Monday, November 17, 2008

ANWAR BERSENDIWARA LAGI?

Muka depan Akhbar Sinar Harian hari ini 17/11 berjudul "Anwar beralih ke Sarawak". Anwar dipetik sebagai berkata, "Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh", ungkapnya dalam majlis makan malam anjuran Friends of PKR di Sibu.

Bagi Penulis, kenyataan Anwar itu memang tepat dan tidak auta. Kalau Ahli Parlimen BN yang disebut seramai 30 orang 'melompat' ke PKR, maka memanglah BN akan tersungkur. Sebenarnya bukan saja kalau MP Sarawak yang melompat, MP Sabah pun kalau melompat, MP Semenanjung kalau melompat, atau MP mana-mana pun asalkan jumlahnya sekurang-kurang 30 orang yang melompat masuk menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, maka jawabnya Kerajaan BN akan tumbang.

Itu namanya 'Teori Kalau'. Tetapi persoalannya adalah kalau 'Teori Kalau' itu tak jadi, maka tak jadilah. BN tak tersungkurlah. yang jadi adalah, Anwar malu sekali lagi. Itu pun kalau Anwar ada perasaan malu. Tapi kalau dia sudah tak ada perasaan malu, dia akan terus menerus bermain dengan 'Teori Kalau'nya itu.

Yang herannya adalah, masih ada orang yang taksub, percaya dan terus jadi Pak Enggeh kepada Datuk Seri Kalau ni. Mereka dok asyik berpolemik dengan isu lompat-melompat.
NGUPINGTRUS : Datuk Seri aysik dengan cerita orang lain melompat, tup-tup orang Datuk Seri yang melompat keluar. Jamtu barulah air hidung tak semena-mena terkeluaq. Ia bukan mustahil terjadi kerana terlalu bosan.

5 comments:

Aspirasi Bangsa said...

Anwar Ibrahim... pelakon lelaki filem pembohongan terbaik....

Anonymous said...

Jangan pelik dan jangan hairan....
nak tahu siapa Anwar Ibrahim .... bacalah kisah berikut.....

KERJA TERKUTUK ANWAR TERBONGKAR!

Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan. Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat.

Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya. Pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak lain dan perlakuan melampau Anwar sendiri dengan pemimpin-pemimpin Barat membuktikan bahawa Anwar licik berkonspirasi semasa
Dr. Mahathir sibuk membangunkan negara.

Dari akuan-akuan tersebut, dia memperuntukkan wang untuk beberapa individu yang rapat dengannya dan organisasi-organisasi untuk meningkatkan imejnya, termasuk Pusat Dasar Asia Pasifik yang mendapat RM38 juta. Ini merupakan satu angka yang sangat menakjubkan untuk kerja-kerja mempromosikan seorang pemimpin dan bukannya sebuah negara. Kepentingan Pusat Dasar Asia Pasifik untuk Malaysia tidak dapat dinilai kerana ia hanya merupakan kuda tunggangan Anwar untuk menaikkan imejnya dan menjadikannya Perdana Menteri.

Pusat ini hanya beroperasi untuk Anwar kerana selepas Anwar dipecat, pusat ini tidak lagi aktif. Kalau dilihat laman webnya, input terakhir ialah pada 24 Ogos 1998, lebih kurang seminggu sebelum Anwar dipecat akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksnya. Mungkin pada masa itu Anwar tidak lagi menyalurkan wang kepada pusat tersebut kerana menghadapi masalah yang amat besar akibat dari salah lakunya.
Pelik lagai ajaib, ketua pusat tersebut, Douglas H. Paal yang mendapat wang yang banyak ini hanya merupakan seorang pakar lobi dan kerjanya untuk meyakinkan dunia Barat bahawa Anwarlah sepatutnya menjadi PM. Hasil dari kerja-kerja inilah yang memberikan Anwar harapan palsu bahawa dia adalah pemimpin terpilih di Asia.
Perasaan ini membuak-buak sehingga Anwar menjadi terlampau yakin dan mula merancang untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia. Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah “BAPAK SEGALA KONSPIRASI”.

Dialah yang merancang untuk menjatuhkan Ghaffar Baba sebagai TPM. Dia telah menderhaka dengan menyimpan berkotak-kotak surat rahsia kerajaan di luar negara untuk mengugut kerajaan. Dia juga telah bersekongkol dengan IMF dan menggunakan kaedah-kaedah mereka semasa gawat melanda Malaysia yang hampot melumpuhkan ekonomi negara ini.

