Thursday, May 28, 2009

AL-USTAZ LAGI ?











Dipinjam dari Blog Cucu Tok Selampit ------ Memang Al-Ustaz hebat !!

AL-USTAZ PENCERAMAH POLITIK


HEBAT! HEBAT!
Dalam keadaan terangkak-terangkak, Penulis baca surat khabar The Star pagi ni 28.5.2009 halaman N8, mata tersorot pada gambar seorang jejaka diapit oleh dua orang wanita jelita. Tak taulah pulak kalau gambat tu super impose?
Bila baca 'caption'nya barulah Penulis perasan, jejaka tersebut Ustaz Akhil Hayy. Beliau diapit oleh seorang penyanyi lagu-lagu nasyid yang jelita Waheeda, sementara seorang lagi adalah isteri kepada Al-Ustaz.
Kalau nak ikutkan, sebenarnya ia bukanlah ada nilai berita sangat kerana seorang jejaka diapit oleh oleh lebih dari seorang wanita. Malah, kalau Al-Ustas diapit oleh empat orang wanita pun bukan juga tinggi nilai beritanya. Tetapi kalau Waheeda Wassini seorang dan diapit oleh empat jejaka ----- itu satu nilai berita yang tinggi.
Tentang 'nilai berita' ni samalah juga kalau kucing makan tikus. Ia perkara biasa. Tapi kalau ada cerita tikus makan kucing --- itu nilai berita yang tinggi.
Berbalik kepada berita Al-Ustaz --- Penulis ada juga memiliki kaset ceramah Al-Ustaz, terutamanya ceramah politik beliau di pentas PAS. Memang hujah dan cara penyampaiannya menarik. Bacaan ayat-ayat suci yang menusuk hati, ditambah pula dengan lagu bacaan yang melintuk liuk. Ceramah yang diselang seli dengan petikan-petikan nyanyian lagu pop dan kadang kala rock. Memang hebat!
Lebih hebat lagi apabila isi ceramah berpaksikan kepada bebelan bahawa pemimpin dan Kerajaan BN/Umno tak islamik, tak bertamadun, jahiliyyah dan segala macam kejelekan --- yang baik hanya ada pada pemimpin dan Kerajaan PAS. Tak heranlah, setiap kali tekanan intonasi suara merdunya itu akan diiringi oleh tepukan dan laungan takbir para penonton.
Rupa-rupanya, Al-Ustaz bukan sahaja hebat berceramah motivasi, berpidato politik, bernasyid dan bernyanyi, beliau juga hebat dalam perkara-perkara lain yang selama ini orang lain tak tau --- Hebat bercinta.
Kok ya pun Ustaz ... janganlah bawak anak dara orang pergi menonton wayang di pawagam. Dalam hal ini, Penulis tak pernah terjumpa, tetapi berita di akhbar sudah tersebar luas tentang itu.
Bila direnung-renung, adalah lebih baik selepas ini Al-Ustaz tak usahlah dok ceramah motivasi. Apa lagi berada di pentas politik PAS. Buat malu je!
Dulu pernah seorang wakil rakyat PAS di Perak dipecat kerana berjoget dalam satu majlis dan disaksikan oleh ramai orang. Dipecat!
Al-Ustaz masuk pawagam bawak anak dara orang. Memanglah dalam pawagam tu ramai orang, tapi gelap gelemat. Hanya sekali-sekala saja ada kelibat cerah, apabila screen terpancar dengan warna cerah. Dan kalau dah dalam gelap tu pulak, macam-macam boleh jadi. Maklumlah iblis pun banyak dalam tempat tu. Alangkan dalam tempat terang pun banyak iblis, inikan pula dalam tempat gelap. Haiiiii! entahlah!! Geli geleman rasanya.
NGUPINGTRUS : Tak sangka! Hanya Haji Mat Sabu, Naib Presiden Pas saja rasanya yang boleh nasihatkan Al-Ustaz.

Monday, May 25, 2009

"HEY! MAT LABU", KATA P.RAMLEE

AL-KISAH ----- Menulislah Sdr.Wan Nordin Wan Yaacob, jurutulis media elektronik Harakahdaily bertarikh 24 Mei 2009.

Menurut Nordin yang memetik Mat Sabu, Naib Presiden PAS sebagai berkata, "Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Keputusan kes rayuan siapa MB Perak yang sebenar antara Ir.Nizar dan Dr.Zambry minggu lalu telah mengesahkan bahawa Dr.Zambrylah yang sebenarnya sebagai MB Perak. Seharusnya ia sekaligus menghapuskan kekeliruan masyarakat terhadap isu tersebut.

