Saturday, October 8, 2011

Yusof Qaradawi: Hukum berjabat tangan dengan wanita



Catatan: Tulisan ini diambil secara total daripada "warisan-semasa.blogspot.com" dengan kebenaran pemilik blog tersebut Ustaz Shamsul Muda.

Hukum berjabat tangan dengan wanita, pemansuhan hukuman rejam : Qaradhawi dan Abu Zuhrah sembunyi fatwa!

Qaradhawi menyembunyikan sesetengah fatwa beliau selama beberapa tahun!.
Imam Abu Zuhrah pula menyembunyikan fatwa beliau berkenaan hukuman rejam ke atas penzina yang muhsin (yang telah berkahwin) selama 20 tahun!

Ini didedahkan sendiri oleh al-‘Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, dalam satu nadwah (seminar) di Doha, Qatar.

Bagi yang membaca karya-karya Qaradhawi, mereka arif tentang pandangan beliau berhubung hukum berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
Qaradhawi tidak sependapat dengan jumhur (majoriti) ulama dalam soal ini.

Bagi jumhur ulama, wanita tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Begitu juga sebaliknya.

Kecualilah kalau berjabat tangan dengan lelaki atau wanita yang sudah tua atau dengan kanak-kanak kecil. Jumhur ulama membolehkannya.

Mengapa perkara ini tidak dibolehkan?.
Sebab ditegah berjabat tangan dengan bukan muhrim

Jawapan mudahnya begini...

Ini adalah soal etika. Soal protokol seorang Islam. Sama seperti masuk ke parlimen dengan baju yang tidak berkolar. Mengapa ia tidak dibolehkan?.
Mencemar kemuliaan institusi parlimen kah? Atau biadab kah masuk parlimen dengan baju tidak berkolar?
Tidak. Ini soal etika. Begitu juga soal berjabat tangan dengan orang bukan muhrim. Ini jawapan mudah.

Jawapan yang lebih ilmiah begini...

Islam datang kerana hendak menjaga lima perkara asas kehidupan manusia. Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Semua agama memelihara dan menjaga lima teras ini.
Antara cara menjaga keturunan ialah dengan menghalang penzinaan. Bukan sahaja zina yang dihalang. Semua perkara yang membawa kepada zina, turut ditegah.

Sama seperti jenayah bunuh.

Bukan membunuh sahaja yang ditegah. Menyimpan pistol pun turut dikenakan hukuman berat. Walaupun sekadar simpan dalam almari, ia tetap salah, kerana ia boleh membawa kepada jenayah bunuh.

Demikianlah halnya berjabat tangan. Berjabat tangan antara lelaki dan wanita (terutama yang muda) boleh merangsang nafsu. Nafsu bila sudah terangsang, akan ’menunggang’ manusia kepada zina.

Dengan sebab itulah, dibolehkan berjabat tangan dengan lelaki atau wanita tua. Sebab nafsu kebiasaannya tidak terangsang bila bersentuhan dengan lelaki atau wanita tua.
Inilah falsafah di sebalik tegahan berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim. Ia ditegah bukan kerana ’rasa tidak percaya’ kepada orang yang bukan muhrim.
”Ah, aku berjabat tangan dengan wanita, tak terasa apa-apa pun”, dakwa seorang lelaki.

Kata-kata seperti ini tidak boleh diterima. Ia sama dengan kata-kata mat rempit bila ditegah memandu laju kerana menyebabkan kemalangan, ”ah, dah bertahun aku merempit laju, tak kemalangan pun!”.

Prinsipnya, sesuatu yang berpotensi membawa kepada sesuatu yang ditegah atau bahaya, ia mesti ditegah meskipun bahaya belum berlaku. Begitu juga soal berjabat tangan dengan bukan muhrim ini.

Jika begitulah falsafahnya, tidak wajar sama sekali dianggap kolot orang yang tidak mahu berjabat tangan dengan bukan muhrim. Ini kerana, keengganan mereka berjabat tangan dengan bukan muhrim ada falsafah dan pemikirannya yang tersendiri.
Kalau kita masih mahu mengatakannya kolot, maka kita kena buktikan bahawa ’bersentuhan antara lelaki dan wanita boleh membangkitkan nafsu’, adalah kepercayaan kolot.

