Monday, August 17, 2009

ANWAR BUKAN MUSUH POLITIK

Demikian tajuk yang terpapar dalam muka hadapan Sinar Harian Edisi Selangor dan KL 16 Ogos 2009 - Ahad. Di dalam kenyataan yang dipetik Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata, "Sebenarnya di negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik moden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati. Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara."

Di satu sisi, kenyataan Zaid menggambarkan seorang ahli politik yang sangat matang dan sangat memahami selok belok dalam berpolitik. Tetapi di sisi lain, dalam amalan berpolitik sehariannya bertolak belakang. Kalaulah Ketua Pembangkang wajar dihormati sesuai peranannya demi rakyat dan negara, apatah lagi Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan, di mana berkali ganda perlu dihormati oleh setiap rakyat, tanpa dikecualikan kepada kumpulan pembangkang.

Kalau nak dikirakan sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya umum, parti yang diketuai oleh Perdana Menteri lebih banyak berbanding pembangkang.

Sebagai Perdana Menteri yang juga Ketua Kerajaan, apakah yang tidak dikata, dihina, dicerca dan dinista oleh pembangkang, khususnya Anwar, termasuk juga Zaid.

Dulu, Anwar hanya mencerca dan menghina Dr.Mahathir yang juga selaku Percana Menteri dan Ketua kerajaan. Apa yang tak dikata kepada orang tua tu? Walhal, Anwar pada waktu itu belum lagi sebagai Ketua Pembangkang. Selepas zaman Dr.Mahathir, Pak Lah pula yang jadi punching bag Anwar. Apa dosa Pak Lah kepada Anwar, tak siapa pun tahu. Kalau Dr.Mahathir dulu, mungkin kerana Anwar marah beliau dipecat dari takhta Timbalan Perdana Menteri. Tetapi di zaman Pak Lah? Apa kesnya? Malah di zaman Pak Lah, Anwar keluar dari Sungai Buluh.

Sekarang !!!! Zaman Najib. Apakah kes Najib dengan Anwar? Tidak ada dosa apa pun Najib dengan Anwar. Tetapi kenapa Najib dijadikan sasaran, atas, bawah, depan dan belakang! Semua yang Najib buat semuanya tak kena.

Kalaulah ikut kepala otak Zaid Ibrahim, Anwar ni sepatutnya bantu sama memberikan idea untuk menyumbang pengurusan dan pentadbiran negara ke arah yang lebih baik demi rakyat dan negara. Jangan asyik nak demonstrasi saja. Anwar pun tahu, kalau asyik demonstrasi, negara akan jadi huru-hara. Pelabur pun tak seronok nak datang. Pelancung juga ngeri nak datang. Itu Anwar pun tahu. Zaid juga mungkin tahu. Tetapi kenapa buat juga?

Kalau Zaid nakkan bosnya itu dihormati, tolong ajarkan kepadanya supaya tahu juga menghormati orang lain. Terutamanya tahu menghormati Perdana Menteri yang juga Ketua Kerajaan.

NGUPINGTRUS: Itulah namanya, "Paku dulang, paku serpih".

1 comment:

AJK Bahagian said...

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya kenyataan Zaid tu macam orang gila talak dan terlajak perahu..... kenapa lihat sebelah pihak sahaja perlu rasional?.... pembangkang tak pernah rasionalpun melihat kerajaan.... go to hell Zaid.

Nak tahu lebih jelas mengenai Anwar disamping 50 dalil dulu ada lagi 32 dalil baru....

32 Dalil Anwar Pengkhianat

2009 Ogos 18
Oleh qasehnuryz, AIDCclub

Ramai yang berkata Anwar pengkhianat. Apa dalil-dalilnya ? Ingat lagi buku 50 dalil Anwar tidak boleh jadi PM ? Kerana buku itu, bukan setakat Anwar tidak boleh jadi PM, tetapi semua jawatannya yang kekuasaan yang dimiliki (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) hancur sekelip mata. Tetapi Anwar jatuh bukan kerana buku 50 dalil itu. Itu hanya faktor kecil. Ada faktor lain yang lebih besar..

Apa faktor yang lebih besar ??? Faktornya Anwar ditakdirkan Allah tidak boleh jadi PM dan semua jawatannya hilang. Sekarang mari kita teliti 32 dalil baru, mungkin sesetengah dalil ini pernah disebut dalam buku 50 dalil, sepuluh tahun lepas..

32 Dalil Anwar Pengkhianat

1. Peliwat
2. Kronisme
3. Perasuah
4. Berusaha Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
5. Sokong dan bekerja untuk Amerika Syarikat
6. Pro Israel
7. Dalang demontrasi / reformasi
8. Penggerak Projek Islam liberal Malaysia
9. Penerima tajaan dari organisasi Kristian dan Yahudi.
10. Agen CIA
11. Memburuk-buruk imej negara di luar negara
12. Mempersenda badan kehakiman dan perundangan Malaysia
13. Menderhaka kepada Sultan/ Raja
14. Memperlekehkan ulama
15. Menghasut pelajar universiti bencikan pemimpin negara
16. Melaksanakan sistem tender terbuka kepada orang bukan Melayu.
17. Penghadkan penglibatan syarikat-syarikat bumiputera.
18. Memberi kepercayaan orang bukan Melayu untuk menguruskan hal pentadbiran (Selangor)
19. Melantik orang bukan Melayu menguasai jawatan exco lebih kanan berbanding orang Melayu (Selangor)
20. Sokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
21. Penyebab ekonomi Malaysia meleset pada tahun 1998.
22. Sokong IMF.
23. Luluskan peruntukan pembinaan gereja dan kuil sama seperti masjid
24. Menolak sistem Mahkamah Syariah.
25. Memperjuangkan kelompok minoriti lesbian dan gay.
26. Berusaha pinda kontrak sosial
27. Mengiktiraf wira negara kepada penjenayah (Kugan)
28. Menerima wang judi (Magnum)
29. Membocorkan rahsia kerajaan kepada agen asing.
30. Gila kuasa hendak jadi Perdana Menteri.
31. Menyokong Chin Peng (bekas ketua Parti Komunis Malaya)
32. Menolak Ketuanan Melayu/Islam dan digantikan Ketuanan Rakyat

Anda bersetuju dengan 32 dalil di atas ? Kalau tidak bersetuju boleh dibahaskan di E-Group AIDC.Untuk melanggan sila hantarkan email kosong ke anwaribrahimdotcom-subscribe@yahoogroups.com atau klik di link subscribtion di sebelah kanan atas blog ini.

Mungkin anda mempunyai tambahan dalil lain ? Kalau ada sila nyatakan di sana, boleh kita kemas kini dari masa ke masa.

Dipersilakan untuk perbahasan selanjutnya.Sertai kami di yahoogroups AIDC.

sumber - qasehnuryz

Sila lawati : http://umnolipis2020.blogspot.com