Dalam Surat Khabar Mingguan Malaysia hari ini 6 September 2009, di halaman 19 memuatkan berita bertajuk "MIC lapor polis terhadap Khir Toyo".
Ketua Biro Sosial Pemuda MIC, S.Subramaniam telah membuat satu laporan Polis di IPD Sentul kerana mendakwa Khir telah menyentuh sensiviti kaum India dalam isu Kuil di Seksyen 23 Shah Alam.
Dalam sebuah portal berita, Khir mengibaratkan tindakan kerajaan negeri Selangor dalam isu berkenaan seperti 'seekor lembu'.
Membaca berita tersebut, Penulis rasa nak tergelak sendiri terhadap dakwaan Subra tersebut. 'Seperti seekor lembu' itu merupakan peribahasa Melayu yang mambawa erti 'bodoh'. Ia tidak ada kena mengena dengan maksud menyentuh sensitiviti kaum India.
Takkanlah menggunakan perkataan 'lembu' itu sudah menyebabkan rakan-rakan kaum India rasa terhina. Ia tidak langsung bermaksud menghina, tetapi memang binatang itu namanya 'lembu' dan orang Melayu di Malaysia menyebutkan demikian. Lain pula dengan masyarakat Indonesia, lembu itu disebut 'sapi', tetapi maksudnya sama. Dan binatangnya juga sama.
Kalau demikianlah sikapnya, apakah nanti akan sampai satu masa di mana Subra akan buat satu lagi laporan polis, mendakwa orang Islam menyembelih lembu alias sapi untuk tujuan korban atau kenduri kendara, bermaksud juga menyentuh sensitiviti kaum India?
NGUPINGTRUS: tak usahlah Subra cuba-cuba untuk mencari publisiti dengan merekayasa isu yang sebenarnya ia bukan isu. Jangan sengaja diperbesarkan perkara seumpama itu.
No comments:
Post a Comment