Hendaklah dibuktikan kaedah ’sesuatu yang berpotensi membawa kepada sesuatu yang ditegah atau bahaya, ia mesti ditegah meskipun bahaya belum berlaku’, adalah kaedah kolot.

Jika falsafah, pemikiran dan kaedah yang dinyatakan ini berjaya dibuktikan sebagai kolot dan tidak tepat, barulah kita boleh mengatakan ’tidak berjabat tangan dengan bukan muhrim’ sebagai kolot.

Perkara ini disebut bagi memupuk rasa hormat kepada pendapat dan pegangan orang lain.

Kalau kita boleh hormat tegahan memakai baju tidak berkolar dalam parlimen, walaupun harganya ratusan ringgit, mengapa kita tidak boleh hormat pegangan yang bersandarkan pendapat jumhur ulama?

Pandangan Qaradhawi

Apa pula pandangan Qaradhawi?.
Pada beliau, diharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim dengan dua syarat.
Pertama, adanya keperluan. Kedua, aman daripada fitnah.
Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.
Beliau juga berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik r.a bahawa ”mana-mana hamba wanita di Madinah boleh saja memegang tangan Nabi s.a.w dan memimpin tangan baginda kemana saja yang dikehendakinya”(Hadis sahih riwayat Bukhari).

Selain menunjukkan sikap tawaduk Nabi s.a.w, hadis ini juga menunjukkan bersentuhan tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim, diharuskan jika tidak disertai nafsu.
Fatwa keharusan berjabat tangan dengan bukan muhrim ini, beliau sembunyikan selama beberapa tahun bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap beliau.
Beliau juga mengatakan, ramai ulama masa kini bimbang untuk mendedahkan kepada awam fatwa-fatwa mereka yang bercanggah dengan pandangan dan pegangan umum masyarakat.
Beliau mendedahkan, beliau tidak berani mendedahkan fatwa ini selama beberapa tahun lamanya. Beliau kemudiannya menyiarkannya dalam bukunya, Fatawa Mu’asirah, juzuk kedua.

Rupa-rupanya, bukan beliau sahaja yang menyembunyikan fatwa-fatwa tertentu. Selain beliau, jelas Qaradhawi, al-Imam Abu Zuhrah, ulama besar al-Azhar, juga berbuat demikian.

Abu Zuhrah dan pemansuhan hukuman rejam ke atas penzina
Abu Zuhrah menyembunyikan fatwanya selama 20 tahun!
Pada pandangan Abu Zuhrah, hukuman rejam sampai mati ke atas penzina yang muhsin berasal daripada ajaran agama Yahudi. Ia diterima oleh Rasulullah s.a.w pada peringkat awal.

Namun, hukuman ini kemudiannya dimansuhkan apabila turunnya ayat dalam surah an-Nur yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas penzina.
Ertinya, hukuman rejam itu terbatal. Hukum yang diguna pakai ialah hukuman sebat, tidak kira penzina itu muhsin atau tidak.
Imam Abu Zuhrah, cerita Qaradhawi, menyembunyikan pendapat beliau ini selama 20 tahun.

Selepas 20 tahun, barulah beliau menyatakannya. Itu pun di hadapan para ulama yang berkepakaran, antara mereka ialah Syeikh Mustaffa Zarqa’, Dr. Subhi Soleh, Dr. Husain Hamid Hisan, dalam satu seminar berkenaan perundangan Islam di Libya pada tahun 1972.

Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/121932-2009-12-20%2015-43-56.html

Sebenarnya, tindakan menyembunyikan sesuatu pandangan atau fatwa kerana bimbang kekeliruan dan kekecohan dalam masyarakat, ada sandarannya dalam syarak.
Imam Bukhari meriwayatkan, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah r.a, “Wahai Aisyah, jika tidak [kerana] kaum mu baru memeluk Islam, nescaya aku [akan] robohkan kaabah dan membuat dua pintu [pada kaabah]; satu pintu [untuk] manusia masuk dan satu pintu [untuk] mereka keluar”.

Nabi s.a.w tidak melakukan apa yang dinyatakannya kerana bimbang kaum Quraisy yang baru memeluk Islam-yang sangat memuliakan kaabah- salah sangka.
Daripada hadis ini dan hadis-hadis yang lain, diasaskan kaedah ‘meninggalkan sesuatu demi mengelakkan kekacauan atau kekeliruan’.