Seperti dia mengadu diracun dan apabila didapati tidak benar, Anwar selamba sahaja kerana kegagalan terakhir ini hanya merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan malah ribuan rangkaian konspirasinya.

Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat. Kepada semua rakyat, selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa.

Ehsan : Koleksi Konspirasi Anti-Kerajaan

Ramai yg masih keliru bila anwar dibebas kan...ada yg berkata konon nya kebenaran telah terbukti bahawa anwar bebas diatas kesalahn LIWAT!! Benar kah anwar bebas kerana dia benar2 tidak bersalah?? Bukan kah selama ini dia telah terbukti bersalah kerena meliwat???

Empat hakim dah kata dia salah...tp bila sampai kepada rayuan tertinggi kerana 2 dari 3 hakim yg bersidang kata bukti kepada anwar agak longgar..apa yg longgar itu??

Di sini aku turun kan kata2 hakim yg bebaskan anwar dan yg terus kata Anwar bersalah kerena meliwat!!!!

2 Hakim yg membebaskan anwar iaitu Datuk abdul Hamid Muhamad dan Tengku Datuk Baharudin shah tengku Mahmud membuat ulasan begini
" Walau pun mahkamah mendapati keterangan yg mengesahkan Anwar dan sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan mendorong untuk mempercayai bahawa perbuatan meliwat itu mmg berlaku (di Tivolli Villa) Tetapi mahkamah hanya boleh mensabit kan mereka sekira nya pehak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah berdasarkan penerangan yang diterima..."

" Oleh itu kami, membenarkan rayuan kedua2 pihak perayu (Anwar dan Sukma) untuk mengenepikan sabitan dan hukuman"

Sementara hakim yg tetap memutuskan anwar bersalah iaitu Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain pula berkata.

" Walau pun terdapat percangahan dalam keterangan saksi(Azizan) berhubung dengan tarikh kesalahan itu dilakukan, namun itu tidak sewenang2 nya menjadikan Azizan seorang saksi yg tidak boleh dipercayai dam keseluruhan keterangan mengenai cerita nya tidak dapat diterima. Percangahan ini tidak memudarat kan kes pendakwaan memandangkan dalam kesalahan kes tersebut, tarikh bukan nya intipati penting dalam pertuduhan.."
" Oleh itu, saya dengan ini menolak rayuan kedua2 perayu dari disabitkan di atas tuduhan2 yang dikenakan terhadap mereka.."

Jika kita baca pd keseluran penghakiman ke 3 hakim itu maka kita dapat simpul kan pembebasan anwar merupa kan pembebasan teknikal sahaja tetapi yg sebenar nya anwar tetap meliwat!

Mat Sabu tu pun panggil Anwar tu al juburi.... Kalau tu panggilan yang salah, kenapa dia tak minta maaf pada Anwar?

Jangan bersandiwara la.... Semua orang tahu PAS akan halalkan apa sahaja untuk menang pilihanraya....

Macam ada kes orang yang sapu bini orang tu ke? Yang lepas dari kes khalwat tu la.... Bilik 121!

Anonymous said...

30 November - Anwar bakal berbohong lagi..

Tinggal beberapa hari lagi akan muncul tarikh 30 November 2008.

Bagi tahun 2008, Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan Kongres Nasional tahunan ke 5 di Stadium Melawati Shah Alam. Inilah merupakan tahun yang sulung Kongres parti yang ditunggang oleh Anwar Ibrahim diadakan setelah bala tentera beliau berjaya mencipta kejutan dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Untuk kesekian kalinya PKR akan bersidang dalam situasi memiliki ramai perwakilan perwakilannya terdiri daripada ahli ahli Yang Berhormat. Daripada Dewan Rakyat sahaja sudah ada melebihi 30 Ahli Parlimen. Bilangan YB YB akan bertambah lagi setelah diambil kira wakil wakil rakyat dari negeri pemerintahan mereka di Selangor dan juga beberapa negeri negeri lain di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Malah pada tahun ini juga buat julung julung kalinya sewaktu Kongres ini nanti, PKR sudah pasti berbangga kerana ada bersama-sama mereka seorang Menteri Besar dan seorang Timbalan Ketua Menteri. Keadaan ini nanti amatlah jauh berbeza dengan Kongres mereka tahun lepas yang telah diadakan di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban pada 27 Mei 2007. Ketika Kongres itu berlangsung, parti berbilang kaum ini hanya ada dua pemimpin bergelar Yang Berhormat, iaitu Presiden mereka Datin Seri Dr Wan Azizah dan seorang wakil rakyat daripada Sarawak, Yb Dominic Ng.


