Wednesday, September 24, 2008

AKHIRNYA TERESA MENGAKU SALAH

Akhirnya YB Teresa Kok mengaku beliau telah melakukan kesalahan dalam isu 'makanan semasa dalam tahanan di Balai Polis'.
Setelah diasak oleh wartawan bahawa kata-katanya yang berbeza dalam dua Sidang Media ..... yang pertama ".... mungkin macam makanan anjing", dan kedua "...... lebih baik dari makanan anjing" dengan merujuk kepada rakaman video kenyataannya yang pertama, akhirnya Teresa mengaku. Alasannya mudah saja, beliau kepenatan.
(Sumber mutakhir berita: Agendadaily)
Bagi saya, Teresa tidak cukup membuat pengakuan bersalah atau tersilap. Tetapi Teresa mesti menarik balik dakwaan yang dianggap 'biadap' dan diikuti dengan mohon maaf kepada Kementerian Dalam Negeri (Kerajaan Malaysia).
Teresa, selaku orang politik (MP dan Exco) yang 'out spoken' harus berfikir lebih matang sesuai dengan usia yang sudah menjangkau 44 tahun sebelum mengeluarkan kata-kata. Teresa juga orang berpendidikan. Ijazah Pertama dalam bidang Komunikasi dari USM dan Ijazah Kedua dalam bidang Sains Politik dari UM. Bercakaplah laksana orang yang berpendidikan tinggi. Jangan asal keluar saja dari lidah yang tidak bertulang, atau hentam keromo saja.
Fikirkan kesan dari apa yang dicakapkan kepada maruah negara dan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. Lainlah kalau di hati Teresa tidak ada rasa bahawa maruah negara Malaysia adalah juga menjadi tanggungjawab beliau?
Saya rasa, Teresa akan lebih dihormati kalau sebaik saja beliau dibebaskan dari tahanan tersebut dan menyarankan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya menyemak balik kadar kos makanan yang diberikan kepada para tahanan di lokap.
Sebagai pengajaran kepada YB Teresa Kok, ingatlah kepada pepatah Melayu :
"Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak cakap, buruk padahnya".
NGUPINGTRUS: Mungkin Teresa akan lebih matang apabila telah mendapat pasangan hidup.

No comments: