Thursday, September 25, 2008

TERESA WANITA ANGKUH !

Aneh juga ya! Dalam isu makanan yang diberikan kepada Teresa semasa ditahanan ISA, Teresa menuduh akhbar Utusan yang salah melaporkan kenyataannya di Sidang Media sebaik saja beliau dibebaskan. Dia kata, dia tak kata pun makanan tu teruk, mungkin sama dengan makanan anjing. Yang dia kata ialah, makanan tu lebih baik sikit dari makanan anjing.
Ding-dong, ding-dong, setelah beberapa hari berpolemik, akhirnya semalam (24 September) MP Seputih yang juga ADUN Kinrara tersebut telah mengaku kesalahannya dalam kenyataan di Sidang Media pertama. Ertinya, beliau bersetuju bahawa beliau telah mengatakan makanan tu teruk, mungkin sama dengan makanan anjing. Beliau mengalah setelah dibuktikan dengan rakaman video kenyataannya. Kalaulah rakaman video tu tak ada, mungkin sampai kiamat pun Teresa tak mengaku salah.
Namun demikian, setelah diajukan oleh wartawan bahawa beliau mungkin akan disaman oleh akhbar Utusan atas dakwaan 'biadapnya',Teresa dipetik sebagai berkata bahawa beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. "Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?, " katanya.
Hmm alahai Teresa!! Soalnya bukan takut atau berani berdepan dengan saman dari Utusan tu. Berapa pun yang disaman, Teresa mungkin boleh bayar. Tapi yang pentingnya adalah akhlak selaku manusia waras. Apatah lagi selaku pemimpin masyarakat. Apalah susah sangat untuk memohon maaf. Hanya enam patah kata saja. "Saya mohon maaf dengan Utusan Malaysia". Itu saja. Tak perlulah angkuh dan bongkak dengan mendakwa tak takut dengan saman kerana pernah ditahan ISA!
Teresa merasakan setelah ditahan ISA, beliau sudah kebal dari segalanya. Tak takut apa-apa lagi atas dunia ini. Boleh buat apa saja. Boleh tuduh orang. Boleh tipu orang. Maklumlah, dah pernah ditahan ISA.
Tak usahlah angkuh dan bongkak Teresa oiii !! Ditahan ISA selama seminggu itu pun dah nak menggelupur. Nak mengingatkan menu makan pun dah tersasul-sasul.
Kalau rasa hebat dan nak cuba dengan ISA lebih lama lagi, buatlah dakwaan tentang perkara-perkara yang boleh ditafsirkan mengganggu ketenteraman negara. Isu agama misalnya! Nak tahu langit ni tinggi atau rendah!
Orang angkuh dan bongkak macam Teresa ni hanya boleh diajar oleh orang Seputih dan orang Kinrara. Bila? Dalam PRU 13 nanti.
NGUPINGTRUS : Mungkin ada jejaka yang berminat untuk menyunting Teresa, berfikir sepuluh kali. Takut, garang sangat!

Wednesday, September 24, 2008

AKHIRNYA TERESA MENGAKU SALAH

Akhirnya YB Teresa Kok mengaku beliau telah melakukan kesalahan dalam isu 'makanan semasa dalam tahanan di Balai Polis'.
Setelah diasak oleh wartawan bahawa kata-katanya yang berbeza dalam dua Sidang Media ..... yang pertama ".... mungkin macam makanan anjing", dan kedua "...... lebih baik dari makanan anjing" dengan merujuk kepada rakaman video kenyataannya yang pertama, akhirnya Teresa mengaku. Alasannya mudah saja, beliau kepenatan.
(Sumber mutakhir berita: Agendadaily)
Bagi saya, Teresa tidak cukup membuat pengakuan bersalah atau tersilap. Tetapi Teresa mesti menarik balik dakwaan yang dianggap 'biadap' dan diikuti dengan mohon maaf kepada Kementerian Dalam Negeri (Kerajaan Malaysia).
Teresa, selaku orang politik (MP dan Exco) yang 'out spoken' harus berfikir lebih matang sesuai dengan usia yang sudah menjangkau 44 tahun sebelum mengeluarkan kata-kata. Teresa juga orang berpendidikan. Ijazah Pertama dalam bidang Komunikasi dari USM dan Ijazah Kedua dalam bidang Sains Politik dari UM. Bercakaplah laksana orang yang berpendidikan tinggi. Jangan asal keluar saja dari lidah yang tidak bertulang, atau hentam keromo saja.
Fikirkan kesan dari apa yang dicakapkan kepada maruah negara dan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. Lainlah kalau di hati Teresa tidak ada rasa bahawa maruah negara Malaysia adalah juga menjadi tanggungjawab beliau?
Saya rasa, Teresa akan lebih dihormati kalau sebaik saja beliau dibebaskan dari tahanan tersebut dan menyarankan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya menyemak balik kadar kos makanan yang diberikan kepada para tahanan di lokap.
Sebagai pengajaran kepada YB Teresa Kok, ingatlah kepada pepatah Melayu :
"Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak cakap, buruk padahnya".
NGUPINGTRUS: Mungkin Teresa akan lebih matang apabila telah mendapat pasangan hidup.

PANTUN BUAT TERESA

Pelik juga ya! Cakap pada 19 September: “I can tell the food is worst……errrr….maybe similar to dog food”; tapi pada 22 September: “slightly better than dog food” .
Itulah petikan kata-kata YB Ahli Parlimen Seputih merangkap Exco Kerajaan Selangor dalam dua sidang akhbar di dua tarikh yang berbeza. Sidang pertama diungkapkan sebaik saja beliau dibebaskan pada 19 September daripada siasatan pihak Polis di bawah ISA. Dalam sidang tersebut yang turut dihadiri Penasihat DAP, kedua ibubapa Teresa dan beberapa kepimpinan DAP. Sebaik saja ungkapan: “I can tell the food is worst……errrr….maybe similar to dog food”, ia disambut dengan tepukan oleh penyokong Teresa yang hadir.
Ekoran dari itu, berbagai respon daripada berbagai lapisan masyarakat, termasuk ahli politik, akademik, pemimpin NGO, pelajar, dan orang awam yang rata-rata 'marah' dengan kenyataan ahli Parlimen DAP tersebut.
Timbalan Menteri di JPM T.Murugiah yang antara lain tugasnya adalah bertanggungjawab tentang sebarang aduan awam termasuklah aduan Si Teresa ini telah membuat kenyataan bahawa tuduhan Teresa amat serius yang boleh menjejas kredibiliti Kerajaan. Namun beliau berjanji akan menyiasat dan akan bertemu Teresa sendiri untuk mendapat maklumat sebenar dakwaan tersebut.
Maka diadakan satu lagi Sidang Media pada 22 September lalu yang turut dihadiri T.Murugiah. Kelakarnya pada kali ini Teresa cakap agak berbeza dengan sebelumnya: slightly better than dog food” .
Dua kenyataan ini sangat jelas membawa pengertian yang berbeza. Yang pertama bermaksud, mungkin sama dengan makanan anjing, dan yang kedua, lebih baik sedikit dari makanan anjing.
Tetapi Teresa menafikan ungkapan pertama beliau dan menyalahkan pihak Utusan Malaysia yang dituduh melaporkan apa yang tidak diucapkan. Utusan didakwa sebagai ingin merosakkan nama baiknya.
Bagi saya, sikap Teresa sebegini adalah 'tidak cukup ajar' atau dalam erti kata lain 'kurang ajar'. Beliau dengan sewenang-wenangnya menuduh orang lain yang salah atas tindakannya yang 'kurang ajar' tadi. Selaku seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri, beliau semestinya lebih matang dalam mengeluarkan kata-kata terhadap sesuatu perkara, apatah lagi kata-kata tersebut merupakan fitnah semata-mata.
Mungkin Teresa boleh tuduh wartawan Utusan Malaysia yang melaporkan tersilap tulis, tapi rakaman siaran TV yang turut merakam ungkapan beliau tak mungkin tersilap.
Saya tak faham, macamana masyarakat di Seputih dan Kinrara menilai dan memilih orang seperti Teresa untuk dijadikan MP dan ADUN. Pembohong! Teresa mungkin boleh nak berbohong kepada satu-dua orang saja. Tapi kes ini, beliau berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia. Malah mungkin ke seantero dunia!
Kalaulah perkara sebegitu beliau 'gila' nak meraih populariti dalam berpolitik, bukan mustahil mungkin banyak perkara lain yang beliau telah, sedang dan akan berbohong! Selaku pembangkang, Teresa boleh bangkang perkara-perkara dasar yang mungkin tidak sependapat dengan partinya, tetapi akuilah kalau memang ia satu kebenaran.
Mungkin dalam PRU 12 dulu tersilap nilai, tetapi PRU ke 13 akan datang pilihlah orang lain yang lebih baik dari beliau. Sekurang-kurangnya dalam hal 'berbohong'.
Dalam hal ini, saya ingin hadiahkan sekalung pantun kepada YB Teresa :
"Siakap, senohong, gelama, ikan terubok,
Bercakap bohong jadi macam Teresa Kok".
Ngupingtrus: Terlalu sakit hati

Thursday, September 18, 2008

CAWAN PAS BERKOCAK?

