Monday, May 25, 2009

"HEY! MAT LABU", KATA P.RAMLEE

AL-KISAH ----- Menulislah Sdr.Wan Nordin Wan Yaacob, jurutulis media elektronik Harakahdaily bertarikh 24 Mei 2009.

Menurut Nordin yang memetik Mat Sabu, Naib Presiden PAS sebagai berkata, "Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Keputusan kes rayuan siapa MB Perak yang sebenar antara Ir.Nizar dan Dr.Zambry minggu lalu telah mengesahkan bahawa Dr.Zambrylah yang sebenarnya sebagai MB Perak. Seharusnya ia sekaligus menghapuskan kekeliruan masyarakat terhadap isu tersebut.

Tetapi atas sifatnya Pakatan Pembangkang hanya akan mengiktiraf keputusan mahkamah jika sekiranya memihak kepada mereka dan tidak akan mengiktirafnya sampai ke lubang cacing sekiranya keputusan tidak menyebelahi mereka.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

Bagi penulis, Mat Sabu ni memang orang hebat sebagai penceramah yang banyak membawa cerita-cerita jenaka yang akan menyebabkan pendonton tak akan kering gusi sepanjang ceritanya. Tetapi dalam bab 'penghakiman', Mat Sabu ni bukanlah orang yang layak nak membuat ulasan, apatah lagi nak ulas secara ilmiah. Nak ulas mengikut cara 'lelucon' bolehlah!!

Menurut seorang kawan penulis, Mat Sbu ni orang serba tahu alias profesor serba tahu. Kalau cakap bab ekonomi, dialah orang yang lagaknya lebih hebat dari pakar ekonomi di universiti.

Bercakap tentang ilmu sains, dia juga orangnya. Demikian juga bercakap tentang angkasa lepas, dia lebih hebat dari Datuk Dr.Sheikh Muzaffar. Dia syarah tentang angkasa lepas, terasa seolah-olah Mat Sabu ni dah sampai ke angkasa lepas macam Sheikh Muzaffar!!

Itu hebatnya Mat Sabu, Naib Presiden Pas. Tetapi sebenarnya orang lupa, terutamanya orang Pas, bahawa Mat Sabu hanya seorang 'lelucon' yang berada di pentas yang hanya boleh melakukan apa saja lakunan yang menghiburkan.

Orang lupa bahawa dia bukan mengaji tinggi sangat! Itu pun mujur ada ITMyang telah turut menampung pelajar-pelajar Melayu yang dapat keputusan SPM kurang cemerlang untuk menyambung pelajaran.

Tulisan ini bukan untuk menghina beliau, tetapi untuk mengurangkan lagak 'lelucon'nya itu. Biarlah berpada-pada dalam memberi komentar. Perkara-perkara yang ada hubungkaitnya dengan 'perjuangan Pas' syarahlah dua hari dua malam pun. Tapi kalau perkara-perkara yang menyentuh bidang profesional, berilah orang lain yang mengulasnya.

Biarlah kita sedar siapa diri kita!!!!

NGUPINGTRUS : Semoga Mat Sabu akan tersangkut lagi dalam pemilihan Pas Pusat dalam bulan Jun nanti ------ adalah lagi penghibur dalam ceramah-ceramah.

1 comment:

AJK Bahagian said...

Tahniahlah.... untuk memberi kesedaran kepada Mat Sabu dan konco-konconya....

(1) Mat Sabu ni masa Anwar dalam BN, di kutuk habis-habisan terhadap Anwar....terutama kes liwat (rujuk kembali temubual Mat Sapu)

(2) Bila Anwar "berada sama waku dengannya" (terlepas sebab teknikal) mereka sudah menjadi kawan baik pula.....

Apakah jenis manusia orang seperti Mat Sabu ini.... Banyak-banyaklah bartaubat.... Banyak-banyaklah buat amal kebajikan... Umur makin senja.... jangan sampai muflis pahala.... nanti kena panah petir pulak.