NGUPINGTRUS: Hendaknya janganlah ada di kalangan kita yang terus menghukum mana-mana lelaki yang berjabat tangan dengan wanita bukan muhrim. Fahamilah keadaan pada waktu itu.

Wednesday, October 5, 2011

SEBAB PULUT SANTAN BINASA


Kalau nak baca tulisan ni, kena baca mengikut rentak lagu Allahyarham TS P.Ramlee "Queen Control"

Dengar-dengarlah tuan, ini kisah seorang blogger;
Kerna mulut celupar, dia disaman seorang menteri;
Mau dedah di sana, mau juga dedah di sini;
Bila sampai waktunya, dia ngaku semuanya fitnah

Alah mak !!

Janganlah buat fitnah lain kali,
mesti hati-hati,
Sekarang muka mau sorok mana,
sorok dalam laci .....


Anilah al kisah Mutalib MD seorang blogger hebat dan sangat berani dalam Sabahkini.net.

Tulisannya tentang YB DSU Dr.Rais Yatim yang dituduhnya 'merogol' pembantu rumah bernama Robengah.

Demi membersihkan nama, Pak Menteri menyaman beliau atas beberapa artikel yang berkaitan tuduhannya.

Namun Hero Mutalib MD mencabar Pak Menteri atas tuduhannya sebagaimana petikan berikut:-


SEKALIPUN Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim telah memfailkan saman terhadap saya berhubung dakwaan Sabahkini.net bahawa beliau terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dianggapnya sebagai fitnah, namun saya amat gembira jika beliau menghadiri Persidangan Blogger Asean hari ini (Ahad).

Sebagai Blogger Profesional, saya tidak kisah atau terkilan jika Rais dijemput untuk menjadi moderater bagi sesi pleno forum yang bertajuk ‘Parameters-Thе Fine Between Whаt’s Allowed аnԁ Whаt’s Nοt’ kerana saya rasa Rais wajar berdepan dengan para Blogger termasuk saya, kerana itu tugas beliau sebagai Menteri yang menjadi ‘Penyibuk’ kepada Blogger selama ini.

Mengikut program yang terdapat dalam jadual, saya akan menjadi panel untuk membincangkan tajuk di atas yang dipengerusikan oleh Datuk Zaini Hassan (Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia); namun saya tidak gentar jika Rais hadir bersama peguamnya (atau ditemani Peguam Negara) sekalipun untuk menjadi moderator atau peserta.

Jika Rais ditemani Peguam Negara sekalipun, saya tidak gentar – Mutalib MD



Tetapi .....

Pada 4hb Oktober 2011, Mutalib MD memohon maaf secara terbuka kepada Pak Menteri dan mengakui bahawa artikel tuduhannya adalah fitnah. "Saya berjanji, lain kali takkan buat fitnah lagi", kata Mutalib dengan nada insaf.


NGUPING TERUS : Ha! Tu lahhhh, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengan>

Tuesday, September 13, 2011

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SASTERAWAN NEGARA


Tulisan ini saya rujuk daripada Majalah Mastika september 2011, halaman 6. Artikel tersebut mencoretkan hasil temubual wartawan Mastika sebagai suatu wawancara ekseklusif bersama Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr.Haji Shahnon Ahmad.

Saya membaca beberapa kali dan mencernanya secara cermat. Antara para yang sangat menarik minat saya adalah, apabila Datuk Shahnon (yang membahasakan dirinya sebagai 'Cikgu') membuat pengakuan secara jujur terhadap soalan berkaitan politik, "Malah sewaktu dalam Harakah inilah aku banyak menangis dari ketawa, banyak berduka lara dari senyum gembira kerana langsung bersimpati dan kasihan belas terhadap insan-insan yang merupakan para pemimpin politik yang terlibat dalam berbagai-bagai kemaksiatan dan kemungkaran. Sewaktu dalam harakah ini jugalah aku dapat membezakan antara kepimpinan yang sejati dengan kepimpinan yang palsu".

Di para terakhir pula, ungkapan Cikgu telah dipetik, "Malah waktu penglibatan dalam politik inilah aku mulai mengenal sebenarnya siapa kawan siapa lawan, siapa insan dan siapa separuh haiwan dan siapa sebenar manusia berlagak haiwan, siapa syaitan, siapa iblis dan siapa malaikat ..."

