Thursday, May 8, 2008

ISU KARPAL : HUSAM MEMANG LICIK

Pelik juga ya !!! Apabila ditanya oleh wartawan tentang isu kebiadaban YB Karpal Singh terhadap dua kenyataannya yang menyentuh dan mempertikaikan KDYMM Sultan Perak dan KDYMM SPBYDP Agong, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS menyatakan, "Saya tak perasan (berita) dalam surat khabar ..... dia (Karpal) tu orang istimewa".

Takkanlah Husam selaku yang disebut-sebut sebagai calon pengganti MB negeri Cik Siti Wan Kembang tu tak 'perasan' dengan isu Karpal tersebut. Benda-benda lain yang lebih kecil daripada maruah raja-raja Melayu pun beliau boleh perasaan dan beri komen berbisa. Atau Datuk pura-pura buat tak perasan dan tak dengar? Atau Datuk takut untuk beri komen kepada Pengerusi DAP tu. Maklumlah DAP sekarang sudah jadi teman tidur PAS khususnya dalam memerintah Perak. Kalau tidak kerana DAP, tak merasa pulak DS Nizar dari PAS jadi MB!!

Tapi jangan lupa Tuk, walau pun tak nak beri komen terhadap isu Karpal, kenyataan Tuk bahawa "..... dia (Karpal) tu orang istimewa" boleh memberi konotasi bahawa Karpal tu OKU. Samalah dengan sebutan .... "kanak-kanak istimewa" yang bererti 'kanak-kanak kurang upaya'.

SEBAB ITULAH KITA KENA NGUPING TERUS, JANGAN SAMPAI TAK PERASAN DENGAN APA YANG TERJADI DI SEKELILING KITA

No comments: