Wednesday, November 26, 2008

GUAN ENG HINA KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Setelah beberapa minggu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikrar akan mentadbir Pulau Mutiara tersebut sebagaimana cara pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar memerintah wilayah Kerajaan Umayyah pada tahun 717 - 720. Kerajaan Umayyah merangkumi tanah Arab, Parsi dan Turki.
Walaupun zaman pemerintah Khalifah Umar cuma sekitar 4 tahun, namun kemasyhuran pentadbirannya menjadi dambaan kepada seluruh umat Islam. Beliau bukan sahaja warak dan zuhud, tetapi juga tersohor dengan pembaharuan yang dibawa dalam masa pemerintahannya. Antaranya adalah pembasmian kemiskinan.
Malah tercatat dalam sejarah bahawa seorang gabenor Yahya ibn Said telah diutuskan ke Afrika Utara untuk membahagikan zakat kepada fakir miskin di sana. Tetapi perutusan tersebut menyatakan bahawa tidak terdapat seorang pun fakir miskin yang ditemui dan layak menerima zakat. Ertinya, di zaman pemerintahan Khalifah Umar, beliau telah berjaya menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat dalam jajahan takluk pemerintahannya. Demikian kehebatan Khalifah Umar.
Persoalannya adalah, layakkah Lim Guan Eng untuk mengkuti cara kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Atau Guan Eng hanya seperti burung tiung yang mempu menyebut perkataan 'Khalifah Umar Abdul Aziz' tetapi tidak tahu siapa sebenarnya Khalifah Agung tersebut!
Guan Eng jangan hanya lihat Khalifah Umar dari beberapa sisi sahaja, tetapi perkara yang paling pokok adalah bahawa Khalifah Umar adalah seorang mujaddid Islam. Beliau membawa pembaharuan bukan hanya kepada cara pemerintahannya menurut Islam, tetapi juga diri beliau sendiri sebagai suri teladan sebagai seorang pemimpin Islam. Ertinya, penilaian kepada Khalifah Umar bukan hanya dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut spiritualnya.
Jauh bumi dari langit bagi Guan Eng untuk mengikuti jejak Khalifah Umar. Guan Eng tak mungkin dapat merasai spiritual Islam yang dimiliki Khalifah Umar kerana Guan Eng sendiri belum Islam. Penilian Islam tidak boleh dibuat berdasarkan logik akal semata-mata, seperti mana yang difikirkan oleh Guan Eng.
Di sinilah letaknya pertentangan Lim Guan Eng dengan kepimpinan PAS. Sebab itu tak heranlah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin membantah Guan Eng yang membenarkan yang membenarkan Konsert Jom Heboh di batu Kawan, P.Pinang baru-baru ini. Malah Pemuda PAS menganggap bahawa Guan Eng tidak peka Islam.
Menurut Hafiz, tindakan Guan Eng memang tidak mengendahkan hukum Islam, pada hal sebelum ini Guan Eng sendiri telah memaklumkan bahawa kerajaan P.Pinang akan mengikut sistem pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Surat bantahan rasmi telah dihantar kepada Ketua Menteri dan Majlis Perbandaran Seberang Prai.
Pemuda PAS juga menyelar tindakan Guan Eng selaku salah seorang pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak menghormati pandangan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat yakni PAS.
Bagi Penulis, PAS tidak harus berdukacita terhadap tindakan Guan Eng tersebut kerana ia seharusnya telah difikir sejak awal oleh PAS, Bagaimana mungkin Guan Eng yang sememangnya bukan Islam akan melaksanakan kehendak Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Guan Eng bukan hanya tidak Ilam, tetapi juga pejuang sebuah parti cauvinis Cina, DAP yang secara terang-terangan menentang kehendak Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Apakah Guan Eng boleh dikira menghina Khalifah Umar Abdul Aziz?
Bagaimana PAS boleh lupa perkara tersebut ???? Penentangan terhadap Islam tidak akan pudar dalam DAP sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Dah lupa ke?
NGUPINGTRUS : Sewaktu ceramah dalam PR Kecil Permatang Pauh, Guan Eng juga menyatakan akan memerintah Pulau Pinang sebagaimana cara Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan disambut dengan laungan Allahu Akbar! oleh penyokong dan pengikut PAS. Pemimpin PAS diam membisu !

6 comments:

bungaraya said...

Saya teringat suatu masa ketika Bush berada dalam keadaan kelam kabut kerana Putra World Trade Center di langgar dua kapal terbang awam, beliau pergi kesebuah Masjid di Negaranya dan memegang Al Quran ditangannya dan berkata, umat islam adalah umat yang inginkan keamanan. Tetapi selepas itu dendam beliau menjadi-jadi kepada umat islam. Nauuzubillah, jangan ini terjadi kepada KM P.Pinang kerana umat islam di Pulau Pinang akan tentu menjadi mangsanya kelak.