Pada penilaian saya, demikianlah kekecewaan Cikgu kepada 'harakah' (andaian saya PAS) sebagai sebuah wadah politik kepartian yang pernah diceburinya dulu. Malah, Cikgu pernah menjadi Ahli Parlimen Sik, Kedah atas tiket perti tersebut.

NGUPINGTRUS : Itulah agaknya yang dinamakan 'Indah kabar dari rupa'.

Saturday, September 25, 2010

MOH KITA BACA SAMA2



(Gambar di atas ni bukan Shamsidar, tapi Nurul Izzah. Dia nak debat dengan Tun M. Itu yang penulis minat sangat letak gambar dia kat sini)



Disadur daripada blog unspinner

Anyway, tujuan saya menulis hari ini adalah berkenaan Syamsidar Taharin. OK lah tak payah cakap banyak. Saya nak tanya macam mana air mani Syamsidar Taharin boleh disapu atas tilam itu (sewaktu kes Sodomy 1 dulu). Boleh tak sesiapa yang penyokong Anwar tolong jawab misteri ini?

Dalam kes Sodomy 1, Anwar menuduh Polis berkonspirasi. Anwar kata sewaktu dia pitam atau tidur, Polis telah 'extract" atau perah air maninya dan kemudian Polis telah sapu air mani Anwar atas tilam yang famous itu ! Inilah teori gila Anwar.

OK takpa lah. Kita terima sajalah tuduhan gila Anwar. Tetapi macam mana pula Polis boleh 'extract' atau perah air mani Syamsidar ?

DNA itu berlainan sedikit (berasaskan sumber DNA itu). Ada DNA daripada darah, DNA daripada air mani, DNA daripada air liur dsbnya. Komponen dalam DNA itu semua sama saja tetapi saintis masih boleh bezakan antara DNA daripada air mani, DNA daripada darah, DNA daripada air liur dsbnya.

Peguam Anwar dan pakar DNA Mat Salleh yang di upah oleh Anwar tidak dapat nafikan bahawa DNA Syamsidar itu datang daripada air mani Syamsidar.

Peguam Anwar Christopher Fernando tidak membantah sekali pun bila Lim Kong Boon, pakar forensik Polis sahkan kepada mahkamah bahawa DNA Syamsidar atas tilam itu datang daripada air mani Syamsidar (dan bukan daripada darah atau air liur Syamsidar).

Jadi soalan cepu mas untuk hari ini adalah seperti berikut : bagaimanakah agaknya DNA daripada air mani Syamsidar boleh terjumpa atas tilam itu? Kesan air mani Syamsidar telah dijumpai di 13 tempat atas tilam itu.

Sesiapa penyokong Anwar boleh jawab, tolong jawab. Terima kasih terlebih dahulu.

Friday, September 17, 2010

Ucapan Zaid Ibrahim semasa Perhimpunan Agung Umno 22 Jun 2002


DIPETIK DARI BLOG PAKMIE



Haramkan Parti PAS- Zaid Ibrahim

‘‘Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.

‘‘Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.

‘‘Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak”

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam”

"Cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu"

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah”.

NGUPINGTRUS : nanti orang PAS kata, itu dulu, sekarang Zahid dah bertaubat. Dulu juga Zahid nak saman PAS kerana nak laksanakan Hukum Hudud PAS.

SUN-TZE : SIAPAKAH PENGIKUTNYA DI MALAYSIA?


DISADUR DARI BLOG UNSPINNER



Terjemahan dalam bahasa Melayu:

1. Persendakan untuk menutup tradisi-tradisi sah dalam negara lawan anda seperti hak keistimewaan Bumiputera dan Kontrak Sosial dipersendakan serta hak kebudayaan Melayu dan Pribumi sebagai kebuadayaan aliran perdana diperlekehkan.

2. Kaitkan pemimpin dengan hal ehwal jenayah dan jadikan mereka bahan kebencian rakyat pada masa-masa tertentu. Contoh: Mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantunya dan mencemarkan nama baik bekas IGP Tan Sri Musa Hasan sebagai kepala kongsi gelap.

3. Mengacau usaha dan urusan kerajaan dengan apa cara. Contoh Mahfuz yang segera memperlekehkan kerja polis dan membuat tuduhan melulu dalam kematian Sosilawati. Mengacau proses siasatan dalam kes Kugan dan Teoh Beng Hock.

4. Jangan sesekali cemekkan individu yang terendah dan paling dibenci oleh negara musuh kamu. Contoh: Mahu membawa kembali Chin Peng. Amerika, Singapura dan barat tidak dikecam.

5. Menyebarkan pemisahan dan perselisihan sesama wagnanegara. Contoh: Perkasa dan UMNO? Menentang 1Sekolah suapya rakyat tidak bersatu padu.

6. Jadikan kaum muda menentang kaum tua. Contoh: Anak muda Melayu lebih condong kepada PKR dan PAS.

7. Pemurah dengan janji dan hadiah kepada mereka yang bekerjasama dan bersekongkol. Contoh: Anwar menjanjikan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum Cina. Kebeasan ugama hingga orang Islam boleh dimurtadkan. Tukar perlembagaan tanpa 153, 152 dll.
Strategi subversif ini sedang berjalan. Jangan sampai anda disempitkan dengan isu-isu kecil yang diperbesarkan hingga anda tidak dapat lihat gambaran besar yang sedang berlaku.

NGUPINGTRUS : Berdasarkan daripada apa yang diperkenalkan oleh Sun-Tze, siapalah agaknya yang mengamalkannya di bumi Malaysia ini?

SIMPATI JUGA DENGAN DATUK ZAID IBRAHIM


(DIPETIK DARI BLOG DATUK ZAID IBRAHIM)


Syed Shahir Syed Mohamud adalah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Baru hari ini, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya tersebut telah memberi amaran yang PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh. Siapakah dan berapakah ahli-ahli ini, dia tidak sebut.

Sejak isu pemilihan parti timbul, ungkapan ‘musuh parti’ ini kerap kedengaran. Agaknya, sesiapa yang menawarkan perkhidmat semasa pemilihan ini tetapi tidak direstui adalah itu yang disebutkan ‘musuh parti’ dan musuh perjuangan.

Saya ditanya pemimpin Keadilan tadi semasa saya sampai di Kuching untuk mendengar keputusan kes di Mahkamah Tinggi Kuching: Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli Keadilan selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli Keadilan percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah UMNO, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon.

Saya menawarkan diri sebagai calon hanyalah kalau ahli Keadilan mahu alternatif dalam membuat perhitungan. Sebab-sebab saya boleh menjadi menjadi asset kepada parti akan saya huraikan selepas saya dapat pencalonan nanti.

Saya tidaklah mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tak masuk akal mesti dijawab. Soh Chee Wen, setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Anwar Ibrahim dan telah membantu Keadilan. Azmin Ali, Syed Shahir dan Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Chee Wen kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

Amat tidak masuk akal untuk Soh Chee Wen digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali.

ULASAN : Rupa-rupanya dalam parti yang dikatakan telus dan mulus, ada juga kepimpinan yang mudah melabelkan di kalangan kepimpinan organisasi sendiri sebagai 'jahat'...... malang sekalilah MTUC memiliki ketua yang kuat melabel orang lain yang tak sependapat dengannya.

Saya tidak perlu dibiayai oleh Soh Chee Wen ataupun orang lain. Lagipun jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat.

ULASAN: Memang betuk Tuk, you memang tak perlu pun dibiayai oleh sesiapa juga di Malaysia ni. Duit dan harta pun saya yakin cukup kalau hanya untuk bertanding melawan Azmin utk post Timbalan Presiden PKR.

Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan Nombor Dua ini.

ULASAN : Akhir-akhir ni ramai yang ingin tahu (termasuk saya), PKR ni organisasi jenis apa kerana jawatan Ketua Umum lebih berkuasa daripada Presiden?

Pemilihan pemimpin parti ini adalah yang pertama untuk PKR, dan juga yang sulung di Malaysia. Ini satu kesempatan untuk membuktikan bahawa parti ini mampu melangsungkan pemilihan demokratik di dalam PKR, terutamanya apabila pemilihan ini akan diadakan di bawah pengawasan seluruh negara. Biarlah proses pencalonan dan pemilihan parti ini dilangsungkan secara satu ‘friendly contest’ dan yang kita sebagai satu parti mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah parti yang matang dan progresif.

ULASAN : Untuk makluman Datuk Zaid, hanya sebilangan orang PKR saja yang menrasakan bahawa PKR itu sebuah parti yang matang dan progresif. Walhal ianya hanya sebuah parti yang eksklusif dan mentah...... Ada kawan saya kata, "Parti hujung bibir DSAI". Betul ke tidak, sama-samalah kita nilai.