Monday, August 17, 2009

SIAPA YANG PATUT LETAK JAWATAN?

Penulis tertarik juga dengan berita dalam Sinar Harian Edisi Selangor dan KL 17 Ogos 2009, Isnin, halaman S2. Salah satu tajuk yang terpapar adalaj "Najib perlu letak jawatan". Saudara Khalid Samad, Yang DiPertua Pas Shah Alam dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sepatutnya letak jawatan, bukan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Hal desakan meletak jawatan ini diulas oleh Khalid berikutan Pemuda UMNO Kelantan yang mendesak Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan kerana didakwa tidak konsisten terhadap kenyataan-kenyataan beliau berkaitan penghinaan Islam oleh DAP yang juga sekutu Pas dalam Pakatan Pembangkang.

Bagi Penulis, Nik Azizlah yang patut letak jawatan. Pertamanya, beliau dah lama sangat jadi Menteri Besar Kelantan, sedangkan Najib baru saja setahun jadi Perdana Menteri. Keduanya, Nak Aziz dah terlalu tua. Dah tak cergas, sedangkan Najib baru 56 tahun, masih segar. Ketiganya, kenyataan Nik Aziz kadang-kadang sudah menjurus ke arah orang pikun. Mungkin sekarang masih belum pikun, tetapi lebih baiklah berhenti sebelum betul-betul pikun. Malang sekalilah rakyat Kelantan mempunyai seorang Menteri Besar pikun. Belum ada sejarah dalam dunia pemimpin macam tu!

Walaupun Saudara Khasim Abdul Aziz, YDP Kawasan Ampang menyebutkan bahawa Nik Aziz akan berundur dengan sendiri apabila sampai masanya. Betullah tu. Tetapi nampak gayanya tak ada tanda-tanda beliau nak undur. Malah beliau juga pernah katakan nak jadi Menteri Besar sampai mati.

Nik Aziz bagi orang Pas sangat sukar dicari ganti. Beliau sangat berpengalaman, istiqamah, dan warak. Hal ini juga disebut oleh Khasim. Menurut Penulis, memanglah Nik Aziz begitu sifatnya. Bercakap 'lembek', berdoa pun kelihatan melintuk-liuk. Tapi apabila mencerca orang, khususnya musuh politik, dialah juga juaranya.

Kalau diingat-ingatkan, apa benda yang Nik Aziz tak kata kepada orang UMNO? Macam Orang Utan, macam komunis, macam Ayah Pin, tolak Qur'an, tolak Islam, tolak Nabi, dan macam-macam lagi. Seolah-olah dia saja yang hebat. Dia saja yang mengaji agama. Dia saja yang tahu baca Qur'an, faham Qur'an, faham Hadith. Dia sajalah yang penuh iman di dada!!!!

Ketahuilah, di sana ada orang yang lebih baik, lebih alim, lebih warak, dan lebih zuhud daripada Nik Aziz, tetapi tidak mengata kepada musuh politiknya sejijik yang dihamburkan oleh lidah Nik Aziz.

Kepada saudara-saudara yang ada dalam Pas, sedarilah bahawa Nik Aziz tu manusia biasa yang memiliki sifat-sifat keji. Angkuh dan bongkak. Beliau jauh sekali dari bersifat ma'sum.

NGUPINGTRUS: Hormat orang lain terhadap Mursyidul Am Pas itu ada hadnya.

1 comment:

AJK Bahagian said...

Assalamualaikum wbt.

Betul sangatlah tu.... Nik Aziz ni dah nyanyuk..... Buat kata Haron Din kepada Dr Mahathir ketika menjadi PM..... Macam pemimpin pelepah pisang.... payah nak gugur.

Dulu kata ke orang UMNO.... sekarang pemimpin liPAS lagi teruk.... jilat & sedut habis punggung babai DAP.... sebeb itulah negara ini kene selsema babi H1N1..... semuanya bala sebeb orang-orang liPAS.

Lepas ini entah bala apa lagi.... gara-gara liPAS halalkan arak, halalkan memaki agama islam.... minta dijauhkan bala.

Seelok-eloknya ROS gugurkan saja perkataan "ISLAM" daripada PAS. Sebab kalau parti islam mesti PIS.

Banyak-banyaklah bertaubat.... jangan sampai mati esok ditalkin oleh gobala dan ronnie????

Wassalam