Sunday, September 6, 2009

AKHIRNYA JACKO DISEMADIKAN

Setelah lebih dua bulan meninggalkan alam maya ini, akhirnya Michael Jackson, Raja Pop tersohor akhirnya disemadikan di Forest Lawn Memorial Park, tempat bersemadinya kebanyakan lagenda Hollywood.

Pengebumiannya diratapi oleh ahli keluarga, rakan taulan, dan juga para peminat. Ketiga-tiga anak bersama keluarga Jacko turut hadir dengan pakaian serba hitam.

Jacko memang seorang lagenda dalam bidang seni suara. Kehebatannya bukan sahaja dari segi suara, malah gerakan badannya sewaktu menyampaikan sesuatu lagu yang lebih memukau. Pergerakannya seperti ulat, sesuai dengan rentak lagu yang dinyanyikan.

Penulis bukan berhasrat mengagung-agungkan perkara tersebut, tetapi melalui maklumat yang pernah dibaca, jacko dapat melakukan pergerakan tarian yang memukau itu kerana melakukan latihan selama lebih kurang lapan jam dalam sehari. Ia gigih berlatih. Itu yang seharusnya ambil iktibar dan teladan!

Apabila ditanya oleh kawan-kawan, benarkah Jacko memeluk Islam? Kalau dia Islam kenapa mengambil masa lebih dua bulan baru dikebumikan? mengapa pula sewaktu hendak dikebumikan didendangkan dengan lagu gereja His eye is on the sparrow oleh penyanyi Gladys Knight dan Clifto Davis pula menyanyikan lagu Never can saya good bye?

Bagi Penulis, tak mampu untuk memberikan apa-apa hukum, kerana yang melakukan semua itu adalah orang-orang yang masih hidup. Tidak dilakukan oleh Jacko!

NGUPINGTRUS: Dalam hati kecil penulis menjawab, kalau nak tau dia nanti masuk syurga atau neraka, tanyalah Menteri Besar kelantan.

No comments: