Thursday, September 17, 2009
CADANGAN UNTUK ANWAR BIN IBRAHIM
YB Mr.Anwar dicadangkan bukan sahaja meminta mahkamah melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan terhadapnya, tetapi melucutkan kelayakan HAKIM yang akan menghakiminya nanti.
Atau pun, YB Mr.Anwar cadangkan terus supaya INSTITUSI KEHAKIMAN di Malaysia dihapuskan, yang bererti sekaligus akan terhapus pendakwaan kes LIWAT beliau.
NGUPINGTRUS: Makanya kes saman Bank Islam sebanyak RM66.67 juta terhadap seorang lagi ibnu Ibrahim akan lupus.
RENUNGAN UNTUK GENERASI BARU
“Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Tetapi apa yang berlaku di Malaya?
Monday, September 7, 2009
LAIN ULU, LAIN PARANG
(SIRI 1)
Dulu sewaktu pilihanraya, baik pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil PAS sering membacakan ayat Quran, surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud:
“Tidak sayugia orang mukmin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin, dan barang siapa yang melakukan demikian (yakni mengangkat orang kafir sebagai pemimpin) maka ia bukan dari golongan Allah”.
Ayat tersebut meletakkan garis panduan kepada orang Islam bagaimana untuk memilih pemimpin. Maka oleh PAS, pemimpin yang dimaksudkan termasuklah pemimpin bagi men-duduki kerusi Dewan Rakyat mahu pun Kerusi Dewan Undangan Negeri.
Bagi pengundi Islam, PAS mengingatkan sekiranya ada calon pilihanraya yang bertanding terdiri daripada calon Islam dan calon bukan Islam, maka pilihan wajib diberikan kepada calon Islam.
Dalam hal ini sememangnya diketahui umum bahawa calon yang bukan Islam adalah dari parti komponan Barisan Nasional, sementara lawannya pula biasanya daripada PAS dan beragama Islam.
Dalam mensyarahkan ayat tersebut, PAS menjatuhkan hukum haram bagi orang Islam mengundi calon bukan Islam dalam pilihanraya. Malah hukum haramnya itu boleh menjurus kepada cacat akidah. Huraian penceramah PAS mudah sahaja :
“Barang siapa melakukan demikian (mengangkat orang bukan Islam sebagai pemimpin) maka ia bukan dari golongan Allah”.
Itulah yang disyarahkan, dan itulah yang dihuraikan kepada pengundi-pengundi Islam.
Memang ramai umat Islam terpengaruh dengan hujah dan syarahan tersebut. Apa tidaknya, kalau undi diberikan kepada orang bukan Islam, ia boleh mencacatkan akidah. Malah ia juga bukan daripada golongan Allah.
Nah! Kalau bukan dari golongan Allah, golongan siapa lagi? Hujah ini yang sangat ditakuti oleh pengundi Islam.
Dalam hal ini PAS memang memfokuskan kepada amalan politik pemimpin UMNO yang bukan sekadar melantik orang bukan Islam selaku pemimpin, malah bersekongkol dengannya memerintah negara.
Ini yang ditentang bermati-matian oleh PAS! Dan inilah juga merupakan titik perbezaan besar antara UMNO dan PAS.
Bagi Penulis, persoalan yang ingin dibawakan di sini bukanlah untuk menghujah maksud ayat Allah s.w.t. yang dinyatakan di atas, tetapi merujuk kepada amalan politik PAS sendiri. Pada satu sisi menjunjung ayat tadi, lebih menuding salah kepada orang lain sedang pada sisi yang lain sangat bertolak belakang dengan ayat tersebut.
Dalam pilihanraya 1995 PAS telah bersekongkol dengan DAP walau pun tidak begitu rasmi. Tetapi dalam pilihanraya 1999 PAS telah membentuk kerjasama yang rasmi dan sangat akrab dengan DAP.
Persoalannya siapa DAP? Siapa pula pemimpin DAP? Pemimpin DAP sangat terang dan nyata menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Dan atas alasan inilah juga DAP menarik diri daripada bersama dalam pakatan politik parti-parti pembangkang sebagaimana yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA).
Dalam pilihanraya 1999, PAS telah memberikan sokongan kepada calon bukan Islam dari DAP.
Sebagai contoh mudah dan jelas, kemenangan calon DAP di DUN Teriang, Pahang adalah sumbangan sokongan undi daripada ahli dan penyokong PAS. Hal demikian diakui sendiri oleh Saudara Dr.Abdul Wahab Hj.Ismail dalam Harakahdaily.com, lidah rasmi PAS bertarikh 23 Ogos 2001. Pada waktu itu Dr.Wahab selaku Setiausaha Perhubungan PAS Pahang.
Kalau demikian tindakan PAS, kemana perginya hujah ayat Quran yang diketengahkan sebelum ini dalam isu melantik dan bersekongkol dengan orang bukan Islam bagi memerintah negara?
Apakah ayat tersebut hanya khusus kepada pengundi Islam yang berada di luar PAS. Sedangkan ahli dan penyokong PAS dibenarkan mengundi orang bukan Islam dalam pilihan-raya. Dalam erti kata lain bahawa PAS terkecuali daripada hukum ayat tersebut.
