Saturday, August 22, 2009

100 MILLION DOLLAR MAN

CATATAN: PETIKAN DARI BLOG ANWARISME

Pengkhianat Melayu Saman RM 100 juta lagi

Anwar mahu saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM 100 juta kerana memanggil beliau pengkhianat bangsa Melayu.Mengapa Anwar sangat berminat dengan RM 100 juta sukar difahami. Anwar saman Dr. Mahathir RM 100 juta, Anwar saman ramai lagi semua dengan jumlah RM 100 juta.Mengapa? Ini adalah kepercayaan karut Fengshui Anwar kononnya 100 juta merupakan nombor "ong" kepada Anwar.Anwar hanya mahu menutup mulut Tan Sri Muhyiddin Yassin bukannya mahu menang saman beliau.

Justeru apa penting "ong" ini kepada beliau susah mahu kita fahami.Namun hakikatnya dakwaan Tan Sri Muhyiddin bahawa Anwar pengkhianat bangsa Melayu memang benar sama sekali.Apakah bukti pengkhianatan Anwar terhadap bangsa Melayu?

1. Anwar mengadu-domba bangsa Melayu sejka tahun 1970-an, Mahathir lawan Ku Li, Anwar sendiri lawan Ghafar Baba dan Anwar lawan Mahathir. Semuanya direncana oleh Anwar untuk kepentingan politiknya. Biar orang Melayu berpecah asalkan Anwar naik atas.

2. Anwar juga yang memburukkan usahawan dan jutawan Melayu dengan gelaran kronisme ketika beliau mahu menentang Mahathir pada 1998.

3. Berapa banyak saham-saham melalui "pink form" yang digunakan Anwar untuk mendapat sokongan perwakilan UMNO? Saham-saham ini sepatutnya diagihkan kepada bumiputera yang mahu berniaga telah digunakan Anwar untuk mendapat sokongan politik semasa beliau Menteri Kewangan. Hasilnya, orang yang mendapat saham ini hanya menjual kembali ke pasaran untuk mendapat wang cepat. Akhirnya kurang pegangan bumiputera di BSKL. Apakah bukan pengkhianatan kepada bangsa Melayu apabila Anwar mengajar Melayu mendapat wang jalan mudah? Jangan nafikan pengedaran pink form ini. Saifuddin Nasution ketika itu menjadi tukang agih termasuklah saham Hicom. Sekarang apa jadi kepada Hicom?

4. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa apabila hari ini melaungkan penghapusan dasar pro bumiputera dan bekerjasama dengan DAP dan Hindraf yang terang-terang anti ketuanan Melayu?

5. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa apabila beliau menyokong Hindraf yang membuat membuat tuduhan bahawa mereka ditindas oleh orang Melayu?

6. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila beliau semasa menjadi ketua Pemuda UMNO Malaysia menerima wang daripada Genting Berhad?

7. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila membenarkan IOI menguasai sebahagian besar Puchong kerana bapanya menjadi pengerusi proksi kepada sebuah syarikat Cina?

8. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila menggunakan media-media asing untuk menghentam Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad untuk tujuan menjatuhkannya?

9. Apakah Anwar bukan pengkhianat Melayu apabila menyokong tuntutan puak kristian terhadap penggunaan perkataan Allah menggantikan kata Tuhan dalam bible bahasa Melayu?

10. Apakah Anwar bukan pengkhianat Melayu apabila memberi bermacam-macam kelebihan kepada Nallakarupan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri?

Banyak lagi persoalan yang boleh dibangkitkan, namun yang pasti Anwar memang pengkhianat Melayu.

KOMEN NGUPINGTRUS: ISY! ISY! ISY! TAK SANGKA SUNGGUH YA! NAMPAK MACAM TOK ALIM BESAR. RUPA-RUPANYA PENGKHIANAT

3 comments:

Anonymous said...

"ya ke Hang ni...dok dalam tong taik memanglah...!!sapa-sapa pun jahanam dok dalam tu..."

Anonymous said...

Salam. Aku rasa Ngupingtrus ni duduk dalam 'Tong Taik Minyak'. Orang silat memang suka mandi minyak untuk menguatkan tulang-belulang. Kalau duduk dalam tong taik minyak, bukan saja tulang belulang yang kuat, jati diri dan semangat juangnya juga kuat.

Anonymous said...

Aloooo Ngupingtrus (tak faham ntah apa bende Ngupingtrus). Ambo rasa, walau pun orang kata mu duduk dalam tong taik,tak apo lah. Ambo dah ikut lamo tulisan demo. Ambo kiro okaylah. menggigit jugok. Demo duduk dalam tong taik lebih baik dari duduk dalam tong taik babi bersama DAP .... susah nak bersihkan. Kena samak seluruh badan.