Sunday, September 6, 2009

KHIDMAT KPN SAMBUNG SETAHUN LAGI





"Sehebat mana manusia merancang, seramai mana manusia mengatakan tidak, tetapi kalau Allah Taala mengatakan Ya!, maka ketentuan Allah itulah menjadi realiti".



Demikianlah halnya dengan penyambungan kontrak Tan Seri Musa bin Tan Seri Hassan, selaku Ketua Polis Negara untuk setahun lagi. Ia bererti perkhidmatan KPN yang sangat 'dicemburui' oleh pihak-pihak tertentu itu akan tamat pada 12 September 2010.



Pembangkang, khususnya Mahfuz Omar Naib Presiden Pas seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar meminta KDYM YDP Agong supaya menolak cadangan kerajaan untuk menyambungkan kontrak Musa.



Demikian juga dengan Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan, turut meminta supaya Musa tidak sambung kontraknya.



Penulis tak berapa faham sungguh puak-puak ni!!! Segala benda atas dunia ni dia orang semua nak masuk campur, sehinggakan tugas Agong pun nak campur. Secara tak langsung dia orang menafikan kebijaksanaan YDP Agong, sehingga salah membuat perhitungan dalam urusan penyambungan kontrak Musa.



Untuk orang macam mahfuz dan Shamsul Iskandar ni, lebih baiklah jaga politik masing-masing saja. Perkara yang besar-besar, biarlah diuruskan oleh orang cerdik pandai dan bijaksana. Tak payahlah ikut campur. Tak taraf dengan daya pemikiran 'hangpa'.


Apa lagi kalau Mahfuz bercita-cita nak jadi KPN. Kelayakan akademik tak cukup!! Si Shamsul Iskandar lagilah tak layak nak jadi KPN. Boroi!!!!! Nak berlari pun tak larat. Tengoklah cermin sikit.



NGUPINGTRUS: Kekadang sangat meluat! Meluat! dan Meluat!

No comments: