Monday, December 22, 2008

AZIZ BARI 'OVER' CERDIK


Benarlah hidup ini penuh dinamika.


Dinamika yang amat ketara adalah daripada golongan manusia. Semua dinamika ini hasil dari daya fikir otak yang berbagai. Ada yang cerdik, ada yang kurang cerdik @ bodoh, dan ada yang biasa-biasa saja. Yang cerdik memang diharapkan agar dapat membantu dan membimbing yang kurang cerdik. Dan yang kurang cerdik pula hendaklah bersedia untuk menerima tunjuk ajar dari yang cerdik. Tetapi yang sepangsa lagi adalah yang 'over' cerdik (OC).


Orang OC ini mungkin frequency berfikirnya terlalu jauh ke depan sehingga orang cerdik biasa dan orang biasa tak mampu nak ikut pemikirannya. Apatah lagi orang kurang cerdik!
Adakah hal yang sama dengan Prof.Abdul Aziz Bari, pakar undang-undang perlembagaan dari UIA?


Aziz dipetik dalam Harakah Daily 22 Disember 2008 sebagai berkata bahawa penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.


"Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan".


"Jangan harap perubahan kepada kedua-dua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri".


"Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.


Nampaknya bagi Aziz, belum apa-apa sudah membuat satu andaian yang sangat negatif terhadap hasrat kerajaan dalam melakukan penambahbaikan kepada SPRM dan SPH. Segala yang dilakukan oleh kerajaan dilihat oleh Aziz semua tak betul.


Sedangkan, kedua-dua rang undang-undang tersebut telah dibentangkan di parlimen minggu lalu dan mendapat sokongan oleh Ahli Dewan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang.


Namun bagi Aziz, ia tetap tak kena!


Aziz, selaku seorang pakar tentang undang-undang seharusnya memberikan pendapat dan pandangan yang konstruktif kepada pihak kerajaan dalam perkara-perkara penting seumpama SPRM dan SPH tersebut. Tidak hanya memberikan komen-komen negatif semata-mata. Berilah peluang kepada kerajaan untuk melakukan satu perubahan ke arah yang lebih baik dalam perkara-perkara tersebut.


Kecerdikan Aziz seharusnya dapat memberi manfaat kepada kerajaan. Janganlah cerdik itu sampai orang lain tak dapat nak ikut.


NGUPINGTRUS: Jangan marah Ziz, nanti dinner alumni ASAS boleh kita borak-borak.

2 comments:

Anonymous said...

Cadangan kepada Aziz (OC) agar letak jawatan dan bertandinag di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.... Tak perlulah makan gaji dengan duit kerajaan yang tidak disokongnya.... bekerja sendiri sajalah lagi baik.... Bila menang nanti buat dan ubahlah dasar negara agar bersesuaian dengan kehendak dan cita rasa anda.

Kalau sayalah... saya dah letak jawatan.... amatlah jijik perilakunya.... makan gaji dengan kerajaan tetapi masih hentam (tak menyokong) kerajaan.

Untuk difikir : "Anjing yang diberi cukup makan oleh tuannya, tidak akan menggigit kembali tuan dan keluarganya"

Pemuda Malaysia said...

aziz bari bukan over cerdik tapi over bodoh!!!