Tuesday, December 23, 2008

DAP, PKR bantah hudud

Oleh Ismail Mat, Zainab Mohd Yatim dan Norakmah Mat Youb
(Petikan dari Berita Harian Online 23 Disember 2008)

Pakatan Rakyat tidak sehaluan
KUALA LUMPUR:

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap membantah pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang mahu dilaksanakan Pas jika Pakatan Rakyat (PR) menerajui negara ini. Kedua-dua parti itu menganggap pelaksanaan undang-undang Islam itu bukan dasar atau manifesto Pakatan Rakyat dan ia tidak selari dengan Perlembagaan negara.

Di GEORGETOWN, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Rakyat tidak pernah berbincang mengenai perkara itu dan DAP akan membantahnya jika dilaksanakan di negara ini. “Ia tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat. DAP tetap dan akan terus membantah jika undang-undang itu mahu dilaksanakan," katanya kepada pemberita merasmikan seminar pengurusan di sini, semalam. Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengatakan Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sebaik saja memerintah negara.

Husam mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan pemimpin Pas selepas pilihan raya umum Mac lalu. Guan Eng yang terkejut dengan perkara itu berkata, beliau akan berbincang dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata kenyataan Husam itu bukan dasar Pakatan Rakyat dan hanya Naib Presiden Pas itu yang perlu menjelaskan kenyataannya. “DAP tetap konsisten dan tidak berubah dengan pendirian untuk mewujudkan negara sekular seperti yang dipersetujui semua dalam sosial kontrak ketika negara merdeka 51 tahun lalu,” katanya menerusi blognya, semalam.

Di PETALING JAYA, bekas Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Selangor kerana ia tidak selari dengan Perlembagaan.

Itu bukan pandangan Pakatan Rakyat. Kita berpendapat, sistem undang-undang di bawah Parlimen itu sudah nyata dan memberikan kita perlindungan dari segi undang-undang. “Kita tak menghalang perkara berkenaan, tetapi kita tidak akan melaksanakan jika undang-undang itu tidak selari perlembagaan parti,” katanya selepas merasmikan penutup Seminar Kesedaran Integriti dan Pencegahan Rasuah Negeri Selangor, di sini, semalam.

Abdul Khalid berpendapat Pas perlu melakukan banyak sesi penerangan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai konsep di sebalik undang-undang berkenaan.

NGUPINGTRUS: Akan mampukah PAS, PKR dan DAP terus berkamil sebagai satu pakatan parti-parti alternatif kepada Barisan Nasional apabila dasar-dasar asas terus bercanggah?

1 comment:

Anonymous said...

Memang apa saja yang PAS buat berkenaan dengan Islam, DAP akan tentang, manakala PKR pula kan sokong DAP. PAS sering kali terlupa, walhal apa saja yang DAP buat PAS tidak menentangpun dan PKR juga sentiasa menyokong DAP. Berpada-padalah wahai orang-orang PAS.... ingatlah kembali sejarah.... bacalah seterusnya.

Rahsia DAP 13 MEI 1969

PADA tahun 1979, Lee Kuan Yew bercakap kepada NST, Herald dan lain-lain suratkhabar bahawa Singapura sama seperti Israel. Kalau Israel dikelilingi oleh Arab Muslim, Singapura dikelilingi oleh Malay Muslim.

Maka tidak hairanlah sejak 1950an lagi Lee Kuan Yew sering mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di KL, dan mengadu juga kepada wakil Duta Amerika Syariket di Singapura tentang ketakutannya kepada orang-orang Melayu. Sebab itu, pada tahun 1965, apabila Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, Lee Kuan Yew cepat-cepat menubuhkan DAP dan menghantar wartawan Lim Kit Siang untuk mengetuai DAP di Tanah Melayu. Maka itu, PAP adalah DAP, DAP adalah PAP, matlamat mereka ialah menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Orang-orang Melayu terutama generasi muda Melayu tidak sedar, beberapa hari sebelum 13 MEI 1969, DAP telah menghantar ahli-ahlinya mengelilingi bandar KL dan mengapi-apikan orang Melayu dengan kata-kata "MELAYU BODOH, MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU TANAM JAGUNG ". Dalam buku Tunku Abd Rahman juga ada menyebut peritiwa ini. Mereka membuat provokasi sedemikian kerana mereka (DAP) sudah hampir memerintah Selangor.
Menurut saksi primier di tempat kejadian, orang-orang DAP yang berarak dengan bendera DAP telah membuka seluar mereka dan menayangkan kemaluan mereka kepada gadis-gadis Melayu!

