Thursday, October 23, 2008

TELUNJUK LURUS, KELINGKING JANGAN MENGAIT -2


[Sambungan daripada 'Telunjuk lurus, kelingking jangan mengait - 1 ]


Merujuk kepada teks ucapan Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Wanita Gerakan Kebangsaan pada 10.10.08 :


Perenggan 5:


"...... Isu korupsi, penyalahgunaan kuasa, tuntutan kaum minoriti, jenayah kekerasan melibatkan kanak-kanak dan wanita, kenaikan harga barang keperluan harian rentetan kenaikan harga minyak, kredibiliti institusi kehakiman yang terjejas, krisis ekonomi global yang melanda dan banyak lagi isu yang memerlukan perhatian segera yang serius daripada kita, terus diabaikan atas persengketaan sesama kita, dan ketamakan mengaut dan merompak harta negara. Natijahnya, ekonomi dan suasana politik negara terus terjejas dan rakyat terus menjadi mangsa dan suasana semakin tegang."


Komentar 4:


Sebagai seorang Timbalan Menteri, Tan tidak sewajarnya mengeluarkan kata-kata seperti di atas. Tidakkah beliau sendiri mengetahui betapa Kerajaan BN yang diketuai oleh Pak Lah berhempas pulas untuk membanteras korupsi, penyalahgunaan kuasa, memenuhi tuntutan kaum minoriti, berusaha menangani jenayah kekerasan melibatkan kanak-kanak dan wanita dan sebagainya lagi. Itu Tan tau! Kenapa Tan tanpa segan silu mengungkapkan "terus diabaikan atas persengketaan sesama kita"? Adakah Tan tidak terlibat dengan usaha hempas pulas oleh barisan kabinet sekarang termasuk kementerian yang beliau sendiri selaku Timbalan Menterinya?


Demikian juga dengan ungkapan 'ketamakan mengaut dan merompak harta negara'. Siapa sebenarnya yang merompak harta negara? Umno ke? MCA ke? MIC ke? Gerakan ke? atau siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Tan. Kalau ada individu tertentu, itu bukan atas nama parti. Itu individu. Kalau Tan memang sudah cukup bukti, lapor saja kepada Polis atau BPR. Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan Murut atau sebagainya.


Tetapi bagi Penulis, ungkapan itu tidak seharusnya keluar dari pemimpin parti Komponen BN. Cakap-cakap 'perompak harta negara' itu adalah kata-kata yang sering didendangkan oleh Pembangkang. Mungkin Tan hanya sebagai penyambung lidah pembangkang?


Selaku Timbalan Menteri Penerangan, Tan seharusnya mampu menjelaskan kepada anak buahnya dalam Wanita Gerakan, apa yang sedang dilakukan oleh BN sekarang. Kalau beliau tidak mampu melakukan itu, rasanyaTan lebih baik berundur diri secara terhormat dari Kementerian Penerangan dan serahkan kepada orang yang lebih mampu dan lebih credible.


Perenggan 7:


"Kita lupa atau sengaja lupa bahawa hari semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum adalah Abnak Malaysia dan Rakyat Malaysia. Kita bukan penumpang. Asal usul kita sama. Orang Melayu datang dari Kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari Negara Cina. Orang India dari Negara India. Kalau tak tahu sejarah, jangan bercakap tentang sejarah. Orang Asli, orang pribumi ialah anak sejati negara ini. Tetapi malangnya, mereka masih terpinggir dan masih jauh dalam arus pembangunan negara."


Komentar 5:


Tan Lian Hoe tidak pernah menulis buku sejarah atau dijadikan pakar rujukan sejarah Tanah Melayu atau Melaysia. Dia tidak sepertimana Prof. Emiritus Tan Sri Kho0 Kay Kim. Ertinya, Tan Sri Khoo lebih arif tentang sejarah Tanah Melayu dan Malaysia berbanding Tan.


Tidak ada mana-mana pakar sejarah yang pernah membuat kenyataannya sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan bahawa negara ini (nama asalnya) disebut sebagai Tanah Cina, atau Tanah India, atau Tanah Bersama Melayu-Cina-India. Semuanya menyebut 'Tanah Melayu'. Adapun orang Asli adalah tergolong dalam etnik Melayu. Sebab itu sejarah purba menyebutkan adanya Proto Malay, Deutro Malay. Di mana orang Asli adalah termasuk suku kaum Melayu atau orang Melayu. Takkan itu pun Tan tak tau. Penulis dulu belajar masa Tingkatan 1 pada tahun 1971.


Persoalannya adalah, pemimpin Umno (tidak termasuk atas sifat individu), tidak menimbulkan atau mengungkit-ungkit isu pendatang atau penduduk asal, tetapi tumpuan banyak diberikan kepada semangat perpaduan. Bagaimana Melayu, Cina dan India dan lain-lain suku kaum hidup bersatu padu dan berusaha untuk memajukan negara.