Lebih parah lagi amalan memberi undi dan bersekongkol dengan orang bukan Islam ini telah dijadikan kaedah perjuangan PAS di peringkat pusat. Hukum Quran yang diutarakan dan dijunjung sebelumnya di-ketepikan demi untuk tujuan mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihanraya.
Itu namanya “Matlamat menghalalkan cara”!
Maka tidak hairanlah sebaik sahaja PAS dapat menawan Terengganu dalam pilihanraya 1999, tanpa segan silu Dato’ Seri Haji Abd.Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu berpeluk-pelukan dengan kepimpinan DAP, Lim Kit Siang. Aksi tersebut ditunjukkan sebagai lambang kerjasama politik yang akrab di antara kedua-dua pimpinan parti PAS-DAP.
Kesan daripadanya, keakraban PAS-DAP bukan perkara asing lagi dalam persada politik tanah air.
Di Pahang, bukan hanya Dr.Abdul Wahab mengeluarkan kenyataan tentang keakraban itu, tetapi juga seorang ulamak pondok yang disegani Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, bekas Pesuruhjaya PAS Pahang juga me-rakamkan rasa sedih apabila DAP mengisytiharkan keluar daripada pakatan pembangkang Barisan Alternatif.
NGUPINGTRUS : Ikuti siri 2 nanti.
Sunday, September 6, 2009
ANWAR AMBIL ALIH KUASA AGONG?
Ketika berkempen di Permatang Pasir semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan melantik Mohd. Salleh Man, calon Pas bagi Permatang Pasir sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Alangkah anehnya tawaran atau kenyataan ini dibuat oleh Ahli parlimen Permatang Pauh yang tidak mempunyai kuasa eksekutif di Pulau Pinang mahu pun di Peringkat Persekutuan.
KHIDMAT KPN SAMBUNG SETAHUN LAGI
AKHIRNYA JACKO DISEMADIKAN
Pengebumiannya diratapi oleh ahli keluarga, rakan taulan, dan juga para peminat. Ketiga-tiga anak bersama keluarga Jacko turut hadir dengan pakaian serba hitam.
Jacko memang seorang lagenda dalam bidang seni suara. Kehebatannya bukan sahaja dari segi suara, malah gerakan badannya sewaktu menyampaikan sesuatu lagu yang lebih memukau. Pergerakannya seperti ulat, sesuai dengan rentak lagu yang dinyanyikan.
Penulis bukan berhasrat mengagung-agungkan perkara tersebut, tetapi melalui maklumat yang pernah dibaca, jacko dapat melakukan pergerakan tarian yang memukau itu kerana melakukan latihan selama lebih kurang lapan jam dalam sehari. Ia gigih berlatih. Itu yang seharusnya ambil iktibar dan teladan!
Apabila ditanya oleh kawan-kawan, benarkah Jacko memeluk Islam? Kalau dia Islam kenapa mengambil masa lebih dua bulan baru dikebumikan? mengapa pula sewaktu hendak dikebumikan didendangkan dengan lagu gereja His eye is on the sparrow oleh penyanyi Gladys Knight dan Clifto Davis pula menyanyikan lagu Never can saya good bye?
Bagi Penulis, tak mampu untuk memberikan apa-apa hukum, kerana yang melakukan semua itu adalah orang-orang yang masih hidup. Tidak dilakukan oleh Jacko!
NGUPINGTRUS: Dalam hati kecil penulis menjawab, kalau nak tau dia nanti masuk syurga atau neraka, tanyalah Menteri Besar kelantan.
KALAU TAK LEMBU, GUNA SAPI
Dalam Surat Khabar Mingguan Malaysia hari ini 6 September 2009, di halaman 19 memuatkan berita bertajuk "MIC lapor polis terhadap Khir Toyo".
Ketua Biro Sosial Pemuda MIC, S.Subramaniam telah membuat satu laporan Polis di IPD Sentul kerana mendakwa Khir telah menyentuh sensiviti kaum India dalam isu Kuil di Seksyen 23 Shah Alam.
Dalam sebuah portal berita, Khir mengibaratkan tindakan kerajaan negeri Selangor dalam isu berkenaan seperti 'seekor lembu'.
Membaca berita tersebut, Penulis rasa nak tergelak sendiri terhadap dakwaan Subra tersebut. 'Seperti seekor lembu' itu merupakan peribahasa Melayu yang mambawa erti 'bodoh'. Ia tidak ada kena mengena dengan maksud menyentuh sensitiviti kaum India.
Takkanlah menggunakan perkataan 'lembu' itu sudah menyebabkan rakan-rakan kaum India rasa terhina. Ia tidak langsung bermaksud menghina, tetapi memang binatang itu namanya 'lembu' dan orang Melayu di Malaysia menyebutkan demikian. Lain pula dengan masyarakat Indonesia, lembu itu disebut 'sapi', tetapi maksudnya sama. Dan binatangnya juga sama.
Kalau demikianlah sikapnya, apakah nanti akan sampai satu masa di mana Subra akan buat satu lagi laporan polis, mendakwa orang Islam menyembelih lembu alias sapi untuk tujuan korban atau kenduri kendara, bermaksud juga menyentuh sensitiviti kaum India?
NGUPINGTRUS: tak usahlah Subra cuba-cuba untuk mencari publisiti dengan merekayasa isu yang sebenarnya ia bukan isu. Jangan sengaja diperbesarkan perkara seumpama itu.