-manusia rakus yang bertopengkan ugama didalam parti Pas.Nyata pemimpin2 Pas menjuarai anugerah pelakon wayang terhebat apabila sanggup berselindung di balik topeng agama demi melaksanakan agenda peribadi. Manusia-manusia seperti ini sebenarnya menyembunyikan 'tanduk' disebalik serban besar dan melindungi 'ekor' di dalam jubah labuh mereka.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nik Aziz bahawa syaitan pun sanggup dijadikan sahabat. Doa Nik Aziz telah dimakbulkan Allah dengan menzahirkan banyak 'syaitan2' yang menyamar sebagai manusia alim didalam parti Pas.Lihat sahaja calon Pas di Permatang Pasir. Banyak salahlaku moralnya yang 'ditutup' rapat oleh pihak atasan Pas sendiri. Mereka seolah2 menghalalkan setiap salah laku yang dilakukan oleh calon pilihan mereka demi meneruskan aktiviti penipuan terhadap masyarakat kampung.

Mereka berlakon dan berlagak 'alim kucing' tanpa menyedari 'tembelang' mereka semakin jelas terdedah.Masyarakat di Permatang Pasir telah sedar kebobrokan pengkhianat agama ini dan akan menjatuhkan hukuman pada 25hb ini.

Masyarakat di Permatang Pasir juga akan bangkit dari penyelewengan durjana2 politik parti Pas yang telah 'menipu' mereka selama 3 penggal.Pas akan 'dibogel' dan 'dimalukan' di kubu kuat mereka sendiri. Nantikanlah kebangkitan rakyat yang telah lama ditindas oleh Pas di Permatang Pasir.

KOMEN NGUPINGTRUS: Hal sedemikian bukanlah mustahil. Mereka juga, walau pun berstatus ustaz, berserban dan kelihatan warak, tetapi yang pasti, mereka bukan malaikat. Dulu pernah juga pejuang Pas yang berstatus ustaz tetapi menggelapkan duit hasil jualan Akhbar Harakah. Hanya tidak dihebohkan saja.

Penang Bangkit : Strategi Dan Kualiti Calon Pas

Catatan: Dipetik dari Blog Garamanis


GM tidak menyalahkan UMNO kerana meletakkan Rohaizat di Permatang Pasir. Walaupun sekarang sepatutnya kempen untuk menerangkan dasar-dasar UMNO yang hendak dilaksanakan di Permatang Pasir tetapi PRK kali ini menyaksikan UMNO terpaksa berjuang membersihkan calonnya daripada tohmahan.

Inilah penunjuk akhir zaman. Fitnah menjadi makanan enak dan paling ketara manusia hari ini terpaksa menutup muka seperti khinzir merujuk kepada wabak babi yang semakin menular.. GM tidak mahu berbicara soal akhir zaman kerana GM belum cukup ilmu untuk berbuat demikian.

Di Permatang Pasir banyak isu dan alasan yang boleh digunakan untuk mengikis kewibawaan PAS. GM tegaskan, jentera fitnah PAS cukup efisyen mengerakkan langkah menyerang UMNO dan UMNO terkulai tanpa banyak soal dan tanpa banyak bicara sekadar terima dan layu.

Rakan blogger GM, Kumbang telah menganalisis beberapa perkara yang boleh di buat UMNO untuk menyerang PAS. Walaupun kaedah ‘karekter assasination’ adalah cara lapuk dan tidak beretika tetapi suasana politik hari ini telah menjadikannya halal dan bermutu.

Cuba kita lihat pendekatan yang sedang digunapakai PAS:-

Pertama, PAS akan lebih memberi tumpuan meraih sokongan pengundi melalui kempen yang dijalankan di surau dan masjid-masjid sekitar Permatang Pasir. Melalui sumber dalaman PAS setiap aktiviti akan dilaksanakan oleh penceramah-penceramah PAS khususnya dari Kedah dan Terengganu.

Kedua, penglibatan ADUN budak jahat PR yang lebih memberi tumpuan diberi di kawasan yang bermajoritikan pengundi Cina. PAS sedar hanya dengan menguatkan kempen di kawasan tersebut akan menjadi penentu kemenangan calon PAS di Permatang Pasir. Inilah pengalaman yang PAS perolehi di Bukit Gantang kerana mereka sedar pengundi Melayu sudah mula kecewa dan terkilan dengan kelucuan PAS terutamanya kenyanyokan Nik Aziz mempermainkan Islam.

Ketiga, PAS menyediakan sebuah kenderaan bagi setiap UPU bagi tujuan membawa pengundi ke Pusat Pengundian. PAS akan berusaha membawa seramai mungkin pengundi yang dikenalpasti mengundi calon PAS. Keadah yang sama turut juga digunakan UMNO. Cuma yang membezakan strategi parti mempengaruhi pengundi di saat-saat akhir.

