Friday, September 17, 2010
SIMPATI JUGA DENGAN DATUK ZAID IBRAHIM
(DIPETIK DARI BLOG DATUK ZAID IBRAHIM)
Syed Shahir Syed Mohamud adalah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Baru hari ini, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya tersebut telah memberi amaran yang PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh. Siapakah dan berapakah ahli-ahli ini, dia tidak sebut.
Sejak isu pemilihan parti timbul, ungkapan ‘musuh parti’ ini kerap kedengaran. Agaknya, sesiapa yang menawarkan perkhidmat semasa pemilihan ini tetapi tidak direstui adalah itu yang disebutkan ‘musuh parti’ dan musuh perjuangan.
Saya ditanya pemimpin Keadilan tadi semasa saya sampai di Kuching untuk mendengar keputusan kes di Mahkamah Tinggi Kuching: Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?
Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli Keadilan selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli Keadilan percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah UMNO, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon.
Saya menawarkan diri sebagai calon hanyalah kalau ahli Keadilan mahu alternatif dalam membuat perhitungan. Sebab-sebab saya boleh menjadi menjadi asset kepada parti akan saya huraikan selepas saya dapat pencalonan nanti.
Saya tidaklah mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tak masuk akal mesti dijawab. Soh Chee Wen, setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Anwar Ibrahim dan telah membantu Keadilan. Azmin Ali, Syed Shahir dan Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Chee Wen kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.
Amat tidak masuk akal untuk Soh Chee Wen digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali.
ULASAN : Rupa-rupanya dalam parti yang dikatakan telus dan mulus, ada juga kepimpinan yang mudah melabelkan di kalangan kepimpinan organisasi sendiri sebagai 'jahat'...... malang sekalilah MTUC memiliki ketua yang kuat melabel orang lain yang tak sependapat dengannya.
Saya tidak perlu dibiayai oleh Soh Chee Wen ataupun orang lain. Lagipun jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat.
ULASAN: Memang betuk Tuk, you memang tak perlu pun dibiayai oleh sesiapa juga di Malaysia ni. Duit dan harta pun saya yakin cukup kalau hanya untuk bertanding melawan Azmin utk post Timbalan Presiden PKR.
Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan Nombor Dua ini.
ULASAN : Akhir-akhir ni ramai yang ingin tahu (termasuk saya), PKR ni organisasi jenis apa kerana jawatan Ketua Umum lebih berkuasa daripada Presiden?
Pemilihan pemimpin parti ini adalah yang pertama untuk PKR, dan juga yang sulung di Malaysia. Ini satu kesempatan untuk membuktikan bahawa parti ini mampu melangsungkan pemilihan demokratik di dalam PKR, terutamanya apabila pemilihan ini akan diadakan di bawah pengawasan seluruh negara. Biarlah proses pencalonan dan pemilihan parti ini dilangsungkan secara satu ‘friendly contest’ dan yang kita sebagai satu parti mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah parti yang matang dan progresif.
ULASAN : Untuk makluman Datuk Zaid, hanya sebilangan orang PKR saja yang menrasakan bahawa PKR itu sebuah parti yang matang dan progresif. Walhal ianya hanya sebuah parti yang eksklusif dan mentah...... Ada kawan saya kata, "Parti hujung bibir DSAI". Betul ke tidak, sama-samalah kita nilai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment