Friday, September 17, 2010

GILA: ADA 999 JENIS TERMASUK GILA POLITIK

KUALA LUMPUR 16 SEPT : Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan kesediaan beliau bekerjasama dengan pihak polis jika dipanggil untuk merakamkan keterangan beliau.

Ini ekoran kenyataan Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa beliau akan memanggil Shamsul untuk dirakam kenyataan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Shamsul berkata, beliau bukanlah peguam seperti yang didakwa oleh Khalid dan beliau tidak tahu langsung berkenaan perincian kes ini tetapi beliau sanggup memberikan kerjasama.

"Menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, KP Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mahu memanggil saya untuk merakam kenyataan saya berhubung kes pembunuhan Datuk sosilawati Lawiya.

"Saya ingin menegaskan bahawa pertama, saya bukanlah peguam tersebut seperti didakwa dan kedua, saya tidak tahu langsung berkenaan kes ini, tetapi saya akan bekerjasama dengan pihak polis," tegas beliau.

Membidas kenyataan Khalid bahawa beliau 'bercakap ikut sedap mulut' dan ia merupakan kenyataan paling 'merepek' yang pernah didengar Khalid, Shamsul berkata, ayat seperti itu tidak patut datang dari seorang individu yang berjawatan tinggi dalam institusi kepolisan.

"Pada pendirian saya, yang pertama, ya saya bersetuju memberikan kerjasama kerana tugas menjaga keselamatan bukan hanya pada polis, tetapi juga tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Apabila wartawan bertanyakan berkenaan kes ini, pertamanya saya merakam ucapan takziah dan kedua berasa geram terhadap pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga rakannya," tegas beliau.

Beliau juga turut memuji kecekapan pihak polis menyelesaikan kes pembunuhan hartawan kosmetik yang mendapat liputan meluas media.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak polis supaya memberikan lebih tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini berbanding terlalu 'menjaga tepi kain' ahli politik.

Ulasan: Nak ajar sikit Shamsul ni, memang kerja Polis bermacam2 termasuk menjaga orang politik. Lebih2 lagi orang politik yang suka nak buat demonstrasi dan memfitnah macam Shamsul dan kawan2 politiknya.

"Saya ada terbaca dalam akhbar bahawa sudah beberapa kes serupa difailkan ke atas suspek sebelum ini dan banyak lagi kes sebegini di kawasan tersebut. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa kes tersebut tidak disiasat secara mendalam?," tanya beliau.

Ulasan: Yang ini nak nasihat sikit kepada YS KP Selangor (sinis).... sebarang apa yang nak buat siasatan, bagilah tau kat budak Shamsul ni.

Shamsul seterusnya berkata jika polis mengambil tindakan proaktif, menyiasat dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes-kes yang difailkan sebelum ini, beliau yakin kes pembunuhan Datuk Sosilawati tidak mungkin boleh berlaku.

Ulasan: Inilah budak yang tidak reti tentang Kada' dan Kadar Allah. Sesungguhnya Allah telah menentukan kejadian seumpama itu (merujuk kepada kenyataan Dr.Asri). Tidak ada siapa yang berkehendakkan ianya terjadi. Apatah lagi kejadian tersebut sangat menyusahkan anggota Polis di segenap lapisan pangkat ..... mereka tidak berhariraya. Sedangkan Shamsul tidak pun ziarah kepada anggota Polis yang bertungkus lumus bekerja untuk mencari pembunuh dan bahan bukti kejadian. Shamsul hanya menyampaikan rasa 'simpati' kepada keluarga Arwah Datuk Wati dkk. mungkin hanya sekadar nak dapatkan keuntungan politik, apatah lagi menjelang pemilihan PKR.

Bahkan ujarnya, beliau tidak akan berhenti menyuarakan kebenaran kerana ia berkaitan dengan keadilan untuk Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang mati dibunuh dengan kejam.

"Saya bersama ketua pimpinan yang lain sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk sosilawati dan bersimpati serta saya tidak mahu kes sebegini berlaku lagi dalam negara kita.

"Saya harap KP Selangor berfikir dahulu sebelum membuat tindakan sebegini kerana bagi saya ini satu perkara yang cukup memalukan dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman beliau kerana ini mencabar kredibiliti saya," kata Shamsul lagi.

Ulasan: Saya rasa YS KP Selangor mengalu2kan Shamsul kalau untuk menyaman beliau dalam kes ini. Dia ingat dia tu seorang lawyer hebat sangat. Bertemulah dengan buku dan ruas nanti. Samanlah kalau anak jantan!

No comments: