Thursday, May 8, 2008

KARPAL : MAU APA SEBENARNYA?

Pelik juga ya !!! Belum lagi selesai isu dengan Baginda Sultan Perak, dia ni creat pulak isu baru. Dia tanya kat Parlimen semasa membahaskan Titah Ucapan YDP Agong ..... siapa yang buat teks ucapan YDP Agong???

Macam manalah orang Bukit Gelugur pilih dia ni jadi Ahli Parlimen sedangkan apa yang dicakapkan di Parlimen pun agak merapu. Takkanlah Titah Ucapan YDP Agong pun nak tahu siapa yang tulis! Sebenarnya Karpal ni nak tahu tentang apa sehinggakan benda sebegitu ditanya?

Adakah Karpal nak memperlekehkan teks yang telah dibacakan oleh Baginda Tuanku?
atau sengaja nak pancing kemarahan rakyat khususnya orang Melayu yang menganggap Karpal sudah semakin biadap kepada institusi raja? atau pun dia nak minta supaya Yang DiPertua Dewan Rakyat, atas alasan-alasan tertentu menggantung beliau dari menyertai Sidang Dewan Rakyat. Jadi tak perlulah beliau datang ke Dewan Rakyat. Sambil tu bolehlah buat kerja lain selaku Peguam Bela tersohor. Gaji Ahli Parlimen jalan terus dan bayaran guaman pun jalan terus. Agaknya gitulah! Bila ditanya, kenapa tak pergi sidang dewan? Jawabnya, bukan tak mahu datang tapi digantung oleh Yang DiPertua Dewan!!

Untuk Broth.Karpal ........ lain kali tak usahlah tanya siapa yang tulis teks ucapan bagi mana-mana pembesar negara, apatah lagi Kebawah Duli Tuanku SPBYDP Agung. Memang mereka tidak tulis sendiri. Itu biasalah!! Masa DSAI jadi TPM dulu pun dia tak tulis teks ucapan dia sendiri. Ada orang lain yang tuliskan. Takkan itu pun Brother tak boleh nak fikir !!!! Kalau itu pun tak boleh nak fikir, berundur sajalah sebagai Pengerusi DAP tu. Brother pun bukan sihat sangat tu. Mungkin dok berehat lebih baik. Lagi pun anak Brother, Si-Deo pun dah ada sebagai calon yang boleh dan layak untuk menggantikan. Dia pun ada mirip-mirip style you Brother. Bapa borek anak rintik !!

NGUPING TERUS APA YANG AKAN DISIKKAN SANG AYAH KEPADA ANAKNYA

No comments: