Tuesday, September 25, 2012

ANWAR TIDAK DIPENJARA KERANA KES LIWAT, TAPI KES RASUAH





"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan), saya tidak pertahankan. Ia undang- undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya masuk penjara (sebelum ini)," kata Anwar Ibrahim di Taman Sri Kerayong, Kapar pada 22 Januari 2012.

Anwar terlupa bahawa beliau dipenjara 6 tahun adalah kerana kes rasuah. Kenapa hendak menipu rakyat? Lima kes rasuah berikut telah menyebabkan Anwar Ibrahim masuk ke penjara : 

1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan
b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;
Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

Apakah Anwar sudah lupa dengan semua lima pertuduhan ini? Rakyat perlu sedar bahawa Anwar adalah bekas banduan yang dipenjarakan kerana kesalahan rasuah. 

1 comment:

Unknown said...

tak spesifik pun...contohnya kamu merasuah Rm2.5 juta yang telah dimasukkan dalam akaun maybank pada tarikh sekian2....kamu telah memberi tanah seluas 2hektar di kawasan cheras ditukar nama pada tarikh sekian2


kalu setakat xspesifik xcukup bukti lah...cuma kat malaysia aje yg boleh dakwa