Wednesday, May 14, 2008

JAWAPAN MB SELANGOR MACAM BUDAK TADIKA

Pelik juga ya !!!! Sungguh tak sangka, jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Orang Nombor Satu Darul Khinzir tentang soalan yang dikemukakan oleh MP Pontian dan MP Batu Pahat tentang isu pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri tersebut.

MP Tun Razak tidak menjawab secara ilmiah tentang rasional pemberian tersebut tetapi beri jawapan secara budak-budak. Dia kata, "Ahli Parlimen Pontian boleh menulis surat kepada Perhubungan Umno Selangor mengenai kenyataaanya itu dan sekiranya di kalangan Umno yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma bolehlah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor memaklumkan tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma tersebut".

Itu bukan cara menjawab di Parlimen YB oii!!!!

Kalau gitulah cara menjawabnya, Pak Lah boleh juga jawab, "kepada sesiapa yang tak suka kepada pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia ni bolehlah isi borang untuk berpindah keluar dari Malaysia, khususnya ahli parti pembangkang. Kapalterbang juga telah disiapkan oleh Pak Lah untuk orang-orang tersebut!" Amacam ?? Boleh agaknya?

Sepatutnya MP Bandar Tun Razak tu jawablah, bahawa penggunaan 20 meter padu pertama tu sebenarnya secara tersirat untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah! atau lain-lain jawapan ilmiahlah!!

Katanya lagi, "Pihak saya telah menyediakan satu sistem bagi mengasingkan data pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma. sekiranya terdapat pihak yang tidak berminat termasuk Umno untuk mendapatkan bekalan air percuma, duit tersebut akan salurkan untuk pembangunan sekolah agama rakyat dan sekolah rendah jenis kebangsaan."

Mengeluarkan kenyataan sedemikian jelas menunjukkan bahawa MP tersebut berbohong! Tak mungkin dia telah menyediakan satu data khusus ahli UMNO dan rakyat Selangor yang tidak mahu menerima pemberian air percuma tersebut, sedangkan soalan sedemikian baru dikemukakan di Parlimen oleh MP Pontian dan Batu Pahat. Data bagi ahli UMNO mungkin telah ada, tetapi data orang yang tak bersetuju (bukan ahli UMNO) tak mungkin dah ada.

Kalau di parlimen pun tak malu untuk berbohong, di luar parlimen apatah lagi!!!

NGUPINGTRUS SIAPA LAGI KUAT BERBOHONG DI PARLIMEN

Thursday, May 8, 2008

PEMUDA PAS IPOH TIMUR : PAKU DULANG PAKU SERPIH

Pelik juga ya !!! Apabila membaca bahawa Pemuda PAS Ipoh Timur yang menghantar memorandum kepada Dato' Pengarah JAI Perak agar beliau meletak jawatan sekiranya tidak sependapat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh PAS (dibayangi oleh DAP dan diremote oleh PKR).


Pemuda PAS itu mendakwa bahawa Pengarah JAIP tidak bekerja secara profesional dan juga tidak menghormati keputusan PRU-12 lalu yang telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Perak.


Untuk Pemuda PAS Ipoh Timur, teman cuma nak bagi pandangan sikit. Janganlah bila ada orang mengata ke kita, kita nampak sangat, tapi masa kita buat ke orang, kita terlupa.


Selama ini Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri telah diberi mandat oleh rakyat kepada BN untuk memerintah setelah menang pilihanraya, tetapi berapa ramai pegawai kerajaan terdiri daripada 'Orang PAS' yang terus menerus menentang BN; Mengkhianati BN; malah mensabotaj BN. Termasuklah MB Perak tu sewaktu jadi pegawai kerajaan dulu!


Sebab itulah orang tua-tua buatkan pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih!


INGIN SANGAT NGUPING APA KATA ORANG IPOH TIMUR NANTI

ISU KARPAL : HUSAM MEMANG LICIK

Pelik juga ya !!! Apabila ditanya oleh wartawan tentang isu kebiadaban YB Karpal Singh terhadap dua kenyataannya yang menyentuh dan mempertikaikan KDYMM Sultan Perak dan KDYMM SPBYDP Agong, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS menyatakan, "Saya tak perasan (berita) dalam surat khabar ..... dia (Karpal) tu orang istimewa".

Takkanlah Husam selaku yang disebut-sebut sebagai calon pengganti MB negeri Cik Siti Wan Kembang tu tak 'perasan' dengan isu Karpal tersebut. Benda-benda lain yang lebih kecil daripada maruah raja-raja Melayu pun beliau boleh perasaan dan beri komen berbisa. Atau Datuk pura-pura buat tak perasan dan tak dengar? Atau Datuk takut untuk beri komen kepada Pengerusi DAP tu. Maklumlah DAP sekarang sudah jadi teman tidur PAS khususnya dalam memerintah Perak. Kalau tidak kerana DAP, tak merasa pulak DS Nizar dari PAS jadi MB!!

Tapi jangan lupa Tuk, walau pun tak nak beri komen terhadap isu Karpal, kenyataan Tuk bahawa "..... dia (Karpal) tu orang istimewa" boleh memberi konotasi bahawa Karpal tu OKU. Samalah dengan sebutan .... "kanak-kanak istimewa" yang bererti 'kanak-kanak kurang upaya'.

SEBAB ITULAH KITA KENA NGUPING TERUS, JANGAN SAMPAI TAK PERASAN DENGAN APA YANG TERJADI DI SEKELILING KITA

KARPAL : MAU APA SEBENARNYA?

Pelik juga ya !!! Belum lagi selesai isu dengan Baginda Sultan Perak, dia ni creat pulak isu baru. Dia tanya kat Parlimen semasa membahaskan Titah Ucapan YDP Agong ..... siapa yang buat teks ucapan YDP Agong???