Cerita seperti yang disuarakan oleh Tan itu sudah tidak timbul. Kalau pun ada, itu hanya suara picisan saja. Sebab itu sewaktu mula untuk merdeka dulu pemimpin Melayu sudah sepakat dengan pemimpin Cina dan pemimpin India, bagaimana pembentukan kerjasama antara tiga suku kaum yang terbesar sebagai mewakili kaum masing-masing untuk mencapai kemerdekaan dari pihak Inggeris. Dan itulah benda yang disebut sebagai 'Sosial Kontrak'.
Kaum 'pendatang' pada waktu itu (mungkin 5 atau 6 keturunan sebelum Tan) diberikan kerakyatan secara automatik bermula pada 31 Ogos 1957. Dan orang Melayu dijamin tidak kehilangan hak mereka di bumi Tanah Melayu ini, termasuklah Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam, dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Orang Melayu tidak mengambil apa-apa dari Cina dan India. Mereka tidak hilang apa-apa pun. Melayu hanya ingin menentukan hak mereka terjaga. Itu saja. Dan itulah sejarahnya!


Sememangnya orang Cina dan India di Malaysia berasal dari kaum pendatang dari Negara Cina dan India ke Tanah Melayu. Itu dulu. Tetapi tidak lagi Cina dan India sekarang. YB Datuk Tan Lian Hoe sindiri bukan lagi 'kaum pendatang'. Beliau orang Malaysia. Cina Malaysia. Dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Disekolahkan, masuk universiti dan akhirnya jadi Timbalan Menteri Malaysia.
Kalau nak ikutkan merit, banyak lagi orang Melayu dalam Umno yang lebih layak daripada Tan untuk jadi Timbalan Menteri. Tetapi itulah keadilan BN kepada ahli komponennya. Itulah juga sebahagian dari keadilan yang diamalkan di Malaysia, negara milik pelbagai kaum ini.
Walau pun begitu, janganlah pulak telunjuk lurus kelingking berkait!
Oleh itu, kenapa lagi bawak cerita tentang asal usul dalam Persidangan tu? Nak bakar semangat sapa? Nak main sentimen apa? Steadylah Tan!!
Adakah hanya kerana nak marah kepada kes ucapan Datuk Ahmad Ismail, Penang, maka beliau lepaskan geramnya di Perhimpunan Wanita Gerakan? Tan tahu tak, bahawa Ahmad Ismail telah diambil tindakan oleh Umno, gantung keahliannya selama 3 tahun. Adakah Tan juga teringin digantung keahlian oleh Gerakan atas kenyataannya itu?
Ding-dong, ding-dong, sebenarnya siapa yang tak tau sejarah? Adakah Tan sendiri?
Kalau itulah tahap kematangan berpolitik Tan, malanglah bagi Wanita Gerakan!
NGUPINGTRUS : Janganlah hendaknya ada pemimpin BN bercakap bagi pihak orang lain.

[Siri ke-3 (terakhir) akan menyusul untuk tatapan bersama]

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Nah, sudah terang lagi bersuluh...

Jangan bermain api dan berhati-hatilah mengeluarkan pendapat agar tidak menghiris perasaan mana-mana pihak yang selama ini berlandaskan rentetan berharmoni yang diwarisi dari Parti Perikatan hinggalah ke Barisan Nasional...


MAT SIRAT

ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA

http://www.siratansuratan.blogspot.com/

Pemuda Malaysia said...

Koh Tsu Koon mesti ambil tindakan terhadap Tan. UMNO pun dah ambil tindakan terhadap Datuk Ismail..

Kalau perkara ini didiamkan sahaja, GERAKAN akan bertambah biadap n UMNO akan dituduh bacul kerana tidak mendesak Tan Lian Hoe diambil tindakan..

Anonymous said...

BUNGARAYA menyampok,
Ini adalah salah satu kesilapan yang Pemimpin No. 1 kita buat. Iaitu memilih Tan selaku salah seorang Tim Menteri dalam Kabinet beliau. Sepatutnya pilihlah mereka yang benar-benar sehaluan dan sama niat dalam kerajaan untuk menjadi Menteri atau Timbalan Menteri atau Orang-orang yang diberikan kuasa kepimpinan diperingkat tertinggi.
Khasnya mengenai sejarah keujudan bangsa-bangsa di Malaysia ini. Dan apa maksudnya diorganisasi didalam sebuah parti komponen pemerintah itu. Apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh Tan itu sungguh tidak menggambarkan semangat sehati dan setujuan dalam Kerajaan BN. Apa yang diperjuangkan oleh Tan itu sebenarnya harus diperjuangkan Oleh DAP. Oleh itu suara Tan adalah suara DAP bukan suara BN.

Anonymous said...

Itulah dia kalau terlalu cerdik, atau merasakan diri ada sedikit kecerdikkan. Perkara sebegini
Ada juga yang tikam belakang ...

hendaklah dibincangkan secara tertutup dengan ketua pemerintah yang memerintah, kerana perbincangan yang baik akan mendatangkan hasil yang positif. Tetapi kalau sekadar bercakap dan tidak sama-sama memperbetulkan maka sebenarnya ia membawa kepada kehancuran. Tan sepatutnya berbincanglah dulu sebelum melalut tidak tentu pasal.