Pelik juga ya! Selama ni saya ingatkan parti politik yang berasaskan Islam, disegani oleh kawan dan lawan, dalam dan luar negeri .... sentiasa tenang dan aman. Bukan apa, apabila saya melihat kepada saf kepimpinan yang terdiri dari orang hebat-hebat sama ada yang berlatarbelakangkan pendidikan agama ataupun akademik. Memang tidak dinafikan lagi, siapa yang tak tahu kehebatan TG Datuk Seri Haji Hadi Awang, TG Datuk Nik Aziz, Datuk Harun Din, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Hj.Mat Sabu, Mahfuz, dan banyak lagi baik di peringkat pusat dan juga negeri. Semuanya memiliki kelebihan dalam bidang ilmu dan kepetahan dalam berpidato.
Tapi, apabila saya terbaca blog antihusam.blogspot.com, saya rasa terkesima. Termenung memikirkannya. "Dalam parti Islam juga ada berbalah. Tidakkah mereka sering bercakap dengan merujuk ayat Quran, Hadis Nabi. Saya ingatkan dalam UMNO saja yang berbalah seperti mana yang umum ketahui. Mereka juga sering hebohkan dalam ceramah-ceramah yang saya dengar." hati saya berkata-kata.
Dalam blog tersebut tercatat tajuk-tajuk yang menarik untuk dibaca dan memang terasa ingin tahu .... Deklarasi Dubai, Hatta Ramli Kurang Ajar, "Aku Engkau" Dengan Tuan Guru, Jawapan Kepada Khalid Samad, Dato' KJ Minta Talian Hayat, Apa Dah Jadi Dengan Tuan Guru Nik Aziz?, Husam Tidak Ada Adab Berjemaah, dan Husam Jangka PAS Pecah. Hanya itu yang sempat saya baca.
Memang saya telah membaca semua tulisan dan komen-komen dalam blog tersebut dengan penuh minat. Bagi saya menilai bahawa orang yang menulis dalam blog tersebut adalah orang PAS sendiri. Tak mungkin orang luar PAS, kerana maklumat-maklumat yang disebutkan satu persatu menggambarkan bahawa dia tahu sungguh cerita dalam 'kelambu PAS' seumpama Peristiwa dalam Muktamar di Ipoh baru-baru ini. Si Penulis manyatakan kronologi maklumat yang dilihat atau didengar.
Mungkin bagi yang minat untuk membacanya, boleh melayari blog tersebut. Hanya secara peribadi, saya dapat simpulkan buat sementara ini bahawa PAS sedang bergolak, dan pergolakan tersebut adalah di antara kepimpinan yang taksub kepada Anwar dengan pemimpin yang 'biasa-biasa saja' dengan Anwar.
Hal tersebut diperkukuhkan lagi dengan sidang media yang dibuat oleh Dato' Mustapha Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang tidak meyakini bahawa Anwar boleh menjatuhkan Kerajaan BN pada 16 September lalu. Mustapha tetap dengan pendiriannya bahawa pada tarikh itu tak mungkin BN tumbang. Namun demikian kumpulan-kumpulan Taksub Anwar (disebut juga Kumpulan Erdogan) mati-matian percaya dengan tarikh keramat tersebut. Yang jelas, round pertama ini, Mustapha yang menang. Sebab itulah kumpulan Erdogan terlalu marah dengan Mustapha. Malah Mustapha diberikan peringatan oleh Nik Aziz dalam satu suratnya yang tidak dibenarkan disiarkan dalam Harakah. Walaupun menurut penulis blog Antihusam mangandaikan bahawa surat tersebut tidak 'genuine' dari Nik Aziz, dan orang yang disebut-sebut dalang kepada isi surat tersebut adalah Husam sendiri.
Mungkin itu jugalah Haji Hadi pernah membuat komentar dalam sidang media semasa Muktamar PAS di Ipoh tentang politik 'Mat Jenin'. Pada waktu itu tidak terfikir bahawa ungkapan Mat Jenin itu mungkin sindiran kepada Anwar. Belum apa-apa lagi (waktu itu belum selesai PRK Permatang Pauh) sudah menyatakan akan menjatuhkan BN pada 16 September secara penuh yakin dan meyakin para pengikut dan penyokong. Termasuklah kumpulan Erdogan. Barisan Kabinetnya pun sudah ada. Lim Kit Siang disebut-sebut sebagai TPM.
Marahlah orang PAS. Bagaimana mungkin Anwar jadi PM dan Kit Siang TPM sedang Anwar jelas-jelas tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh PAS. Apatah lagi Kit Siang. DAP sampai kiamat pun tidak akan bersetuju dengan kemahuan PAS. Malah ada suara-suara dalam PAS membandingkan di antara MCA, MIC, dan Gerakan yang tidak menyelar pelaksanaan Islam seperti yang dilakukan oleh DAP.
Namun bagi Haji Hadi menyatakan bahawa tak kira siapa yang akan jadi PM. Tetapi yang penting Islam wajiblah dijadikan dasar pemerintahan. Apa guna BN jatuh dan diganti dengan Pakatan Rakyat, sedangkan Islam diabaikan.
Hal inilah yang mungkin jadi pemisah di antara pemimpin PAS yang meletakkan Islam terlebih dahulu dan Politik hanya sebagai alat dengan kumpulan Erdogan.
Bagi kumpulan Erdogan, yang penting adalah Anwar naik jadi PM !
Kalau cawan PAS terus berkocak sebegini, tidak mustahil PRU-13, Kerajaan PR di negeri-negeri tertentu akan jatuh dan kembali diperintah oleh BN. PAS akan berdiri dengan sendiri, dan hanya PKR dan DAP sahaja yang berpakat. Tidak ada lagi jentera 'super' dari kalangan orang PAS. Maka rakyat akan menilai bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat lebih teruk daripada BN.