Tetapi atas sifatnya Pakatan Pembangkang hanya akan mengiktiraf keputusan mahkamah jika sekiranya memihak kepada mereka dan tidak akan mengiktirafnya sampai ke lubang cacing sekiranya keputusan tidak menyebelahi mereka.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

Bagi penulis, Mat Sabu ni memang orang hebat sebagai penceramah yang banyak membawa cerita-cerita jenaka yang akan menyebabkan pendonton tak akan kering gusi sepanjang ceritanya. Tetapi dalam bab 'penghakiman', Mat Sabu ni bukanlah orang yang layak nak membuat ulasan, apatah lagi nak ulas secara ilmiah. Nak ulas mengikut cara 'lelucon' bolehlah!!

Menurut seorang kawan penulis, Mat Sbu ni orang serba tahu alias profesor serba tahu. Kalau cakap bab ekonomi, dialah orang yang lagaknya lebih hebat dari pakar ekonomi di universiti.

Bercakap tentang ilmu sains, dia juga orangnya. Demikian juga bercakap tentang angkasa lepas, dia lebih hebat dari Datuk Dr.Sheikh Muzaffar. Dia syarah tentang angkasa lepas, terasa seolah-olah Mat Sabu ni dah sampai ke angkasa lepas macam Sheikh Muzaffar!!

Itu hebatnya Mat Sabu, Naib Presiden Pas. Tetapi sebenarnya orang lupa, terutamanya orang Pas, bahawa Mat Sabu hanya seorang 'lelucon' yang berada di pentas yang hanya boleh melakukan apa saja lakunan yang menghiburkan.

Orang lupa bahawa dia bukan mengaji tinggi sangat! Itu pun mujur ada ITMyang telah turut menampung pelajar-pelajar Melayu yang dapat keputusan SPM kurang cemerlang untuk menyambung pelajaran.

Tulisan ini bukan untuk menghina beliau, tetapi untuk mengurangkan lagak 'lelucon'nya itu. Biarlah berpada-pada dalam memberi komentar. Perkara-perkara yang ada hubungkaitnya dengan 'perjuangan Pas' syarahlah dua hari dua malam pun. Tapi kalau perkara-perkara yang menyentuh bidang profesional, berilah orang lain yang mengulasnya.

Biarlah kita sedar siapa diri kita!!!!

NGUPINGTRUS : Semoga Mat Sabu akan tersangkut lagi dalam pemilihan Pas Pusat dalam bulan Jun nanti ------ adalah lagi penghibur dalam ceramah-ceramah.

Sunday, May 24, 2009

MOGOK LAPAR: KAH KAH KAH!

Kah! Kah! Kah!


Demikian hati kecil Penulis ketawa sabaik saja terbaca Sinar Harian Ahad 24 Mei, halaman N6, bertajuk 'Pakatan Rakyat lancar mogok lapar 72 jam'.


Hati kecil Penulis bertanya, "Mengapa 72 jam saja. Alangkah lebih baik mogok lapar sampai terbaring melepek. Barulah benar-benar melambangkan seorang pejuang sejati".


Inilah agak Penulis sepertimana yang disebutkan oleh seorang tua yang sempat berjuang menghalau penjajah, termasuk Komunis Malaya satu waktu dulu. Kata beliau, "Pejuang komunis dulu berjuang menentang penjajah Orang Putih menggunakan kepala lutut. Tak guna kepala otak. Walau pun Malaya dah merdeka, tapi mereka masih tak percaya. Mereka mati-matian anggap Orang Putih masih menjajah Malaya. Radio dan surat khabar pun saban waktu bagi tau rakyat bahawa Malaya dah merdeka, tapi mereka tetap percaya kepada ketua mereka yang mengatakan Malaya masih belum merdeka. Oleh itu mereka tetap berjuang membuta tuli'.


"Mereka sanggup membunuh rakyat Malaya sendiri kerana mereka yakini rakyat berpihak kepada Orang Putih", tambahnya lagi.


Samalah lebih kurang ceritanya dengan 'para pejuang' Pakatan Rakyat (sebenarnya Pakatan Pembangkang). Walau pun Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan 3-0 bahawa Dato' Seri Zambry Kadir selaku Menteri Besar Perak yang sah, namun pejuang tersebut tetap tak mau mengakuinya. Bagi mereka, kalau keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, maka mahkamah itu adil. Tetapi kalau keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka, maka mahkamah tidak adil. Hakim boleh dibeli!


