"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen
377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan), saya tidak pertahankan. Ia undang- undang
zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya masuk penjara (sebelum ini)," kata Anwar Ibrahim di Taman Sri Kerayong, Kapar pada 22 Januari
2012.
Anwar terlupa bahawa beliau dipenjara 6 tahun adalah kerana kes rasuah.
Kenapa hendak menipu rakyat? Lima kes rasuah berikut telah menyebabkan Anwar
Ibrahim masuk ke penjara : 
| 
1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30
  petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta,
  Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota
  pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
  Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan
  Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang
  disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah
  berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah: 
a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan 
b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua
  Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut
  bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk
  kepada Pendakwa Raya; 
Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin
  bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat
  jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh
  dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970". | 
| 
2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997,
  di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam
  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran,
  iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah
  melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah: 
- mengarahkan Datuk
  Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan
  Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan
  bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan
  liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada
  sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan
  bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada
  Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu
  telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1)
  Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970". | 
| 
3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi
  Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah
  Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran,
  iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah
  melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah: 
- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah
  Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis
  Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum
  bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu
  dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding
  yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan
  kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu
  telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1)
  Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970". | 
| 
4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos
  1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara,
  di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota
  pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
  Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah: 
- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah
  Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis
  Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali
  bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan
  melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat
  jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis
  bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan,
  dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum
  di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970". | 
| 
5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di
  kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam
  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran,
  iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah
  melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin
  Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan
  Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi
  kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang
  dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang
  tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali
  memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti
  yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan
  yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu)
  Darurat, 1970". 
Apakah Anwar sudah lupa dengan semua
  lima pertuduhan ini? Rakyat perlu sedar bahawa Anwar adalah bekas banduan
  yang dipenjarakan kerana kesalahan rasuah.  | 

 





