Thursday, February 12, 2009

ULAR LIDI BERLAGAK NAK JADI NAGA

Penulis tertarik dengan tulisan Sdri.Intan Abdullah dalam Harakahdaily, 12 Februari 2009 bertajuk, "Rakyat Muak Dengan Kerajaan Katak di Perak".
"Krisis politik di Perak semakin bercelaru apabila berlakunya sindrom lompat parti hingga menyebabkan rakyat naik muak dengan kerajaan 'katak' yang ditubuhkan". Demikian Intan memetik kenyataan 'Adik' Hishamuddin Abdullah, Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kepada Harakah.
(Penulis : Oooo baru Aku tau, selama sebelas bulan PR memerintah, rupa-rupanya politik di Perak sudah bercelaru. Ingatkan ia semakin stabil di bawah pimpinan seorang Insinyur PAS yang bersekongkol dengan PKR dan DAP)
Ujar 'Adik' Hishamuddin lagi, "rakyat Malaysia sekarang sedang menghadapi satu perasaan jelek terhadap isu ini dan ia menjadi semakin muak dengan isu penyeberangan ramai-ramai ADUN Pakatan Rakyat ke dalam BN dan menubuhkan kerajaan katak".
(Penulis : Sejak bila pulak ralyat Malaysia mewakilkan 'Adik' Hishamuddin selaku jurucakap mereka?)
Hal yang sama juga berlaku apabila kegagalan mengadakan pilihanraya kecil adalah bercanggah dengan Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".

"Jelas dalam peruntukan ini menyatakan bahawa sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, yang dijangka bersidang pada 14 April ini.
(Penulis : Adakah ilmu undang-undang antara Paduka Seri Sultan Perak setaraf dengan ilmu undang-undang yang dimiliki oleh 'Adik' Hishamuddin? Bak kata pepatah, "jauh bumi dari langit").
NGUPINGTRUS : 1) Pernahkah 'Adik' Hishamuddin memberi komentar kepada PR yang beriya-iya untuk 'melarikan' 31 Ahli Parlimen BN untuk membentuk Kerajaan 16 September 2008 dulu?
2) Kepada 'Adik' Hishamuddin, belajar pandai-pandai dan dapatkan CGPA tinggi dulu. Dah graduat nanti baru masuk politik dan berjuang dalam parti politik. Kalau tak suka BN, masuk saja PR. Waktu itu, tepuk dada, tanya selera. Buat sementara ini, biarlah 'Adik' Hishamuddin berlagak sebagai ular lidi dulu. Jangan terus nak jadi naga!

3 comments:

AJK UMNO Bahagian said...

Soalan Kepada 'Adik' Hishamuddin:

1. Berapa CGPA terkini.... 4 flat?
2. Belajar guna duit sendiri? Biasiswa? PTPTN?
3. Di IPTA atau IPTS? Kalau di IPTA baik tukar ke IPTS,
4. Siapa Pengasas Politik Wang?
5. Siapa Pengasas Politik Lompat?
6. Siapa berkawan dengan Syaitan?
7. Siapa Pengasas Sembahyang Dua Imam?
8. Ada dalam Al-Quran masuk PAS itu akan masuk Syurga?
9. Parti PAS itu agama?
10. Mana lebih mulia diantara Kafir DAP dengan Islam UMNO?
11. Kenapa PAS rela bersekongkol dan memuji DAP?
12. Parti mana membuat fatwa mengkafir sesama Islam?
13. Fikir? fikir? fikir?

BERANIKAN HATI said...

Salam,
Sdr ajk bhg, memang benar apa yg disarankan itum kadang-kadang kita lupa apa yang kita dapat dan apa pula yang telah kita beri. kita meminta lebih dab kurang memberi dan TIDAK pernah berterima kasih.

BLOG> BERANIKAN HATI > http://braveheart-blogger.blogspot.com

Pemuda Malaysia said...

salam,

inilah mentaliti budak sekarang. jasa UMNO yang lepas terus dilupakan.

PR sahaja nampak betul dalam segala hal..

bodoh punyer 'adik'!!!