Dakyah bahawa hakim boleh dibeli bukan saja 'dinyanyikan' dalam ceramah-ceramah dan perbualan di kedai kopi di kalangan mereka, tetapi Penulis difahamkan juga sehingga dimasukkan dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Selangor baru-baru ini.


Puak-puak ni bukan peduli peringatan yang telah dititahkan oleh baginda Sultan Selangor agar institusi masjid tidak dijadikan gelanggang parti politik ------ mereka gomol semacam je! Mereka peduli apa titah Raja. Raja pun mereka dah mula sanggah secara langsung dan tak langsung.


NGUPINGTRUS: Siapa sebenarnya yang mengajar puak-puak ni jadi BESAR KEPALA? Entahlah! Tapi yang pasti, mesti ada orang yang mengajar mereka jadi sedemikian. Besar kepala dan kurang ajar!!

Monday, May 18, 2009

SYABAS MR.UTHAYAKUMAR

Berdetup detap jantung Penulis apabila membaca tulisan Nor Farhana Yaacob seperti tersiar dalam Akhbar Sinar 18 Mei 2009 / Isnin dalam ruangan Mahkamah & Jenayah, berkaitan Pemimpin Agung Pertubuhan Haram Hindraf, P.Uthayakumar. Gerammmmm!!!
Uthaya dipetik sebagai berkata, beliau merancang untuk mengadakan satu perhimpunan berteraskan prinsip demokrasi pada pertengahan Jun akan datang.
Penulis angkat tabik spring kepada Uthaya kerana 'kepalanya memang keras' alias 'keras kepala' ------ maksudnya, baru lagi beliau dibebaskan daripada tahanan di Kem ISA Kemunting, sudah merancang lagi untuk buat onar.
Tempat tidur di rumah yang ditinggalkannya selama 542 hari masih belum panas, Uthaya sudah berhasrat untuk meninggalkannya. Mungkin juga Uthaya sudah berasa rindu untuk kembali ke Kem Tahanan ISA Kemunting.
Penulis, selaku salah seorang rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan terlalu bencikan unjuk rasa dan demonstrasi, berdoa agar Kementerian Dalam Negeri lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat berbanding kumpulan yang tidak tau dek untung tu. Maksudnya, kalau dia buat kacau sehingga mengganggu ketenteraman awam, sumbat saja dalam Kem Kemunting. Tak perlu terlalu tunduk kepada tuntutan GMI.
NGUPINGTRUS: Jangan biarkan cacing naik ke mata.

HUJAH KETUA MUSLIMAT PAS TAK MATANG?

Hanya sedemikian sajalah daya pemikiran Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan! Menurutnya, fenomena amalan politik wang dalam Pas berpunca daripada ahli baru Pas. Ahli baru tersebut berasal daripada bekas ahli UMNO. Kenyataan beliau dipetik daripada Sinar Harian 18 Mei 2009.
Dengan hujah itu, teringat penulis kepada hujah yang diberikan oleh sebahagian ibubapa di mana anak-anak mereka terlibat dengan masalah gejala sosial --- "Anak saya ni baik, tapi dia jadi nakal macam ni sebab terpengaruh dengan kawan-kawan dia".
Ertinya, si ibubapa tadi tetap menafikan bahawa kenakalan anaknya itu bukan disebabkan tidak cukup didikan yang diberikan. Tetapi lebih meletakkan kesalahan di pihak orang lain.
Hah! Sama jugalah dengan daya fikir Wan Hasrina, gejala politik wang dalam Pas bukan disebabkan orang Pas berkenaan tidak cukup diberi tarbiyah, tetapi disebabkan oleh ahli baru Pas yang sebelumnya bekas ahli UMNO.
Menurut Sinar harian itu juga, Hasrina turut menyatakan bahawa gejala tersebut merupakan tuduhan oleh pihak yang mahu mencemarkan imej Pas yang sejak dahulu lagi dikenali sebagai sebuah parti politik yang bersih.
Beliau terlupa bahawa isu tersebut telah didedahkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Muhammad Daud Iraqi (Ustaz Mat Iraq). Apakah Hasrina mencurigai kredibiliti Ketua Dewan Ulamak partinya sendiri alias Ustaz Mat Iraq berbohong?
Apakah mungkin Ketua Dewan Ulamak Pas pembohong? Kalau dah Ketua Dewan Ulamak, salah satu sayap parti yang sangat disegani atas kapatisi keulamakannya, sayap-sayap yang lain mungkin lebih bobrok lagi?
Kalau ulamak sudah tidak diyakini, yang bukan ulamak macam Naib Presiden Husam dan Mat Sabu, Mahfuz Ketua Penerangan Pusat, Dr.Hassan Ali Pesuruhjaya Selangor lebih-lebih lagi turut dicurigai oleh Hasrina?
NGUPINGTRUS: Nak bagi tau kepada Wan Hasrina, pepatah orang tua kata, 'Seperti meludah kelangit, nantinya jatuh ke muka sendiri' atau 'paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih'. Insaflah Cik Wan oiii!