Wednesday, September 17, 2008

APA DAH JADI ?

Pelik sungguh ye! Orang ramai sudah dijemput sekampung, orang luar juga dah tahu, kerbau sudah diikat, tukang sembelih sudah datang, pisau sudah diasah tajam, rempah ratus sudah disiapkan, kayu api sudah bersusun, kawah belanga dan pinggan mangkuk sudah tersusun di sabak, saudara mara jauh dan dekat dah berkumpul dengan wajah yang sangat ceria!! Maklumlah nak meraikan hari keramat. Hari yang sangat dinanti-nantikan. Hari yang akan tersemat dilipatan sejarah seumur hidup. Dah tak sabar rasanya.
Hari ini baru 15 haribulan. Besok 16 haribulan. Itulah harinya!!
Hari ini, 16 haribulan. Pagi-pagi lagi saudara mara dah bersiap dengan pakaian istimewa. yang lelaki dengan sepasang Melayu complete. Yang perempuan pula siap berbaju kurung dengan selendang beropol. Maklumlah! hari ini adalah d-day. Hebat!
Tapi belum sempat melangkah turun untuk berarak, Tok Ketua kata, majlis kenduri tak jadi pada hari ini. Ia akan ditunda ke tarikh lain.
"Bila tarikh lain tu Tok?" tanya saudara mara di kiri kanan.
"Errrrrrr, emmmm, errrrr, emmmm", keloh Tok Ketua yang masih belum ada madah untuk berhelah.
"Apa dah jadi Tok. Jadi ke tak hari ni? Dulu Tok kata 16 haribulan. Hari ni kan ke 16 haribulan. Takkan tak jadi hari ni. Kita dah tunggu lama dah. Kalau tak jadi hari ni, bila pulak akan jadinya?", soal seorang ahli keluarga bertubi-tubi.
"Errrrrrr, sebenarnya bukan tak jadi. Jadi tetap jadi. Cuma kita tangguhkan ke hari lain", jawab Tok Ketua dengan confident.
"Yelah, malam tadi dan hari-hari sebelumnya kan ke Tok kata yakin, 16 haribulan ni jadi. Tak ada langsung nada cakap Tok yang membayangkan 16 haribulan ni tak jadi. Kami bukan apa Tok, semua orang dah tau. Bukan saja orang kampung dah tau, orang bandar pun tau. Bukan saja orang dalam negeri tau, orang luar negeri juga tau. Malu kita Tok. Kami malu. Kami ada maruah. Tok mungkin tak tau malu Tok juga mungkin tak ada maruah." Sinis beberapa ahli keluarga lain.
"Perhatian! Perhatian! Perhatian!" Laung seorang anak muda yang mengejutkan. "Kita dengan ini". Sambungnya lagi sambil tangannya pantas memutar cd lagi Tan Seri SM Salim yang diubahsuai liriknya.
"Apa dah jadi,
apa dah jadi,
16 haribulan tak jadi lagi,
apa dah jadiiiiiiiiiiiiiiii!"
Masing-masing saling berpandangan mendengarkan lirik lagu Tan Seri SM Salim tersebut.
Tapi hebatnya Tok Ketua, dia hanya sengeh saja macam kerang busuk. Buat muka sadin. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Catatan: Tirai pun ditutup.
Pengacara mengumumkan Cerita 16 September tamat sambil memberikan sedikit ulasan supaya para penonton tidak mudah terpukau dengan seseorang yang bijak bermain dengan kata-kata.