Thursday, May 8, 2008

PEMUDA PAS IPOH TIMUR : PAKU DULANG PAKU SERPIH

Pelik juga ya !!! Apabila membaca bahawa Pemuda PAS Ipoh Timur yang menghantar memorandum kepada Dato' Pengarah JAI Perak agar beliau meletak jawatan sekiranya tidak sependapat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh PAS (dibayangi oleh DAP dan diremote oleh PKR).


Pemuda PAS itu mendakwa bahawa Pengarah JAIP tidak bekerja secara profesional dan juga tidak menghormati keputusan PRU-12 lalu yang telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Perak.


Untuk Pemuda PAS Ipoh Timur, teman cuma nak bagi pandangan sikit. Janganlah bila ada orang mengata ke kita, kita nampak sangat, tapi masa kita buat ke orang, kita terlupa.


Selama ini Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri telah diberi mandat oleh rakyat kepada BN untuk memerintah setelah menang pilihanraya, tetapi berapa ramai pegawai kerajaan terdiri daripada 'Orang PAS' yang terus menerus menentang BN; Mengkhianati BN; malah mensabotaj BN. Termasuklah MB Perak tu sewaktu jadi pegawai kerajaan dulu!


Sebab itulah orang tua-tua buatkan pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih!


INGIN SANGAT NGUPING APA KATA ORANG IPOH TIMUR NANTI

No comments: