Wednesday, September 24, 2008

PANTUN BUAT TERESA

Pelik juga ya! Cakap pada 19 September: “I can tell the food is worst……errrr….maybe similar to dog food”; tapi pada 22 September: “slightly better than dog food” .
Itulah petikan kata-kata YB Ahli Parlimen Seputih merangkap Exco Kerajaan Selangor dalam dua sidang akhbar di dua tarikh yang berbeza. Sidang pertama diungkapkan sebaik saja beliau dibebaskan pada 19 September daripada siasatan pihak Polis di bawah ISA. Dalam sidang tersebut yang turut dihadiri Penasihat DAP, kedua ibubapa Teresa dan beberapa kepimpinan DAP. Sebaik saja ungkapan: “I can tell the food is worst……errrr….maybe similar to dog food”, ia disambut dengan tepukan oleh penyokong Teresa yang hadir.
Ekoran dari itu, berbagai respon daripada berbagai lapisan masyarakat, termasuk ahli politik, akademik, pemimpin NGO, pelajar, dan orang awam yang rata-rata 'marah' dengan kenyataan ahli Parlimen DAP tersebut.
Timbalan Menteri di JPM T.Murugiah yang antara lain tugasnya adalah bertanggungjawab tentang sebarang aduan awam termasuklah aduan Si Teresa ini telah membuat kenyataan bahawa tuduhan Teresa amat serius yang boleh menjejas kredibiliti Kerajaan. Namun beliau berjanji akan menyiasat dan akan bertemu Teresa sendiri untuk mendapat maklumat sebenar dakwaan tersebut.
Maka diadakan satu lagi Sidang Media pada 22 September lalu yang turut dihadiri T.Murugiah. Kelakarnya pada kali ini Teresa cakap agak berbeza dengan sebelumnya: slightly better than dog food” .
Dua kenyataan ini sangat jelas membawa pengertian yang berbeza. Yang pertama bermaksud, mungkin sama dengan makanan anjing, dan yang kedua, lebih baik sedikit dari makanan anjing.
Tetapi Teresa menafikan ungkapan pertama beliau dan menyalahkan pihak Utusan Malaysia yang dituduh melaporkan apa yang tidak diucapkan. Utusan didakwa sebagai ingin merosakkan nama baiknya.
Bagi saya, sikap Teresa sebegini adalah 'tidak cukup ajar' atau dalam erti kata lain 'kurang ajar'. Beliau dengan sewenang-wenangnya menuduh orang lain yang salah atas tindakannya yang 'kurang ajar' tadi. Selaku seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri, beliau semestinya lebih matang dalam mengeluarkan kata-kata terhadap sesuatu perkara, apatah lagi kata-kata tersebut merupakan fitnah semata-mata.
Mungkin Teresa boleh tuduh wartawan Utusan Malaysia yang melaporkan tersilap tulis, tapi rakaman siaran TV yang turut merakam ungkapan beliau tak mungkin tersilap.
Saya tak faham, macamana masyarakat di Seputih dan Kinrara menilai dan memilih orang seperti Teresa untuk dijadikan MP dan ADUN. Pembohong! Teresa mungkin boleh nak berbohong kepada satu-dua orang saja. Tapi kes ini, beliau berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia. Malah mungkin ke seantero dunia!
Kalaulah perkara sebegitu beliau 'gila' nak meraih populariti dalam berpolitik, bukan mustahil mungkin banyak perkara lain yang beliau telah, sedang dan akan berbohong! Selaku pembangkang, Teresa boleh bangkang perkara-perkara dasar yang mungkin tidak sependapat dengan partinya, tetapi akuilah kalau memang ia satu kebenaran.
Mungkin dalam PRU 12 dulu tersilap nilai, tetapi PRU ke 13 akan datang pilihlah orang lain yang lebih baik dari beliau. Sekurang-kurangnya dalam hal 'berbohong'.
Dalam hal ini, saya ingin hadiahkan sekalung pantun kepada YB Teresa :
"Siakap, senohong, gelama, ikan terubok,
Bercakap bohong jadi macam Teresa Kok".
Ngupingtrus: Terlalu sakit hati

No comments: