Thursday, April 24, 2008

ORANG PUNYA SEMUA TAK BETUL

Dalam blog ini Penulis suka merujuk kepada Harakahdaily.net (lidah rasmi PAS) bertarikh 22 April 2008 (Selasa) "BPR kepada Suruhanjaya, sekadar gincu untuk politik Pak Lah" yang ditulis oleh Sdr.Azamin Amin.


Apabila dibaca tulisan Azamin tersebut, dapat Penulis nilai bahawa perangai orang PAS atau penyokong PAS ni memang sering buruk sangka terhadap orang lain terutamanya kepada musuh politik mereka.


Belum apa-apa lagi, cerita BPR nak dijadikan sebagai sebuah Suruhanjaya oleh Kerajaan BN sudah dilabel bersifat kosmetik yang bertujuan untuk mencantikkan wajah politik PM.

Sepatutnya Azamin menukar corak pemikiran daripada buruk sangka melulu kepada doa dan harapan. Kita doalah bersama agar hasrat tersebut akan mengikut landasan betul dan baik.


Pembangkang selalu menyebutkan supaya BPR dijadikan sebuah Suruhanjaya agar dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih berintegriti. Maka Alhamdulillah, pintu hati Pak Lah terbuka untuk melaksanakan perkara tersebut. Itu juga berkat doa dan pandangan dari To-Tok Guru dalam PAS agaknya! Justeru itu, kita sambut sajalah dengan doa dan harapan yang baik.

Janganlah kerana saranan tersebut datangnya dari PM selaku pimpinan Kerajaan BN, maka terus dibangkang, dilabel dengan segala kejelekan dan dilihat hanya dengan ekor mata!


Demikian juga dengan pandangan Ketua Penerangan PAS yang dipetik oleh Azamin sebagai berkata bahawa cadangan untuk menambah bilangan anggota BPR kepada 5,000 orang hanya akan merugikan wang rakyat!

Kalau beginilah pemikiran Ketua Penerangan PAS tersebut, malanglah nasib pengundi yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena yang berfikiran dangkal, sempit dan sentiasa buruk sangka.


"Semua yang orang buat tak betul! Dia pun bukan cerdik sangat. Sekolah pun taklah tinggi mana", kata seorang teman yang turut membacakan petikan Harakahdaily tersebut.


"Marilah kita jadi warga negara yang tahu menghormati idea orang lain dan sering memberikan teguran membina". Tambahnya lagi.


INGIN NGUPING APA LAGI YANG AKAN DIKATAKAN OLEH POKOK SENA