Macam manalah orang Bukit Gelugur pilih dia ni jadi Ahli Parlimen sedangkan apa yang dicakapkan di Parlimen pun agak merapu. Takkanlah Titah Ucapan YDP Agong pun nak tahu siapa yang tulis! Sebenarnya Karpal ni nak tahu tentang apa sehinggakan benda sebegitu ditanya?

Adakah Karpal nak memperlekehkan teks yang telah dibacakan oleh Baginda Tuanku?
atau sengaja nak pancing kemarahan rakyat khususnya orang Melayu yang menganggap Karpal sudah semakin biadap kepada institusi raja? atau pun dia nak minta supaya Yang DiPertua Dewan Rakyat, atas alasan-alasan tertentu menggantung beliau dari menyertai Sidang Dewan Rakyat. Jadi tak perlulah beliau datang ke Dewan Rakyat. Sambil tu bolehlah buat kerja lain selaku Peguam Bela tersohor. Gaji Ahli Parlimen jalan terus dan bayaran guaman pun jalan terus. Agaknya gitulah! Bila ditanya, kenapa tak pergi sidang dewan? Jawabnya, bukan tak mahu datang tapi digantung oleh Yang DiPertua Dewan!!

Untuk Broth.Karpal ........ lain kali tak usahlah tanya siapa yang tulis teks ucapan bagi mana-mana pembesar negara, apatah lagi Kebawah Duli Tuanku SPBYDP Agung. Memang mereka tidak tulis sendiri. Itu biasalah!! Masa DSAI jadi TPM dulu pun dia tak tulis teks ucapan dia sendiri. Ada orang lain yang tuliskan. Takkan itu pun Brother tak boleh nak fikir !!!! Kalau itu pun tak boleh nak fikir, berundur sajalah sebagai Pengerusi DAP tu. Brother pun bukan sihat sangat tu. Mungkin dok berehat lebih baik. Lagi pun anak Brother, Si-Deo pun dah ada sebagai calon yang boleh dan layak untuk menggantikan. Dia pun ada mirip-mirip style you Brother. Bapa borek anak rintik !!

NGUPING TERUS APA YANG AKAN DISIKKAN SANG AYAH KEPADA ANAKNYA

Wednesday, May 7, 2008

KARPAL : DEGIL ATAU NYANYUK ?

Pelik juga ya !!!! seorang pemimpin DAP dari keturunan Sikh (tapi sikh ni tak pernah nampak pun pakai 'turban') yang terus menerus mempertahankan pandangannya terhadap Baginda Sultan Perak yang didakwanya tidak wajar campur tangan dalam isu pertukaran Pengarah JAI Perak.

Kita pun tak faham dia ni. Nak kata degil, tidak juga kot! Nak kata nyanyuk pun bukan juga! Tapi masih tetap dengan pendapatnya.

Hanya nak maklumkan kepada YB Mr.Karpal ............. janganlah fikirkan you sorang saja yang tahu tentang undang-undang Malaysia ni. Baginda Sultan Perak tu sangat arif tentang undang-undang. Tidakkah Baginda pernah jadi Ketua Hakim Negara dulu!

Atau insiden ini sebagai satu hadiah kepada PAS dan Melayu dalam PKR.

NGUPING JUGA APA NANTINYA KOMEN DSAI DAN YB MAHFUZ

MAWI DAN TABUNG DARFUR

Pelik juga ya !!!! seorang 'wartawan' Harakahdaily.net dok sibuk dengan kononnya Mawi yang dilibatkan untuk berkempen mengajak para dermawan bagi menghulur derma kepada Tabung Darfur sedangkan beliau didakwa masih belum pernah pergi ke Darfur.

Untuk wartawan tersebut ingin saya berikan pandangan sedikit. Tak usahlah kita pertikaikan bagaimana juga usaha yang dibuat oleh Mawi tu. Sekurang-kurangnya dia ada juga terlibat dengan usaha murni macam tu. Kita yang selalu dok komplen orang ni belum tentu lagi mampu mengajak orang lain menderma. Ayik dok komplen je tak jadi apa-apa juga! Oleh kerana tu tulislah berita lain untuk dimuatkan dalam Harakahdaily tu. Ada juga faedahnya!!!

NGUPING TRUS ........ APA YANG DIA TU NAK KATA LAGI !!

Isu Scorpene

Pelik sungguh ya !!! ........... tak habis-habis Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan suara lantang di mana-mana ceramahnya menyebutkan tentang Komisyen (rasuah) RM540 juta hasil pembelian scorpene untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa melibatkan TPM, isterinya pula YB Datin Seri Wan Azizah (DSWA) turut menimbulkan perkara yang sama.

DSAI dan DSWA dok beriya-iya benar 'menembak' TPM ambik komisyen tu ada apa sebenarnya? Ke DSAI masih teringat masa zaman dia jadi TPM merangkap Menteri Kewangan dulu yang selalu buat kerja macam tu. Sebab tu lah dia ingatkan perangai orang lain pun macam dia juga!

Namun demikian, syukurlah pihak Kementerian Pertahanan telah memberikan jawapan secara jelas tentang perkara itu. Harap-harap isu tersebut akan reda dan tidak dipolitikkan terus oleh Si-Dia tu.

Tapi rasa-rasanya walau bagaimana pun penjelasan yang dibuat, mereka tetap juga tak akan puas hati. Perangai dok suka tuduh orang ni dah melekat di sudut hati yang paling dalam mereka. Nak buat macam mana!!!!!

Zaman sekarang orang terlalu ghairah 'menjunjung' fitnah dan 'memartabatkan' pembohongan.

NGUPING JE LAH APA YANG MEREKA NAK KATA NANTI