Saturday, November 22, 2008

'TAHNIAH' MELAYU PULAU PINANG


Salah satu berita utama dalam berita internet Utusan Online hari ini 22 Nov.2008 ialah mengenai isu papan tanda jalan di Pulau Pinang, "Pulau Pinang teruskan rancangan walau pun dikritik".

Ia merujuk kepada dasar yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP bahawa papan tanda jalan di negeri Pulau Pinang khususnya di George Town akan menggunakan bahasa kedua di samping Bahasa Melayu. Bahasa tersebut sama ada Bahasa Cina, India, Arab, atau Inggeris.


Ketua Menteri Guan Eng dalam kenyataannya menjelaskan bahawa penggunaan pelbagai bahasa pada papan tanda jalan tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi industri pelancungan Pulau Pinang. "Dalam masa yang sama kerajaan negeri tidak mengurangkan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan", katanya lagi.


Dalam isu ini, Penulis nak geleng pun tidak nak angguk pun tidak. Hanya terkenangkan hari pengundian dalam PRU-12 Mac lalu, di mana pada hari itulah segala pertimbangan secara masak dan matang seharusnya jadi pertimbangan kepada seluruh pengundi di Pulau Pinang khususnya Melayu Pulau Pinang.


Apabila kuasa sudah diberikan kepada orang lain, maka inilah akibatnya. Orang lain akan menggunakan kuasa yang mereka dapat seoptimal mungkin untuk mencapai cita-cita 'cauvinis' mereka. Dalam keadaan sekarang, menangis air mata darah sekali pun tak boleh nak buat apa dah!


Nak harapkan orang Melayu dalam PAS dan PKR, mereka tidak kisah tentang isu-isu seumpama itu. Mereka sekarang hanya pentingkan kuasa yang dimiliki bersama DAP.


Sebaik sahaja menduduki kerusi Ketua menteri selepas PRU-12 dulu, Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan sulungnya yang sangat kontroversi bahawa konsep DEB akan dihapuskan di Pulau Pinang. Tidak ada lagi sistem kuota bagi kaum di Pulau Pinang sebagaimana yang digariskan dalam DEB tersebut.


Ertinya pemansuhan prinsip DEB tersebut adalah laluan ke arah hasrat DAP menjadikan Malaysian-Malaysia. Sama rata dan sama rasa. Tiada lagi pembelaan untuk yang lemah!


Sekarang isu bahasa pula yang dihakis oleh Guan Eng. Tidak hairanlah ianya akan semakin menular kepada perkara-perkara yang lain pula oleh kerajaan Pulau Pinang. Pepatah orang tua-tua ada menyatakan, 'Telus jarum teluslah kelindan'. Ertinya, satu perkara yang telah dilakukan tidak mendapat tentangan daripada masyarakat, maka akan diikuti dengan tindakan yang lain pula.


Yang boleh membetulkan keceluparan DAP khususnya di Pulau Pinang hanyalah rakyat Pulau Pinang, khususnya Melayu. Bila? Dalam PRU-13 nanti, sekitar 3-4 tahun dari sekarang!


NGUPINGTRUS : Demikian juga dengan Kedah, Perak dan Selangor. Mereka akan buat apa saja mengikut kehendak hati mereka kerana mereka yang memerintah. Pisau dan timun ada di tangan mereka.

6 comments:

Anonymous said...

"kita negara berbilang bangsa, berbagai bahasa" apa nak hairan.

Aspirasi said...

Ikut sentimen atau keluhuran perlembagaan.... kalau ikut sentimen kita akan bercakap seperti saudara anonymous, tapai kalau kita bercakap tentang keluhuran perlembagaan, kita akan mendaulatkan bahasa Melayu... sahaja...

teringat lagu anak kecil main apai...

Aspirasi said...

Ikut sentimen atau keluhuran perlembagaan.... kalau ikut sentimen kita akan bercakap seperti saudara anonymous, tapi kalau kita bercakap tentang keluhuran perlembagaan, kita akan mendaulatkan bahasa Melayu... sahaja...

teringat lagu anak kecil main api...

Anonymous said...

Berjayalah agenda Yahudi.... Berjayalah agenda Nasrani ..... Berjayalah lakonan DAP dan Gerakan ... Berjayalah agenda Anwar Ibrahim (PKR) dan Melayu (PAS) di Selangor yang minat dengan Teresa Kok. Tahniah Melayu (Selain UMNO)Boleh?????

Anonymous said...

Oleh itu ...... marilah kita perbetulkan balik dalam PRU-13 nanti. Bagi ambo, huduh-huduh pun Ameno, tapi dia akan pertahankan perkara-perkara yang tergolong dalam "Sosial Kontrak" seperti isu bahasa dan sebagainya.

Anonymous said...

Apa guna dan makna status kebangsaan, dan apa guna dan makna status rasmi pada bahasa Melayu. Sedangkan bahasa-bahasa lain tidak ada status itu.

Maka apa hak untuk bahasa lain itu disetarafkan. Hanya bahasa Melayu diiktiraf dan bukan bahasa lain di negara ini.

Inilah padahnya kalau cauvinis dan sentimen melulu tidak bertempat.