Thursday, April 24, 2008

ORANG PUNYA SEMUA TAK BETUL

Dalam blog ini Penulis suka merujuk kepada Harakahdaily.net (lidah rasmi PAS) bertarikh 22 April 2008 (Selasa) "BPR kepada Suruhanjaya, sekadar gincu untuk politik Pak Lah" yang ditulis oleh Sdr.Azamin Amin.


Apabila dibaca tulisan Azamin tersebut, dapat Penulis nilai bahawa perangai orang PAS atau penyokong PAS ni memang sering buruk sangka terhadap orang lain terutamanya kepada musuh politik mereka.


Belum apa-apa lagi, cerita BPR nak dijadikan sebagai sebuah Suruhanjaya oleh Kerajaan BN sudah dilabel bersifat kosmetik yang bertujuan untuk mencantikkan wajah politik PM.

Sepatutnya Azamin menukar corak pemikiran daripada buruk sangka melulu kepada doa dan harapan. Kita doalah bersama agar hasrat tersebut akan mengikut landasan betul dan baik.


Pembangkang selalu menyebutkan supaya BPR dijadikan sebuah Suruhanjaya agar dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih berintegriti. Maka Alhamdulillah, pintu hati Pak Lah terbuka untuk melaksanakan perkara tersebut. Itu juga berkat doa dan pandangan dari To-Tok Guru dalam PAS agaknya! Justeru itu, kita sambut sajalah dengan doa dan harapan yang baik.

Janganlah kerana saranan tersebut datangnya dari PM selaku pimpinan Kerajaan BN, maka terus dibangkang, dilabel dengan segala kejelekan dan dilihat hanya dengan ekor mata!


Demikian juga dengan pandangan Ketua Penerangan PAS yang dipetik oleh Azamin sebagai berkata bahawa cadangan untuk menambah bilangan anggota BPR kepada 5,000 orang hanya akan merugikan wang rakyat!

Kalau beginilah pemikiran Ketua Penerangan PAS tersebut, malanglah nasib pengundi yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena yang berfikiran dangkal, sempit dan sentiasa buruk sangka.


"Semua yang orang buat tak betul! Dia pun bukan cerdik sangat. Sekolah pun taklah tinggi mana", kata seorang teman yang turut membacakan petikan Harakahdaily tersebut.


"Marilah kita jadi warga negara yang tahu menghormati idea orang lain dan sering memberikan teguran membina". Tambahnya lagi.


INGIN NGUPING APA LAGI YANG AKAN DIKATAKAN OLEH POKOK SENA

1 comment:

Anonymous said...

Itulah prinsip dan dasar perjuangan PAS..... Apa saja yang menguntungkan politik PAS adalah baik adan halal.....

Tesco Kota Bharu: 2 Soalan Untuk Kerajaan Pas
Posted on Friday, January 25 @ 08:00:00 MYT by admin

Tok-Da writes "

Pada 3 Januari lalu dengan secara rasminya pasaraya Tesco dibuka di Kota Bharu, Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra. Difahamkan Tesco ini adalah yang terbesar di Malaysia. Penulis sempat menjenguk bangunan Tesco itu semasa pulang bercuti ke Kelantan hujung tahun lepas. Memang besar, dan penulis sendiri kagum bangunan itu dapat disiapkan cepat tidak sampai setahun. Ini sesuatu yang luar biasa di Kelantan.

Sebagai anak kelahiran Kelantan, penulis secara peribadi gembira dengan kehadiran pasaraya yang menjanjikan pelbagai pilihan barangan dengan harga murah itu. Pun begitu, penulis masih mempunyai beberapa pertanyaan.
Memandangkan dengan adanya pasaraya besar Tesco ini memungkinkan akan berkurangan pelanggan di kedai-kedai kecil yang kebanyakannya dimiliki oleh orang Melayu di Kota Bharu ini, apakah peranan dan langkah Kerajaan Negeri Kelantan untuk membendung kebimbangan ini?
Kita khuatir jika tidak ada langkah bijaksana diambil oleh Kerajaan Kelantan, kemungkinan peniaga-peniaga Melayu di sekitar kawasan Kota Bharu akan gulung tikar akan menjadi kenyataan.
Untuk pengetahuan semua, Kota Bharu mungkin satu-satunya bandar yang mana bidang perniagaannya dikuasai oleh orang Melayu. Sebahagiannya meniaga dengan modal yang kecil, tidak seperti mana peniaga-peniaga Cina di bandar-bandar besar di luar Kelantan, yang mempunyai dukungan yang kukuh untuk survival dalam persaingan dengan pasaraya besar.
Peniaga-peniaga Cina di bandar besar mempunyai rangkaian (networking) dan kesatuan yang kukuh sesama mereka dan dibantu dengan modal yang besar dibandingkan dengan peniaga Melayu di Kelantan.
Pertanyaan penulis seterusnya, bagaimana Kerajaan Pas Kelantan yang mendakwa Islamik itu boleh pula membenarkan Tesco beroperasi di negeri Serambi Mekah ini sedangkan Tesco disifatkan sebagai milik Yahudi dan menyokong Zionis Israel?
Difahamkan sekitar tahun 2000, akhbar The London Jewish News telah diedarkan secara percu-ma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ia merupakan akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk rejim Zionis di Israel.
Tesco diasaskan oleh Sir Jack Cohen yang berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen.
Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dolar.
Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England.
Pertanyaan-pertanyaan ini bukanlah bermakna penulis anti-Tesco, tetapi sekadar menempelak sikap pemimpin Pas sebelum ini.