Malangnya kini, ada pula puak-puak pimpinan Melayu seperti Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Husam Erdogan teams, dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya boleh tunduk dengan permintaan-permintaab DAP untuk merampas hak-hak orang Melayu yang sedikit itu. MB Selangor yang baru pulang dari Mesyuarat Raja-Raja Melayu di Terengganu pun boleh lagi memperolok-olokkan resolusi Raja-Raja Melayu.

Mengapakah agaknya Melayu PKR yang diketuai oleh Orang Melayu bercakap lidah DAP? Mereka minta UITM dibuka kepada Bukan Melayu dan banyak lagi. Tidak membantah DAP mempertikaikan bahasa Melayu, azan, lagu Negaraku, Raja-raja Melayu, marataan, keadilan semuanya dalam konteks DAP. Malangnya pemimpin-pemimpin PKR tidak membantah! Adakah kerana terpaksa membalas budi kerana ada wakil menjadi MB dan terpaksa menyejukkan hati DAP yang tengah tahap meroyan kempunan untuk memerintah baik negeri dan negara.

Hari ini Anwar memanggil MP BN dalam Parlimen dengan gantinama diri 'Sahabat', masa rehat Anwar makan bersama-sama MP BN di lobi Parlimen, umrah bersama-sama MP BN, dalam kereta SMS dengan MP BN, di hotel makan dengan MP BN, kalaulah kalau esok Anwar masuk semula dalam BN, agaknya apakah pendirian DAP & PAS? Siapa tertipu, siapa menipu, siapa kena tipu?

Anwar Berbaju PKR Berhati DAP

Umum tahu, tindakan tidak bertanggungjawab Wee Meng memparodikan Melayu dan Islam dalam 'Negarakuku'nya dianggap cetusan karya seni, sama seperti pemikiran Anwar yang menganggap karya Salman Rushdie dalam novelnya bertajuk 'The Satanic Verses' sebagai karya seni berfikiran tinggi.

Wee Meng Chee mempertahankan karyanya sebagai hasil kreativitinya, walaupun dia menghina suara azan macam ayam berkokok dan tune lari. Anwar juga tidak kesah mengagungkan Salman Rushdie dan Tidak Mengagungkan Rasulullah Saw, sebagaimana juga ditulis oleh Faisal Tehrani tajuk Rasulullah Dihina.

Tetapi apabila Chamil Wariya menulis cerpen yang sinis, mereka mengecam dan melabelkan sebagai menghasut sentimen perkauman dan propaganda politik. Persoalannya, sejak bila propaganda politik (jika benar) dikategorikan sebagai jenayah hingga boleh dibuat laporan polis?
Nampaknya di Malaysia sekarang, bila bercakap mempertahankan kesucian agama Islam dikira menghasut, bila bercakap pasal bangsa Melayu dikata perkauman, bila bercakap pasal keselamatan negara disebut tiada Hak Asasi Manusia.

Di perhatikan Anwar memang Melayu berhati DAP, semasa di Parlimen, apabila MP Melayu bercakap pasal keselamatan negara, Sivarasah pula yang duduk berselang dengan Anwar bangun bercakap pasal Human Reights dan Hak Asasi Manusia. Bayangkan Anwar boleh berdiam diri dan tidakpun menentang ataupun sekurang-kurangnya memperbetulkan konsep Hak Asasi Manusia dalam konteks Islam dan dalam Konteks negarabangsa kita! Apabila Dr Puad Zarkazi membawa cerita khalifah Umar membuang seorang pemuda ke daerah lain, demi keselamatan majoriti masyarakat umum, barulah Anwar berhenti berdebat pasal ISA & Human Right.