Keempat, dari segi permainan saraf, GM mendapat maklumat PAS telah menubuhkan 3 unit pemantau prestasi iaitu Unit Perang Saraf, Unit Risikan dan Unit Pemantauan. Unit ini akan mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan sesuatu isu bagi meraih simpati dan kajian mengenai kecenderungan sokongan pengundi. Antaranya membuat risalah palsu UMNO kononnya akan diadakan perhimpunan ‘Pengkhianat Melayu’ yang dibuat oleh UMNO Johor.

Semua pendekatan ini adalah kerana PAS mahu mempertahankan Permatang Pasir dan menjaga maruah daripada tewas kerana PAS sedar sokongan orang Melayu semakin hari semakin susut dengan pengajaran di Bukit Gantang dan Manek Urai. Lihatlah betapa takburnya mereka di Manek Urai dengan sombong yakin akan menang besar tetapi kuasa Allah mengatasi semuanya. PAS menang tipis dan paling malu majoriti terdahulu gagal dipertahankan. Hanya dengan kemenangan ini akan mengukuhkan kembali peranan PAS dalam budak jahat pakatan
Apa yang menjadi persoalan adalah peranan PKR yang tidak dibenarkan untuk membuka bilik gerakan sendiri dan semua gerak kerja PKR perlu mendapat kebenaran PAS tempatan.

Paling ketara jentera kempen PKR juga diharuskan mendaftar terlebih dahulu dengan PAS Penang.

Cuba tanya Khalifah Umar Guan Eng mengapa mesti dia tidak membantu PAS.? Sumber GM mengatakan DAP Penang langsung tidak membantu dari segi tenaga dan juga kewangan. Salleh Man terkial-kial mencari peruntukan dana kempen dan cuma MB Kedah bermurah hati untuk menderma RM 10,000. Guan Eng hanya mahu menggunakan PAS untuk menunjukkan sokongannya kuat dan menakut-nakutkan orang Bukit Pala.

Timbul persoalan GM, apakah PAS memang tidak mempunyai dana yang cukup hingga Hadi Awang terpaksa mengarahkan pemimpin PAS menderma RM1,000 seorang dengan sasaran kutipan sebanyak RM 1juta atau sebenarnya Hadi Awang tahu kualiti calon PAS ini yang gemar mengusik isteri orang dan terlibat dengan penyelewengan..?

GM – Politik tidak kotor yang menjadikannya kotor adalah pemainnya. Seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tokoh yang boleh diangkat tetapi hari mereka layak dipijak kerana hendak diangkat terasa berat kesan kotorannya.

KOMEN NGUPINGTRUS: Semoga saudara-saudaraku di Permatang Pasir dapat membuat pertimbangan dengan bijaksana pada 25 Ogos nanti.

Monday, August 17, 2009

SIAPA YANG PATUT LETAK JAWATAN?

Penulis tertarik juga dengan berita dalam Sinar Harian Edisi Selangor dan KL 17 Ogos 2009, Isnin, halaman S2. Salah satu tajuk yang terpapar adalaj "Najib perlu letak jawatan". Saudara Khalid Samad, Yang DiPertua Pas Shah Alam dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sepatutnya letak jawatan, bukan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Hal desakan meletak jawatan ini diulas oleh Khalid berikutan Pemuda UMNO Kelantan yang mendesak Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan kerana didakwa tidak konsisten terhadap kenyataan-kenyataan beliau berkaitan penghinaan Islam oleh DAP yang juga sekutu Pas dalam Pakatan Pembangkang.

Bagi Penulis, Nik Azizlah yang patut letak jawatan. Pertamanya, beliau dah lama sangat jadi Menteri Besar Kelantan, sedangkan Najib baru saja setahun jadi Perdana Menteri. Keduanya, Nak Aziz dah terlalu tua. Dah tak cergas, sedangkan Najib baru 56 tahun, masih segar. Ketiganya, kenyataan Nik Aziz kadang-kadang sudah menjurus ke arah orang pikun. Mungkin sekarang masih belum pikun, tetapi lebih baiklah berhenti sebelum betul-betul pikun. Malang sekalilah rakyat Kelantan mempunyai seorang Menteri Besar pikun. Belum ada sejarah dalam dunia pemimpin macam tu!

Walaupun Saudara Khasim Abdul Aziz, YDP Kawasan Ampang menyebutkan bahawa Nik Aziz akan berundur dengan sendiri apabila sampai masanya. Betullah tu. Tetapi nampak gayanya tak ada tanda-tanda beliau nak undur. Malah beliau juga pernah katakan nak jadi Menteri Besar sampai mati.