Saturday, May 9, 2009

KAK ZAH, ITULAH HAKIKAT POLITIK ...!

Saya bukan nak kata kesian, dan bukan juga nak katakan simpati kepada Ustazah Azizah Khatib Mat (Kak Zah - balu kepada Allahyarham Ustaz Alwi yang saya kenali seawal tahun 80-an), di mana sudah 'ditolak' daripada jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang kali ke-23 di Kompleks Imam Syafie, Jerantut baru-baru ini.
Kak Zah yang hampir dua dekad memegang jawatan Ketua DMP Pahang, malah pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat kecundang di tangan Salmiyah Mohd Noor 45.
Menurut Kak Zah, beliau boleh menerima kekalahan tersebut, namun bimbang dengan apa yang sedang berlaku di dalam parti khususnya DMP kerana wujud unsur-unsur negatif yang dibawa pihak tertentu untuk mecorakan kepimpinan PAS.
Katanya, "Dahulu saf kepimpinan parti boleh melakukan 'syura' bagi menentukan siapa untuk memimpin tanpa wujud lobi-melobi untuk mendapatkan jawatan".
"Kini semuanya mulai berubah dan ia adalah budaya yang diimpot daripada parti lawan yang kita tentang, saya harap kepimpinan baru bertindak segera mencantas unsur tersebut sebelum ia menjadi barah," ujarnya.
Menurutnya, beliau tidak bercadang untuk memimpin DMP sampai bila-bila tetapi beliau mempunyai plan peralihan kuasa secara teratur.
Demikianlah sedikit sedutan daripada berita dalam Harakahdaily tulisan Sdr.Basiron Wahab, betapa kebimbangan yang diluahkan oleh Kak Zah terhadap tribulasi dalam perjuangan politik yang sudah menjurus ke arah kusut.
Untuk Kak Zah, demikianlah halnya tingkahlaku manusia. Walau apa pun ia bergelar, ustazah ke, ustaz ke, tok alim ke, tok jahil ke, Umno ke, Pas ke, PKR ke, DAP ke, MIC ke, MCA ke ...... apabila sudah berada dalam dunia politik dia akan mudah lupa prinsip.
Di zaman susah dengan perjuangan yang sangat berliku, Kak Zah tabah berada dalam saf kepimpinan PAS khususnya di Pahang. Dah apabila PAS sudah semakin bersinar dengan dokongan DAP dan PKR, maka ada orang lain yang tak semena-mena dan tanpa segan silu menolak Kak Zah mentah-mentah tanpa menunggu 'pelan peralihan kuasa' yang telah dirancangkan lebih awal.
Itu pun belum lagi Pakatan Pembangkang dapat memerintah Kerajaan Pusat, baru lima buah negeri saja, dah wujud lobi-melobi dan tarik-menarik. Dah mula pandai nak tonjolkan diri kononnya mereka pejuang 'asli'.
Kak Zah, mungkin itulah budaya politik yang diimpot dari Maha Guru Pakatan Pembangkang, Sdr.Anwar Ibrahim secara halus dan licik.
Kak Zah dinilai sudah tidak layak duduk dalam saf kepimpinan PAS fahaman lama warisan perjuangan bimbingan Allahyarham Ustaz Haji Alwi, Pejuang PAS yang tidak kenal erti 'kompromi' dalam soal dasar perjuangan.
Tau tak Kak Zah, bahawa Kak Zah bukan dari kelompok Erdogan!
Kalau anak-anak Kak Zah juga menurut jejak pendirian ayah mereka, mereka juga akan turut disingkirkan. Kita sama-sama lihat!
NGUPINGTRUS : Sabarlah Kak Zah! Segala keperitan perjuangan Kak Zah yang ikhlas akan mendapat ganjaran dari Allah Taala yang Maha Mengetahui akan yang tersurat dan tersirat.