Monday, May 18, 2009

HUJAH KETUA MUSLIMAT PAS TAK MATANG?

Hanya sedemikian sajalah daya pemikiran Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan! Menurutnya, fenomena amalan politik wang dalam Pas berpunca daripada ahli baru Pas. Ahli baru tersebut berasal daripada bekas ahli UMNO. Kenyataan beliau dipetik daripada Sinar Harian 18 Mei 2009.
Dengan hujah itu, teringat penulis kepada hujah yang diberikan oleh sebahagian ibubapa di mana anak-anak mereka terlibat dengan masalah gejala sosial --- "Anak saya ni baik, tapi dia jadi nakal macam ni sebab terpengaruh dengan kawan-kawan dia".
Ertinya, si ibubapa tadi tetap menafikan bahawa kenakalan anaknya itu bukan disebabkan tidak cukup didikan yang diberikan. Tetapi lebih meletakkan kesalahan di pihak orang lain.
Hah! Sama jugalah dengan daya fikir Wan Hasrina, gejala politik wang dalam Pas bukan disebabkan orang Pas berkenaan tidak cukup diberi tarbiyah, tetapi disebabkan oleh ahli baru Pas yang sebelumnya bekas ahli UMNO.
Menurut Sinar harian itu juga, Hasrina turut menyatakan bahawa gejala tersebut merupakan tuduhan oleh pihak yang mahu mencemarkan imej Pas yang sejak dahulu lagi dikenali sebagai sebuah parti politik yang bersih.
Beliau terlupa bahawa isu tersebut telah didedahkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Muhammad Daud Iraqi (Ustaz Mat Iraq). Apakah Hasrina mencurigai kredibiliti Ketua Dewan Ulamak partinya sendiri alias Ustaz Mat Iraq berbohong?
Apakah mungkin Ketua Dewan Ulamak Pas pembohong? Kalau dah Ketua Dewan Ulamak, salah satu sayap parti yang sangat disegani atas kapatisi keulamakannya, sayap-sayap yang lain mungkin lebih bobrok lagi?
Kalau ulamak sudah tidak diyakini, yang bukan ulamak macam Naib Presiden Husam dan Mat Sabu, Mahfuz Ketua Penerangan Pusat, Dr.Hassan Ali Pesuruhjaya Selangor lebih-lebih lagi turut dicurigai oleh Hasrina?
NGUPINGTRUS: Nak bagi tau kepada Wan Hasrina, pepatah orang tua kata, 'Seperti meludah kelangit, nantinya jatuh ke muka sendiri' atau 'paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih'. Insaflah Cik Wan oiii!

7 comments:

Pemuda Malaysia said...

hahaha...saya sokong abah..
suruh Ketua Muslimat PAS pegi belajar balik n cermin diri dulu sebelum letak kesalahan tersebut kepada orang lain..

HIDUP UMNO!!!

Tengku Hanafiah said...

Assalamualaikum pemuda,,,
beginilah kata kebanyakan org yg telah membaca sinar harian edisi 18Mei2009 yg diterbitkan semalam...saudara,,saya ingin jelaskan disini bahawa tak semestinya apa yang kita baca itu semua nya benar2 belaka,,bila berlaku nya sesuatu pernyataan yg agak menimbulkan kontroversi,,,ingin saya nasihat kan saudara agar selidik dan pastikan bahawa segala isi kandungan nya itu benar dan sahih...saya tahu yg saudara juga sangat "sensitif kpd apa yang dilihat dan didengar"..tp ingat,,pandangan mata kdg2 menipu diri kita..ingin juga saya cadangkan kepada saudara supaya melayari HarakahDaily.Net utk membaca apa sebenarnya yg ingin disampaikan oleh Ustazah Wan Hasrina sebenarnya...saudara adalah seorang blogger yg bijak,diharap agar saudara bijak mengeluarkan kata2 juga ya...

**wartawan yg mewawancara Ustazah Wan Hasrina masih tidak arif ttg soal tarbiyah...sbnrnya,,,soal 'tarbiyah' lah yg ingin Ustazah Wan sampaikan...kalau saudara masih lg tidak percaya,saya berharap agar saudara boleh pergi ke pejabat sinar harian dan bertemu wartawan itu sendiri...dan tanyakan dia soal tarbiyah...adakah dia sudah arif utk menulis mengenai soal itu??

Tengku Hanafiah said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20809&Itemid=1

Anonymous said...

Sdr.Tengku Hanafiah yang dihormati, terimakasih atas pandangan dan nasihat yang diutarakan.

the Avant-Garde said...

BETUL tu apa yg dikatakan oleh tengku hanafiah.ana SETUJU sgt.soal TARBIYAH lah yg ingin Ustazah Wan Hasrina sampaikn sbnrnya dlm SINAR HARIAN edisi 18 Mei 09 tu.wartawan sinar harian lah yg SALAH mentafsirkn isu ini.ini dpt dibuktikn dgn cara penulisan wartawan itu sendiri dgn cara Ustazah Wan menyampaikn setiap BUAH FIKIRAN beliau dlm program2 PAS sebelum ini.Ustazah Wan sentiasa menekankan soal tarbiyah tidak kira dlm apa jua keadaan.

Tengku Hanafiah,ana kagum dgn cara penulisan anta yg sgt teliti dgn setiap p'kataan yg dilontarkn walaupun blog anta b'bhs dlm bhs English tp anta masih dpt mengatur bhs Melayu dgn btul...

Anonymous said...

betol2 pe yg tengku hanafiah ckp tuh!

AJK Bahagian said...

Assalamualaikum wbt.
Tengku Hanafiah....

Nampaknya saudara taksub benar dengan harakah, cubalah buka minda... orang PAS pun bukalah minda. Nampak sangat kejumudan pemikiran orang PAS. Ingatlah bahawa PAS adlah parti politik dan tidak ada parti politik yang maksum begitu juga ddengan orang-orang PAS lebih-lebih lagi yang menggelar diri sendiri ulamak (sepatutnya diberikan oleh orang lain). Ingatlah Wali dan Ulamak itu suatu anugerah bukan ciptaan.

Bila bicara soal tarbiyah atau pendidikan ianya amat luas. Bermula dengan tarbiyah diri, keluarga, masyarakatatau puak dan ummah. Kalau diperingkat asaspun dah gagal janganlah tak tau menari katakan tanah tinggi rendah. Apatah lagi agaknya sejak dari kecil lagi orang PAS memang suka menyanyi lagu "Bangau oh Bangau". Bangau (warna putih) tak pernah menyalahkan diri sendiri.

Orang PAS sedarlah.... penjajah sangat merestu dan meluluskan pendaftaran parti PAS pada tahun 1955 (bukit PAS bukan parti islam) untuk merealisasikan rencana "pecah perintah" mereka.

Akhir sekali belajarlah.... satu ibu jari tunjuk keorang lain, empat jari kembali ke diri sendiri.

Wallahu 'allam.