Mulanya Penulis tak berapa nak hirau tentang isu pemindahan kuil hindu dari Seksyen 19 Shah Alam ke Seksyen 23. Dalam hati kecil Penulis, mestilah Menteri Besar Selangor yang bijak pandai akan dapat menyelesaikannya dengan sebaik mungkin, tanpa menyinggung mana-mana pihak.
Tetapi nampaknya isu tersebut semakin berlarutan, sehinggalah selepas solat Jumaat 28 Ogos lalu penduduk Seksyen 23 telah berarak ke Bangunan SUK Selangor sebagai protes terhadap isu berkenaan yang tidak dapat diselesaikan oleh MB dengan bijaksana. Perarakan tersebut sebenarnya bukanlah jadi isu besar sangat. Berarak lebih ramai dari itupun sering dilakukan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang. Namun yang menjadi isu besar adalah 'kepala lembu' yang dibawa dan diletakkan di depan pintu pagar bangunan SUK yang mengapungkan isu itu menjadi hangat.
Pendapat sebahagian masyarakat, lebih-lebih lagi penganut beragama Hindu menganggap bahawa 'kepala lembu' yang dibawa itu sebagai tanda 'penghinaan' kepada masyarakat beragama hindu, kerana hindu menilai bahawa lembu adalah binatang yang dimuliakan dalam ajaran agama mereka.
Dengan insiden itu, maka banyaklah andaian-andaian dibuat. Bagi MB sendiri menyatakan bahawa isu kuil jadi besar kerana didalangi oleh UMNO. Demikian juga Khalid Samad, MP Shah Alam. Bagi mereka, UMNOlah yang menghasut masyarakat supaya marah terhadap keputusan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor. Menurutnya, tidak ada ahli PKR dan PAS yang terlibat.
Betul atau tidak dakwaan tersebut, kita tunggulah siasatan dari pihak Polis!
Bagi Penulis, isu kuil ini boleh diselesaikan dengan sangat hikmah sekiranya MB bertindak bijak dan tidak begitu 'tunduk' kepada YB Xavier, exco yang bertanggungjawab mencadangkan pemindahan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Protes penduduk di Seksyen 23 itu pun ada rasionalnya. Mereka ada hak untuk protes.
Penulis setuju dengan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS, beliau menyarakan MB Selangor merujuk isu pemindahan kuil tersebut kepada Mufti Selangor. Minta nasihat Mufti, dia lebih faham tentang agama. MB tak berapa faham. Dia bukan mengaji bidang agama.
Seperkara yang pelik lagi adalah, Exco Agama, Dr.Hassan Ali daripada PAS tak berbunyi apa-apa. Diam menyepi. Bantulah MB tu selesaikan masalah. Atau dia pun suka MB tak mampu selesaikan masalah, sebagai petanda lemahnya MB. Manalah tau nanti pemimpin nombor satu Pakatan Pembangkang, DSAI buat keputusan supaya Khalid digantikan dengan orang lain sebagai MB Selangor. Dan orang itu yang ada potensi adalah Dr.Hassan. Manalah tau! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
NGUPINGTRUS : Untuk ajar MB Selangor dan Pakatan Pembangkang di Selangor ni mudah je. Tunggu PRU-13 nanti.
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam bro,
MB Khalid dan Hassan Ali kena ambil nasihat dari Terresa Kok dengan Lim Kit Sing dulu baru boleh buat keputusan..
Assalamualaikum wbt.
Khalid, Hassan Ali dan semua ExCOWs apalah sangat....
Ini yang jadi MB... N. Ajis.... di Kelantan turut sama merapu....
Mari Kongsi yang berikut....
http://www.isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3013#35080
Post a Comment