Sunday, May 24, 2009

MOGOK LAPAR: KAH KAH KAH!

Kah! Kah! Kah!


Demikian hati kecil Penulis ketawa sabaik saja terbaca Sinar Harian Ahad 24 Mei, halaman N6, bertajuk 'Pakatan Rakyat lancar mogok lapar 72 jam'.


Hati kecil Penulis bertanya, "Mengapa 72 jam saja. Alangkah lebih baik mogok lapar sampai terbaring melepek. Barulah benar-benar melambangkan seorang pejuang sejati".


Inilah agak Penulis sepertimana yang disebutkan oleh seorang tua yang sempat berjuang menghalau penjajah, termasuk Komunis Malaya satu waktu dulu. Kata beliau, "Pejuang komunis dulu berjuang menentang penjajah Orang Putih menggunakan kepala lutut. Tak guna kepala otak. Walau pun Malaya dah merdeka, tapi mereka masih tak percaya. Mereka mati-matian anggap Orang Putih masih menjajah Malaya. Radio dan surat khabar pun saban waktu bagi tau rakyat bahawa Malaya dah merdeka, tapi mereka tetap percaya kepada ketua mereka yang mengatakan Malaya masih belum merdeka. Oleh itu mereka tetap berjuang membuta tuli'.


"Mereka sanggup membunuh rakyat Malaya sendiri kerana mereka yakini rakyat berpihak kepada Orang Putih", tambahnya lagi.


Samalah lebih kurang ceritanya dengan 'para pejuang' Pakatan Rakyat (sebenarnya Pakatan Pembangkang). Walau pun Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan 3-0 bahawa Dato' Seri Zambry Kadir selaku Menteri Besar Perak yang sah, namun pejuang tersebut tetap tak mau mengakuinya. Bagi mereka, kalau keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, maka mahkamah itu adil. Tetapi kalau keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka, maka mahkamah tidak adil. Hakim boleh dibeli!


Dakyah bahawa hakim boleh dibeli bukan saja 'dinyanyikan' dalam ceramah-ceramah dan perbualan di kedai kopi di kalangan mereka, tetapi Penulis difahamkan juga sehingga dimasukkan dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Selangor baru-baru ini.


Puak-puak ni bukan peduli peringatan yang telah dititahkan oleh baginda Sultan Selangor agar institusi masjid tidak dijadikan gelanggang parti politik ------ mereka gomol semacam je! Mereka peduli apa titah Raja. Raja pun mereka dah mula sanggah secara langsung dan tak langsung.


NGUPINGTRUS: Siapa sebenarnya yang mengajar puak-puak ni jadi BESAR KEPALA? Entahlah! Tapi yang pasti, mesti ada orang yang mengajar mereka jadi sedemikian. Besar kepala dan kurang ajar!!

2 comments:

AJK Bahagian said...

Itulah yang dikatakan Pakatan Pembangkang yang sebenarnya sudah menjadi "Pemberontakan Pembangkang". Segala-galanya untuk mencapai hasrat politik semata.....

1. Apalah sangat raja untuk dihormati.... kerana mereka ingin menubuhkan republik.

2. Pada mereka masjid lebih rendah daripada markaz .... ceramah politik dihalalkan.

3. Sedangkan Tuhan mereka tuduh mencarut .... apalah sangat agama islam..... mereka "menjualnya" untuk mendapatkan habuan wang dan politik sesat.

Fikir-fikirlah.

AJK Bahagian said...

Orang PAS sila jawab.... PKR tak perlu jawab sebab tak berkata memperjuangkan islam?

Mogok Lapar tu ajaran Islam kah?

Sedang bengong orang PAS dan Muslimin PKR ni. Nak mogok laparlah pulak? Apakah ianya akan berlaku? Sudah pasti itu hanya gimik murahan. Perangai macam budak-budak. Sudahlah sang bongok! Usah dimerepekkan lagi suasana. Itu kalau tak silap Kor Ming yang ajar. Ape kome nak ikut telunjuk Komeng ker?

Tapi kalau dah nak mogok juga, janganlah 72 jam saja. Mogok la sampai PRU ke 13. Apa kome sudah pucatker. VCD Sidang DUN akan ditebarkan luasa-luas. Jadi masyarakat boleh tengok perangai sorang-sorang ADUN depa. Akan terserlahlah semuanya. Segala sikap dan perangai sekor-sekor.

Rakyat akan menilai dan rakyat akan mulai faham. Siapakah yang bercakap benar dan siapakah yang bercakap cam sial jerr....

Rakyat akan menolak PKR. Lihat saja di Penanti nanti. Rakyat akan tolak hangpa. Tengok sajalah!

(Sumbangan aspirasi bangsa)