Anonymous said...

"Setakat dia letak tulisan cina kat papan tanda, kita kata tak ikut Umar Abdul Aziz tak betul tu. Yang lebih penting pemimpin tak ambil duit rakyat untuk kepentingan sendiri. Pemimpin sangup masuk penjara untuk membela rakyat.

Anonymous said...

Saudaraku/saudariku 'Anonymous yang dihormati. Mungkin Sdra/i tersilap ulas terhadap isu Guan Eng ni. Tak ikut Umar Abdul Aziz bukan isu Papan Tanda Jalan, tetapi isu Konsert Jom Heboh di Batu Kawan. Itu pun saya merujuk kepada dakwaan Ketua Pemuda PAS P.Pinang dalam Sinar harian halaman N.8 26 Nov.2008. Cuba Sdra/i rujuk. TQ

Anonymous said...

Guan Eng berbuat demikian adalah disebabkan oleh segolongan orang PAS yang berprinsip "matlamat menghalalkan cara"..... yang penting "kuasa".... hingga turut sama terjadi di Selangor.... arak tidak boleh diharam..... apa maknanya .... lebih teruk dari zaman UMNO/BN memerintah..... Renungkanlah artikel berikut.....

Timbalan Presiden PAS bersuara...
"Kenapa boleh bersekutu dengan DAP tetapi tidak boleh dekati UMNO?"

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ini dikira agak mengejutkan. Ia satu teguran terbuka terhadap golongan dalam PAS yang menentang muzakarah parti itu dengan UMNO.

Berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-49 di Ipoh Rabu selain menjelaskan pertemuan yang diadakan dengan kalangan pimpinan UMNO itu adalah keputusan Majlis Syura yang merupakan pimpinan tertinggi parti, beliau turut mempersoalkan kenapa PAS tidak boleh dekati UMNO sedangkan ia boleh bersekutu dengan DAP yang memusuhi Islam.

"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati UMNO. Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan UMNO atas keputusan Syura Ulama, tak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan,” kata Nasharuddin.

Bukan rahsia lagi kalangan pimpinan dalam parti itu yang kuat sekali menentang muzakarah dengan UMNO ialah mereka yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dikatakan bertegang urat mempertikaikan hal itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di ibu-pejabat parti itu di Kuala Lumpur pada 31 Julai baru ini yang berlangsung selama lima jam.

Difahamkan mereka kurang senang kerana menyangka Nasharuddin mempelopori pertemuan dengan para pemimpin UMNO yang diadakan secara sulit itu. Malah timbul desas desus mengatakan ada yang hendak mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya.

Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat itu, isu muzakarah yang agak heboh sebelum itu tiba-tiba terus slowdown.

Dalam ucapannya, Nasharuddin yang dilihat sebagai pemimpin PAS yang moderate telah memberi peringatan kepada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura dalam isu muzakarah dengan UMNO, bahawa ia boleh disifatkan sebagai melanggar disiplin parti.

Tambahnya, kepimpinan parti itu menyedari ada kalangan ahli PAS yang tidak bersetuju muzakarah dengan UMNO diadakan, selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

"Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata Quran itu lain dan politik lain. Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh. Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu," tegasnya.

Menurut Nasharuddin, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti bagi memastikan anggota memahami sepenuhnya isu ini dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO.

Katanya, dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.

"Kita pergi jumpa UMNO untuk bagi tahu mereka syiar Islam sebenar...Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perangpun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," ujar beliau. – 13/8/2008

Anonymous said...

A'kum saudara/i, saya sangat berterima kasih atas maklumat yang diberikan untuk tatapan dan bahan berfikir kita bersama.

Vita Meglio said...

Salam...apa mau saya cakap ni, bodoh gak la kamu tuduh Guan Eng camtu...walaupun dia tu bukan Islam, patutnya kita yang Islam ni la supot dia untuk masuk Islam...dahlah orang Islam kat Malaysia ni banyak dah rosak, pastu orang yang cuba mendekati Islam (KM Penang) ni nak tiru pemimpin Islam, kita pikir bukan-bukan pulak, kutuk teruk-teruk. Patutlah sekarang ni muallaf makin sikit, orang murtad atau ala-ala murtad banyak bersepah kat Malaysia ni..punca utama, kita orang Islam ni sendiri terlalu jumud, terus menghukum dan kurang nilai supportif..saya orang penang gak, setakat ni saya suka gak cara dia yang agak zuhud tu. even tak 100%, tapi dia nak zuhud tu kira ok la pasal dia kafir. jadi apsal suka-suka ja kamu kata dia burung tiong? Kita pandang balik pemimpin@KM Islam di Malaysia, berapa kerat ja yang zuhud? Kalo Islam kita taknak bela, habis apa kita nak bela lagi? Maaflah..saya memang laser kalo menaip..Saya orang balik pulau..salam ta'aruf..wallahu'alam..