Ini kenyataan Jabatan Penjara pasal dakwaan Uthayakumar, March 3, 2009 : 02.56 AM, yang dipetik daripada Agenda Daily.com
Kalau mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia Isnin nampaknya perarakan para penyokong Hindraf untuk buat laporan polis Sabtu lalu dakwa tahanan ISA P. Uthayakumar tidak beri rawatan perubatan sewajarnya hanyalah untuk bikin heboh tak tentu pasal. Dalam kejadian di kawasan Balai Polis Brickfields itu pihak FRU terpaksa bertindak termasuk sembur air setelah sebilangan dari lebih 200 penyokong Hindraf itu enggan bersurai. Dalam laporan polis yang dibuat mereka menuntut Uthayakumar yang mendakwa mengidap sakit kencing manis diberi rawatan perubatan yang duperlukan. Ini setelah pada 15 Feb lalu, anggota keluarga Uthayakumar melahirkan kebimbangan tahanan itu akan kehilangan kaki kirinya akibat penyakit kencing manis kerana tidak mendapat rawatan sewajarnya daripada hospital. Kenyataan Jabatan Penjara Malaysia itu berkata tuduhan itu tidak berasas kerana sejak Uthayakumar ditahan pada 13 Dis 2007, beliau telah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan lebih 40 kali dari doktor panel di pusat berkenaan, Hospital Taiping dan juga hospital lain.
Menurutnya sejak kebelakangan ini, Uthayakumar telah 18 kali enggan diperiksa, dirawat serta enggan makan ubat bagi penyakit kencing manisnya. Jabatan itu berkata tuduhan keluarga tahanan itu tidak berasas dan boleh menjelaskan imej pusat berkenaan dan ekoran itu laporan polis dibuat pada 20 Feb lalu bagi menyiasat dakwaan itu. Ia menegaskan bahawa semua tahanan termasuk Uthayakumar tidak pernah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kemudahan pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh doktor pakar. Katanya Uthayakumar dibekalkan ubat-ubatan secara berkala dari Hospital Taiping. Jabatan itu menafikan kesakitan pada jari kaki yang dialami Uthayakumar ada kaitan dengan penyakit kencing manisnya tetapi sebaliknya pemeriksaan kesihatan dan x-ray menunjukkan jari kelingking kaki kirinya mengalami keretakan kerana tersepak batu pada Januari lepas. Menurut kenyataan itu lagi , pada 31 Jan lalu, setelah mengadu sakit kaki, tahanan enggan diperiksa oleh doktor panel penjara dan enggan sekali lagi diperiksa oleh panel doktor penjara sebelum beliau diiringi ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan kesnya pada 3 Feb lepas. Semasa perbicaraan tersebut, tahanan mengadu sakit dan menuduh tidak diberikan rawatan yang sempurna dan hakim mengarahkan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Sekembalinya dari Kuala Lumpur, Uthayakumar sekali lagi enggan dirawat di Hospital Taiping yang dijadualkan pada 13 Feb lepas, tetapi setelah dinasihati oleh doktor panel penjara akhirnya beliau bersetuju untuk dirawat di Hospital Taiping empat hari kemudiannya. "Laporan perubatan oleh doktor-doktor yang merawat dan memeriksa Uthayakumar menunjukkan masalah penyakit kencing manisnya adalah tidak serius dan telah diberikan rawatan secara teratur," katanya.
Kenyataan itu juga memberitahu Pengarah Pusat Tahanan Perlindungan Taiping telah membuat laporan polis terhadap keluarga Uthayakumar kerana mendakwa tahanan itu tidak beri rawatan perubatan sewajarnya.- 2/3/2009
NGUPINGTRUS: Sebab itu orang tua-tua sudah kata, kalau jumpa ular sama Si-Anu, pukul Si-Anu dulu. Kemudian baru pukul itu ular. Si-Anu lagi kuat belit daripada ular.
1 comment:
Memang sahlah dimana-mana ada si-anu akan menimbulkan masalah.....
Lihatlah si macha yang jadi speaker gila kuasa....
Akibat terkontang kanting berseorang, macha sekor nie menjadi gelabah dengan mengumumkan MB Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.
DUN bersidang pun belum...tindakan dah di ambil...apa ceghita macha? Macha tersebut mengambil tindakan tersebut atas alasan MB Zambry and the geng telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan tindakan tersebut baginya tidak menghormati DUN Perak. Habih tuh, di mana penghormatan untuk Sultan yang menduduki takhta untuk mentauliahkan MB baru ini? Ni lagi satu contoh kebangangan yang tidak dapat diterima akibat membelakangkan kuasa Sultan.
Macha ni masih lagi berpegang kepada prinsip Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf kerajaan baru Negeri Perak. Speaker seharusnya bebas dari pengaruh mana-mana parti, bukan mengikut telunjuk mana-mana parti. Oleh kerana macha nie dulu termasuk dengan Pakatan Merapu ni dulu, ini lah akibatnya!
Kalau dibiarkan benda-benda macam nie berlaku, dan jika Kerajaan Negeri baru ditubuhkan, pastinya Kuasa Sultan bakal dipandang remeh oleh mangkuk-mangkuk ayun ini. Silap-silap haribulan Perak boleh kehilangan kuasa Sultan, dan join le Negeri-negeri Selat, Melaka, Singapore dan Penang. Gamaknye yang ada nanti Yang Dipertua Negeri jer la...
Kemudian ada yang sibuk mengungkit kisah-kisah lama yang mengatakan UMNO pun menderhaka, tak dapat terima perlantikan MB baru di Perlis dan Terengganu. Tapi harus diingat, adakah penderhakaan tersebut berlanjutan hingga menjadi suasana gila kemaruk kuasa sperti yang terjadi Perak ini? Tidak...UMNO terus menerima perlantikan tersebut dengan hati yang terbuka dan kini perjalanan pentadbiran kedua-dua negeri berjalan dengan lancar. Lihat bagaimana suasana di Perak dengan golongan-golongan yang gilakan kuasa...amat berbeza...
Post a Comment