Nik Aziz bagi orang Pas sangat sukar dicari ganti. Beliau sangat berpengalaman, istiqamah, dan warak. Hal ini juga disebut oleh Khasim. Menurut Penulis, memanglah Nik Aziz begitu sifatnya. Bercakap 'lembek', berdoa pun kelihatan melintuk-liuk. Tapi apabila mencerca orang, khususnya musuh politik, dialah juga juaranya.

Kalau diingat-ingatkan, apa benda yang Nik Aziz tak kata kepada orang UMNO? Macam Orang Utan, macam komunis, macam Ayah Pin, tolak Qur'an, tolak Islam, tolak Nabi, dan macam-macam lagi. Seolah-olah dia saja yang hebat. Dia saja yang mengaji agama. Dia saja yang tahu baca Qur'an, faham Qur'an, faham Hadith. Dia sajalah yang penuh iman di dada!!!!

Ketahuilah, di sana ada orang yang lebih baik, lebih alim, lebih warak, dan lebih zuhud daripada Nik Aziz, tetapi tidak mengata kepada musuh politiknya sejijik yang dihamburkan oleh lidah Nik Aziz.

Kepada saudara-saudara yang ada dalam Pas, sedarilah bahawa Nik Aziz tu manusia biasa yang memiliki sifat-sifat keji. Angkuh dan bongkak. Beliau jauh sekali dari bersifat ma'sum.

NGUPINGTRUS: Hormat orang lain terhadap Mursyidul Am Pas itu ada hadnya.

ANWAR BUKAN MUSUH POLITIK

Demikian tajuk yang terpapar dalam muka hadapan Sinar Harian Edisi Selangor dan KL 16 Ogos 2009 - Ahad. Di dalam kenyataan yang dipetik Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata, "Sebenarnya di negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik moden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati. Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara."

Di satu sisi, kenyataan Zaid menggambarkan seorang ahli politik yang sangat matang dan sangat memahami selok belok dalam berpolitik. Tetapi di sisi lain, dalam amalan berpolitik sehariannya bertolak belakang. Kalaulah Ketua Pembangkang wajar dihormati sesuai peranannya demi rakyat dan negara, apatah lagi Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan, di mana berkali ganda perlu dihormati oleh setiap rakyat, tanpa dikecualikan kepada kumpulan pembangkang.

Kalau nak dikirakan sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya umum, parti yang diketuai oleh Perdana Menteri lebih banyak berbanding pembangkang.

Sebagai Perdana Menteri yang juga Ketua Kerajaan, apakah yang tidak dikata, dihina, dicerca dan dinista oleh pembangkang, khususnya Anwar, termasuk juga Zaid.

Dulu, Anwar hanya mencerca dan menghina Dr.Mahathir yang juga selaku Percana Menteri dan Ketua kerajaan. Apa yang tak dikata kepada orang tua tu? Walhal, Anwar pada waktu itu belum lagi sebagai Ketua Pembangkang. Selepas zaman Dr.Mahathir, Pak Lah pula yang jadi punching bag Anwar. Apa dosa Pak Lah kepada Anwar, tak siapa pun tahu. Kalau Dr.Mahathir dulu, mungkin kerana Anwar marah beliau dipecat dari takhta Timbalan Perdana Menteri. Tetapi di zaman Pak Lah? Apa kesnya? Malah di zaman Pak Lah, Anwar keluar dari Sungai Buluh.

Sekarang !!!! Zaman Najib. Apakah kes Najib dengan Anwar? Tidak ada dosa apa pun Najib dengan Anwar. Tetapi kenapa Najib dijadikan sasaran, atas, bawah, depan dan belakang! Semua yang Najib buat semuanya tak kena.

Kalaulah ikut kepala otak Zaid Ibrahim, Anwar ni sepatutnya bantu sama memberikan idea untuk menyumbang pengurusan dan pentadbiran negara ke arah yang lebih baik demi rakyat dan negara. Jangan asyik nak demonstrasi saja. Anwar pun tahu, kalau asyik demonstrasi, negara akan jadi huru-hara. Pelabur pun tak seronok nak datang. Pelancung juga ngeri nak datang. Itu Anwar pun tahu. Zaid juga mungkin tahu. Tetapi kenapa buat juga?

Kalau Zaid nakkan bosnya itu dihormati, tolong ajarkan kepadanya supaya tahu juga menghormati orang lain. Terutamanya tahu menghormati Perdana Menteri yang juga Ketua Kerajaan.

NGUPINGTRUS: Itulah namanya, "Paku dulang, paku serpih".