Mengimbau kembali peristiwa Kongres pada tahun lepas, agak tergamam para perwakilan di dalam dewan kerana aksi lakonan drama oleh Anwar Ibrahim yang membuat keputusan tidak mahu bertanding jawatan Presiden parti.

Ketika itu Anwar telah mendapat pencalonan paling tinggi daripada 120 bahagian berbanding dengan Dr Wan Azizah menerima 10 pencalonan dan seorang lagi calon iaitu Hj Abdul Rahman Osman, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional yang menerima sokongan daripada 7 bahagian utara tanah air.

Ramai perwakilan kesal dengan tindakan Anwar yang menggunakan alasan khuatir tindakan Registrar of Society [ROS] ke atas PKR sekiranya memilih Anwar sebagai Presiden sedangkan waktu itu beliau belum lagi “habis tempoh idah” daripada memegang sebarang jawatan rasmi sebelum April 2008.

Ada di kalangan perwakilan melihat helah Anwar ini sebagai mahu menguji sokongan perwakilan untuk mencalonkannya dan ada juga beranggapan Anwar mahu memberikan signal kepada Dr Wan Azizah bahawa beliau lebih popular dan layak memegang jawatan Presiden…., bukannya Wan Azizah!

PELUANG ANWAR BERBOHONG LAGI

Sepertimana biasa, sewaktu berlangsungnya kongres PKR, tumpuan adalah pada sesi perbahasan. Pada kongres 2007, sesi ini dilihat pudar dan malap, apatah lagi ianya dengan ketiadaan Ezam Mohd Nor yang merupakan suatu ketika dahulu pendekar parti Anwar Ibrahim. Dewan Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah kempunan untuk menerima kunjungan Ezam sebab keputusan anak muda pengasas Parti Keadilan Nasional itu untuk tidak lagi bersama Anwar Ibrahim.

Tahun 2008 diramalkan ramai perwakilan akan cuba mencuri perhatian, maka bersusunlah mereka untuk berpidato menunjukkan bakat masing masing. Ini dilihat sebagai batu loncatan untuk mendapat personal glory supaya lebih dikenali ramai dan memudahkan untuk menjadi calon dalam pemilihan parti akan datang dan juga calon pilihanraya ke 13. Dalam benak fikiran mereka ini, Anwar bakal jadi PM.

Di antara isu yang sudah pasti akan menggegarkan dewan kongres adalah mengecam tindakan Ezam menyertai UMNO dan kuda kuda tunggangan Anwar ini akan berkokok melabelkannya pengkhianat dan sebagainya….

Namun begitu, ada suatu perkara yang memang pasti juak juak murahan Anwar ini akan terlepas pandang, iaitu PEMBOHONGAN ANWAR!

Pentas kongres parti ini sudah pasti menanti nantikan ucaptama daripada Ketua Umum mereka, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Inilah peluang terbaik untuk Anwar menipu semua perwakilan mengenai rancangan mengambil alih kerajaan pusat setelah 16 September terbukti suatu omongan kosong yang diada-adakan.

Berkatalah apa saja. Biarpun ianya tidak masuk akal. Tudinglah jari menyalahkan orang lain walaupun terbukti Anwar gagal melakukannya, namun yang pasti ialah tepukan gemuruh bergema daripada perwakilan perwakilan yang buta dan tuli terhadap pembohongan Anwar…..

Sama samalah kita nantikan temberang Anwar Ibrahim yang akan diungkapkan pada kongres mereka yang berakhir 30 November 2008 nanti….

sumber - medan-info-kita

Anonymous said...

Satu lagi gelaran yang paling amat penting dan popular patut diberikan kepada Anwar ialah.... "Bapa Politik Wang Malaysia".....dan "Bapa Penderhaka kepada Agama, Bangsa dan Negara"....

Anonymous said...

anda semua karut!! Buta SEjarah